Tuesday, January 20, 2009

Trip to Cameron Highlands

Pada 16 Januari 2009 mula la perjalanan ke Cameron Highlands tapi sebelum ke sana singgah ke Ipoh rumah makcik aku kat sana. So bermalam kat Ipoh dulu sebelum bertolak ke Cameron Highlands pada hari esoknya. Kali terakhir aku ke Cameron Highlands pada tahun 1986..dah 23 tahun tu! Mulanya cuma aku, ayah, wan dan famili adik aku nak ke sana. Last minit pula, adik laki aku pun nak ikut. Dipendekkan cerita, jadilah family trip En. Mohamed!

Plan ke Cameron Highlands tu start bila adik aku tengok senarai rumah penginapan kat JPM. Kebetulan ada rumah penginapan kat Cameron Highlands. Apa lagi, bila dapat tau ada port kat sana, terus book lah. Pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya. Aku memang lama plan nak ke sana. Cantek la!!

Pagi 17 Januari 2009, kita orang bertolak ke Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai. Orang cakap kalau ikut jalan Simpang Pulai lagi elok daripada jalan Tapah. Bagi aku, itu bukan isunya. Yang penting sampai ke Cameron Highlands. Hehehe...

Ladang teh Bharat..siap posing dulu tu. Tempat pertama yang kami sampai di Cameron Highlands.

Agaknya berapa lama boleh habiskan teh kalau letak dalam cawan sebesar ni? Sangat lama lah...
Rumah penginapan kami..besar sangat. Siap boleh lari-lari dalam rumah. Yang paling best, sebelah rumah penginapan kami tu ada ladang strawberi!

Kami tinggal di Banglo Seroja. Nampak tak kat papan tanda tu? Tiba-tiba nak nyanyi lagi Seroja.."Bunga seroja..hiasan sanggul remaja puteri remaja.." Rumah penginapan kami tu ada 3 bilik, ruang tamu yang sangat besar dan dapur.

Dari pandangan depan..Daripada pandangan tepi..


Strawberi yang ada kat ladang Strawberi..Rasa tak puas nak makan. Sempat lagi nak cuba makan strawberi cicah coklat. Sedap!! Fresh lagi tu..yum yum!!
Lepas check in, kami mula jalan-jalan. Singgah kejap kat kedai kaktus. Aku bukannya peminat kaktus tapi saje nak tengok.

Aik lain macam je rupa kaktus ni??!!

18 Januari 2009, kami check out tapi on the way nak balik tu, singgah kejap beli sayur. Memang banyak sayur jual kat situ sampai tak tau nak beli yang mana satu. Rasa nak je borong semua.

Acara kemuncak..singgah ke ladang teh Boh Sungai Palas. Perjalanan sangat mencabar. Kalau sapa tak tahan, memang mabuklah. Siap sedia bawa plastik, minyak angin dan buah limau. Jalan kecik , curam dan bengkang-bengkok.

Papan tanda menunjukkan arah ke kilang membuat teh.
Banyaknya teh..

Nak pilih yang mana satu ni..
Say cheese..
Apa-apa pun, kita minum dulu..Overall trip ke Cameron Highlands memang best! Rasa nak je pergi lagi.

p/s: Ada sesiapa nak ke Cameron Highlands? Aku nak join sekali!

Wednesday, January 14, 2009

You're Fired!

Pagi tadi aku dapat sms daripada kawan aku yang dia kena berhenti kerja. Aku tanya atas sebab apa dia kena berhenti kerja dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Bagi aku amat tak sesuailah kalau nak berhenti kerja. Dipendekkan cerita dia ada buat 1 kesilapan yang tak patut dilakukan dan tak perlulah aku bagitau apa puncanya.

Ok..fine dia ada buat salah dan dia mengaku. Takkanlah tak boleh nak bagi second chance? Bagi aku kesilapan yang dilakukan tu tak la besar mana pun. At least bagilah surat amaran dulu sebelum nak suruh berhenti kerja. Bukannya songlap duit syarikat, rosakkan harta syarikat atau bunuh sesiapa pun. Yang aku kasihan kat kawan aku ni, ini adalah kali pertama dia buat dan agaknya nasib tak menyebelahi dia..dia terkantoi! Dahlah nak kena keluar dari syarikat dalam masa terdekat. Kalau dapat kerja, aku tak kisah lah tapi daripada cerita kawan aku ni, rasanya macam susah je nak dapat kerja. Duit kereta dan segala perbelanjaan nanti, siapa yang nak bayar?

Aku tau..aku juga pernah mengalami masalah yang sama. 6 bulan aku tak kerja seh. Alhamdulillah berkat kesabaran aku, aku dapat kerja yang lebih baik daripada sebelum ini. Mungkin ada hikmah sebaliknya. Mungkin tuhan nak tunjukkan peluang yang lebih baik. Nasihat aku kepada kawan aku, sabarlah. Insyaallah rezeki ada di mana saja. Berusahalah moga mencapai kejayaan.

p/s: sabar itu indah..

Tuesday, January 13, 2009

Sayang?

Aku memang jarang luahkan perasaan. Kalau apa-apa yang berlaku kat sekeliling aku, aku lebih suka mendiamkan diri. Kalau dah sampai tahap kronik, aku nak je mengamuk! Apa-apa pun, kalau aku rasa geram dan menyampah selalunya nafsu makan aku naik. Contohnya apa yang berlaku kat aku minggu lepas. Aku cukup geram dengan boss aku. Rasa marah aku dah sampai tahap maksima. So, tengahari tu aku keluar lunch dengan adik-adik aku dan order makanan dengan banyaknya. Aku sedar, aku tak sepatutnya ikutkan perasaan tapi kalau dah sampai tahap maksima gaban, mana boleh tahan seh!

Ada orang luahkan perasaan dengan kata-kata. Kalau kita sayang sesorang, mesti akan cakap, "saya sayang awak." Bagi aku, aku lebih pada action. Action is more powerful than words, itu adalah prinsip yang aku pakai. Entahlah..agaknya aku ni payah sikit nak sebut kot? Geli? Ego? Errkk..tak retilah aku!!

Apa yang aku perasan, as a typical scorpian, there is no in between. Either you like or hate it so much. Aku ada baca article, if you've been in love with scorpion, you will be the luckiest person. Hahaha..boleh percaya ke?

p/s: take care of someone you love, while they still alive

Saturday, January 10, 2009

Kucing

Di rumah aku ada beberapa ekor kucing yang dah jadi penghuni tetap. Asalnya kucing ni memang selalu datang sebab ada yang rajin bagi makan. Lama-lama kucing malas nak pergi tempat lain sebab dah tau mesti ada makanan untuk mereka. Sebenarnya ada banyak, aku pun tak pasti ada berapa ekor tapi yang ada sekarang ni cuma ada 4 ekor kucing yang namanya: Tino (sebab dia kucing betina), Wawa (anak Tino), Kiti dan Comot.

Jangan tak tau, kucing-kucing ni faham apa kita cakap. Kalau kita orang keluar lama dalam beberapa hari, kita orang akan bagitau kucing-kucing ni yang kita orang tak ada kat rumah. Kalau nak makan pergilah rumah orang lain. Entah macamana ada sekali tu, kita orang lupa nak pesan sebab masa tu nak cepat. Nak tau apa jadi? Bila kita orang balik tu, kucing-kucing asyik tunggu depan rumah je. Aku naik kompius apsal kucing-kucing jadi macam ni. Rupa-rupanya kucing-kucing ni freak out sebab kita orang keluar macam tu je. So barulah kita orang faham..lepas ni kenalah bagitau sebelum keluar.

Antara banyak-banyak kucing, aku paling suka Wawa (ni yang senior sebab ada beberapa nama kucing nama Wawa). Kita orang panggil dia Wawa sebab dia tak pandai meow. Kalau dia nak apa-apa, dia akan bunyi wa..wa. Comel kan? Rasanya dialah kucing paling lama yang stay dengan kita orang. Kalau nak tau macamana rupa Wawa, cuba tengok iklan Friskies kat TV. Sebiji seh! Kucing ni, kalau dia tau nak mati, dia tak akan mati kat rumah tuan dia. Sama keslah macam Wawa ni, bila dia tak ada itulah kita orang assume dah mati lah. Sedih tapi nak wat camna kan. Terimalah hakikatnya yang dia tak ada lagi.

Aku taklah nak manja sangat kucing ni. Nampak je baik tapi kalau ada lauk depan mata, ambil jugak. Masa tu lah kita rasa marah sangat, rasa nak sepak je. Kalau kucing ni tak ada, rasa sunyi pulak. Marah tu marah jugak tapi sayang sebenarnya. Cuma tak nak mengaku. Hehehe...

p/s: marah tandanya sayang...

Friday, January 9, 2009

Adakah anda masih ingat kepada cerita ini?

Masa aku kecik dulu, aku selalu tengok cerita Maero Attack. Kalau balik sekolah mesti tengok la. Siapa tak ingat lontaran summersault yang hebat tu. Anyway aku frust sebab aku tak dapat tengok final episod sebab aku sekolah petang. Kat sini aku ada video pasal cerita ni. Siapa yang masih ingat cerita ni, happy viewing!












Cerita Jepun memang banyak tayang kat TV. Antara cerita Jepun yang tak akan lupa ialah Oshin. Cerita Oshin ni memang panjang. Aku tak ingat ada berapa episod. Bayangkanlah cerita ni bermula daripada Oshin masa kecik sampailah dia jadi nenek. Dalam cerita Oshin ni menceritakan bagaimana Oshin yang hidup susah yang akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Adik aku cakap, kedai yang Oshin buka tu memang wujud sampai sekarang. Aku suka sangat part masa Oshin kecik. Comel je dengan pipi merah dan muka bulat.


Aku tak boleh lupa cerita 21 Jump Street sebab ada hero pujaan aku, Johnny Depp. Mudanya dia masa ni. Kiranya ni la kali pertama aku kenal dia dan sampai sekarang tetap menjadi pujaan hati ku! Kebetulan sekarang kat TV8 hari Sabtu pukul 11.30malam ada tayang balik cerita ni. Kiranya mengimbas kembali kenangan lama aku dulu la. Cewaah!







Tak lupa jugak ada beberapa cerita yang aku suka macam Macgyver yang pandai selamatkan diri kalau ditimpa masalah. Ada je benda yang boleh dia pakai untuk lepas diri tanpa menggunakan alat-alat yang canggih. Memang aku tak pernah miss tengok cerita ni. Dahlah heronya sangat hensem. Hehehe..
Kalau cerita kartun, aku suka Jem and the Hologram, Smurfs, Carebears dan Popeye yang suka makan sayur bayam.

Sekarang ni aku tak berapa sangat cerita kartun tapi kalau tanya budak-budak sekarang kartun aku sebut ni, manalah dia orang tau. Apa yang dia orang tau Spongebob dan beberapa kartun anime Jepun tu. Kalau dapat tengok balik cerita lama ni, syok jugak.

p/s: Terasa aku ni dah tua kan?

Thursday, January 8, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat tahun baru 2009. Aku tau hari ni dah masuk hari yang ke 8 untuk tahun 2009. Aku lupa nak update blog aku. Ya ampun!! Nak tau apa aku buat malam tahun baru 2009? Aku lipat kain 2 bakul sambil tengok cerita Emmy Awards kat NTV7. Aku ni kalau nak lipat kain, kena tengok TV. Tak boleh main lipat je. Hari pertama tahun 2009, aku tak buat apa-apa. Cuma stay kat rumah. Kalau nak keluar pun, sure ramai orang punya. Tak kuasa aku!

Tahun 2009, aku dah plan nak cuti-cuti Malaysia. Start dengan ke Cameron Highlands minggu depan, ke Langkawi bulan Jun dan ke Kuching bulan Oktober. Plan ke Langkawi tu tak rancang pun sebenarnya. Kebetulan baru-baru ni ada promosi Air Asia yang telah menggoda aku. Lagipun aku dah lama tak ke Langkawi. Kali terakhir ke sana pada tahun 2006. Kalau tak sebelum ni, boleh dikatakan tiap-tiap tahun ke sana. Dah jadi agenda tahunan aku. Eii bestnya..aku tak sabar nak jalan-jalan.






Helang..mercu tanda di Langkawi















Kat Kuching ada kucing.. meoowwww












p/s: Mari kita melancong!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails