Sunday, April 11, 2010

Muka tak berubah

Tengahari tadi aku ada jemputan kenduri kahwin kat kawasan rumah. Tak sangka pula boleh jumpa balik kawan lama yang pernah 1 sekolah rendah dengan aku. Kebetulan pula aku pun memang lama tak jumpa dia. Boleh katakan tadi aku dengan kawan aku, Shila berjejak kasih. 

Ayat pertama yang Shila kata kat aku bila jumpa tadi, "muka kau tak berubah ya. lainlah aku ni dah macam makcik." Aku pun sempat jawab balik, "nak ubah macamana lagi? dah ini memang rupa aku."

Aku gelak besar dengan komen Shila. Bila difikirkan semula, memang benar. Muka aku tak banyak berubah sejak daripada dulu sampai sekarang. 

Mari kita tengok koleksi gambar lama melalui peredaran masa yang buktikan muka aku tak banyak berubah. 


Masa umur 3 tahun rasanya. 

Masa umur 8 tahun. 

Darjah 4.

Tingkatan 4.

Tahun 2001 di Tasik Kenyir, Terengganu.


Bersama-sama kawan opis. 

Kalau beza pun cuma dari bentuk saiz badan yang semakin kembang. Hahaha. Betul tak?

p/s: awet muda? hehehe..

Saturday, April 10, 2010

ITM di hatiku

Suka tengok gambar lama terutamanya masa study kat ITM. Kali ini aku nak kongsi bersama-sama dengan pembaca blog aku dengan kenangan indah yang tak mungkin aku lupakan. Happy viewing!

Aku berlakon sebagai genie untuk kelas English


Lepas kelas English


Dinner DIIA. Kita minum dulu. 


Aku dipaksa untuk mendeklamasikan puisi. 

p/s: slimnya aku dulu..

Thursday, April 8, 2010

Gangguan sms lagi



Geramnya!!!

Siapa yang masih ingat lagi entry aku sebelum ni pasal gangguan seksual? Tak sudah-sudah dia sms lucah kat aku. Baru tadi dia sms aku lagi dan bila aku call dia, dia tak jawab. Hmm takkan takut kot?


Apa lagilah dia nak dengan aku? Daripada sms dia hantar kat aku, aku rasa dia mesti salah orang tapi aku tak puas hati, kenapa aku jadi mangsa? Eiii tak faham aku dibuatnya! 

Aku nak sangat dia kena tangkap, masuk penjara dan lagi bagus kalau tembak dia sampai mati. Amik kau! 

Aku nak selesaikan kes ini secepat mungkin. Ingat aku suka dengan sms lucah kau tu? Sekali lagi aku nak kongsi nombor telefon dia dan sesiapa yang tahu siapa pemilik nombor ini, sila beri mesej kat aku. 

017 742 8473

p/s: kalau aku dapat jumpa orang ni, tau lah apa aku nak buat nanti. 

Wednesday, April 7, 2010

Pasport

Agak lama aku tak update blog aku. Alasan sama yang sentiasa aku beri...sibuk memanjang. Hehehe.. Ok hari ini aku ambil cuti sebab nak uruskan renew pasport dan bayar yuran pengajian. 

Sebelum aku nak cerita lebih lanjut apa yang aku buat hari ini, aku terima sms daripada kawan aku tanya sama ada aku pergi perhimpunan bulanan  atau tak.   Boss emel aku semalam pukul 8 malam dan expect aku baca emel untuk pergi ke perhimpunan tersebut. What??! Dahlah aku tengah blur-blur lepas tu suka hati nak suruh aku pergi. Hello! Aku dah minta cuti tau dan jangan pandai-pandai nak suruh aku pergi. Banyak cantik. Eiii geramnya!! Boss aku tak ingat aku dah minta cuti dan untuk pengetahuan semua, dia sendiri yang approved ok. Lainlah kalau aku sendiri ponteng kerja. 

Baik aku stop cerita pasal boss aku. Buat sakit hati je kalau aku cerita. Cerita pasal buat pasport hari ini, pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah dengan harapan orang tak ramai lagi. Ternyata aku silap. Masa aku sampai Pejabat Imigresen pukul 8 pagi, aku dah nampak orang dah beratur panjang. Bila sampai aku dapat nombor giliran, aku adalah orang yang ke-82. 

Bila dapat nombor giliran, kena tunggu lagi sehingga nombor aku dipanggil untuk urusan proses seterusnya. Bila sampai giliran aku, pegawai kaunter siap tanya aku, "gambar bila ni kak? saya tak berani nak jamin gambar ni lepas." Nak tahu kenapa? Gambar aku beri tu gambar lama, tak salah aku gambar tu diambil pada tahun 2006. Ok..aku admit gambar tu nampak muda sedikit sebab masa tu aku tak lah bulat macam sekarang dan muka aku terlebih make up. (lipstik merah gila!) Aku tak cakap apa-apa tapi kalau kena ambil gambar semula, ambil je lah. 

Next..aku kena tunggu lagi untuk urusan pembayaran pasport. Aku cuma ambil pasport harga RM100 yang boleh pakai untuk 2 tahun sahaja. Oklah tu..aku pun bukannya selalu pergi luar negara. Lagipun aku tak bawa duit banyak tadi, tak cukup nak buat pasport RM300. Lepas pembayaran pasport, pegawai kaunter beritahu yang aku boleh dapat pasport lepas pukul 11.45 pagi. Masa tu baru pukul 9.50 pagi. Hmmm tunggu lagi. 

Kebetulan aku memang ada urusan lain nak kena uruskan. Jadi aku ambil kesempatan untuk bayar yuran pengajian melalui EPF. Pejabat EPF memang sebelah je dengan Pejabat Imigresen jadi aku boleh je jalan kaki ke sana. Nasib baik kat Pejabat EPF tak lama, dalam 15 minit dah selesai semua. Singgah kedai sekejap beli barang dapur. Tengok jam masih baru pukul 10.40 pagi. Apa lagi aku nak buat?  Kita layan ABC kat Kedai Yus dulu. 

Pukul 11.40 pagi aku dah balik semula ke Pejabat Imigresen. Kena beratur lagi nak dapat nombor giliran. Nasib baik tak lama tunggu sebab dalam pukul 11.55 pagi akhirnya aku dapat pasport! Yeaah! 

Penantian aku terbalas juga akhirnya. 

p/s: pasport lama cuma pakai 4 muka surat sahaja. 

Friday, April 2, 2010

Tambah lagi

Ada sedikit perubahan dengan trip aku ke Bandung-Jakarta. Kalau dulu cuma 3 orang sahaja yang pergi tapi kali ini sudah bertukar menjadi 4 orang. Adik ipar kawan aku nak join juga. Hmm..makin bertambah ahli rombongan Cik Kiah oooi! 

Oleh sebab ini perancangan last minit, aku cuma dapat uruskan urusan transport dan hotel di sana. Urusan tiket pula kawan aku yang uruskan walaupun harganya sangat mahal. Aku dapat tahu harga tiket yang kawan aku beli berkali-kali ganda mahal daripada harga tiket aku beli tahun lepas. 

Harap perjalanan kami akan berjalan dengan lancar. 

p/s: the more, the merrier!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails