Saturday, November 29, 2014

Karnival Upin & Ipin 2014

Ini adalah cerita yang berlaku pada minggu lepas. Aku tak sempat nak update sebab agak sibuk kebelakangan ini. Kali ini aku nak kongsi pengalaman aku ke Karnival Upin & Ipin pada 21-23 November baru-baru ini. 



Banyak cerita buruk aku dengar dan baca sepanjang karnival tu berlangsung walaupun sambutan memang di luar dugaan. Aspek logistik seperti parking kereta dan lokasi adalah tidak amat memuaskan. Aku dan keluarga adik aku pergi pada 23 November (Ahad) dan bila sampai ke PICC nak mencari parking kereta punyalah susah. Aku rasa mahu pusing banyak kali baru jumpa parking kereta. Itu pun bila dah dapat, kena pula naik bukit yang agak tinggi. Habis tonggek bontot akak dibuatnya. 

Ikutkan hati aku memang tak nak pergi tapi kasihan bila tengok anak saudara aku yang beriya-iya nak pergi. Tak sampai hati pula nak hampakan dia. 

Bila dah masuk ke perkarangan PICC, orang punyalah ramai!!! Kasihan tengok anak kecil yang kepanasan dan keletihan. 

Di Lobi PICC. 

Nak masuk tengok pertunjukan Upin & Ipin dan Ultraman, kena berhimpit dan berebut. Aduhai, taubat aku. Kalau ada lagi pertunjukan macam ni, aku tak nak pergi. 

Pertunjukan Ultraman. 

Pertunjukan Upin & Ipin. 

Aku tak stay lama-lama dalam dewan. Apa taknya aku bukannya dapat tengok apa-apa. Setakat dapat tengok bontot orang di hadapan aku. Dah mereka tak nak duduk, macamana aku nak tengok pertunjukan. Geram tau. 

Ini tak boleh jadi. Aku nak keluar. Satu hal pula aku nak keluar sebab ramai orang nak masuk tengok pertunjukan. Memang sesak. Adik aku dengan anak saudara aku yang masih di dalam. Biarlah..bagi peluang anak saudara aku tengok Upin & Ipin dan Ultraman. 

Sementara tunggu pertunjukan habis, aku tunggu di luar sahaja dengan adik ipar aku. Dalam pukul 2 lebih, kami keluar dari PICC. 

Apa yang dapat aku ringkaskan, pengurusan karnival tidak memuaskan. Sepatutnya karnival macam ini, diadakan di kawasan yang lapang seperti di stadium, dewan atau padang. Kalau nak buat di PICC, setakat nak buat karnival yang kecil-kecilan tu bolehlah. Rata-rata yang pergi hari tu, memang tak berpuas hati. Harap untuk karnival akan datang, pihak pengurusan dapat pertimbangkan lokasi yang sesuai untuk diadakan. 

p/s: lokasi kena strategik. 

2 comments:

  1. setuju dgn statement yg lain..ramai yg komplain sesak sgt then jalan mmg jem gila lah...ramai x puas hati

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails