Wednesday, February 25, 2009

Kakak??!

Kakak rasa kakak nak cuba lah...

A bit akward kalau aku panggil diri aku ni kakak sebab aku dah biasa panggil diri aku ni aku atau saya (untuk orang yang lebih tua). Kawan-kawan aku pun rasa pelik kalau aku panggil diri aku ni as kakak.

Bagi aku, aku jenis bukan yang berkira sangat nak panggil aku ni kakak ke panggil nama. Kalau kat rumah pun aku panggil diri aku as Along. Kalau dengan adik no. 2, aku kau je. Lagi selamba..

Ada jugak keinginan nak panggil kakak. Mula-mula tu dah ok tapi lama-lama back to original, aku. Lidah pun tergeliat nak sebut kakak. At last, terus hilang panggilan kakak tu. Lagipun nak sebut Kakak Mazuriah tu macam panjang sangat. Senang je kalau pakai aku.. A..KU...Senang kan?

Agaknya aku tak didedahkan dari kecil, jadi penggunaan panggilan kakak tu diamalkan. Masa aku belajar dulu, aku memang tak panggil diri aku, kakak. Kalau dah dia orang panggil aku kakak, aku jawablah. Nanti ada pulak yang cakap, sombongnya aku.

p/s: Jangan panggil Nyah sudah...auuw aku tak rela you!

Monday, February 23, 2009

Roti Butterscotch Gardenia


Siapa pernah cuba makan roti Butterscotch Gardenia? Sedap sangat! Sekali makan rasa nak makan makan lagi. Tau je 1 bungkus dah habis.

Tadi masa lunch singgah kejap kat Petronas nak cari roti ni. Frust sangat sebab roti tu dah habis. Kalau pergi kedai, roti ni memang cepat habis.

Harga dia mahal sikit dalam RM4 sebungkus tapi kalau dah sedap, harga tu bukan menjadi isu utama.

p/s: cubalah...betul-betul sedap!

Sunday, February 22, 2009

Menghitung hari

Tinggal beberapa hari nak gaji. I'm totally broke! Cepatlah gaji masuk. Ni angkara gaji masuk awal bulan lepas. Jadi nak tunggu gaji seterusnya rasa macam lama sangat.

Ada lagi 4 hari nak gaji masuk.

p/s: sabar...

Saturday, February 21, 2009

Hasil tangkapan yang lumayan

Semalam aku ada appointment dengan doktor kat Hospital Putrajaya. Ingat lagi kes aku kena sakit mata dulu? Cuba refreshkan memori anda dengan blog aku sebelum ini. Good news mata aku dah ok. So doktor discharge aku dan tak perlu jumpa lagi doktor. Alhamdulillah. Masa doktor check mata aku, beliau telah titiskan ubat mata sampaikan penglihatan jadi kabur. Blur gila nak baca sms pun tak dapat. Anyway, doktor bagi MC sebab kalau aku pergi kerja pun bukannya aku nampak apa-apa. Mata aku akan kembali normal selepas 6 jam. Masa nak drive, memang aku bawa kereta slow-slow. Nasib baik aku masih nampak lampu isyarat. Kalau tak, mau nak kena accident.

Oleh sebab aku dapat MC, aku tak nak balik umah dulu sebab ayah tak tau aku ke hospital hari ni. Kalau aku balik, sure banyaklah jawapan aku perlu jawab nanti. Jadi, aku pakat dengan adik aku ke Mid Valley sempena Preview Sale Metrojaya.


Sampai ke Metrojaya, aku memang dah lama usha handbag baru cuma tak kesampaian. Entah macamana aku boleh terpikat dengan handbag Elle. Cantik tu memang cantik. Dalam hati.. hmm nak beli ke tak?? Adik aku dah jek jek aku...belilah..belilah. Cilako punya adik aku. Last-last aku termakan pujukan dan rayuan dia. Aku pun terus setuju dan amik lah. Sambil tu, adik aku dah berkenan dengan 1 wallet ni. Alang-alang nak bayar pakai kad kredit, (camna la aku nak bayar balik nanti?) aku pun bayarkan sekali untuk dia.




Handbag Elle



On the way nak balik, singgah jap kat Body Shop. Aku memang nak beli bedak sebab bedak aku dah abis. Sekali lagi aku kena pujukan mesra. Promoter yang layan aku tu, punyalah baik layan aku. Siap mekapkan aku pakai bedak, blusher dan lipstik. I can't resist it! So aku termakan layanan baik promoter tu. Aku pun belilah bedak, lipstik, blusher dan perfume. Sempat lagi adik aku selitkan barang dia suruh aku bayarkan untuk dia. Bertuah punya adik!! Ok fine...aku bayarkan. Tutup mata dan teruskan nilai murni untuk swipekan kad kredit aku.


Set perfume, lisptik dan blusher


Sepanjang perjalanan balik ke rumah, dok kira berapa jumlah aku belanja hari ni. Mana aku nak cekau duit? Aku pujuk diri aku..tak apa..hasil tangkapannya lumayan.

p/s: Hmm senyum je lah jawabnya. Tak tau nak cakap apa-apa lagi.

Thursday, February 19, 2009

Bila aku menulis...

Aku cuba untuk updatekan blog aku sekerap mungkin. Kalau aku tak ada apa-apa sebarang update maksudnya:

1. Aku tak ada idea nak tulis
(belum dapat wahyu lagi bak kata kawan aku bila nak dapatkan idea)


2. Aku amat sibuk dengan kerja aku


3. Angin malas datang

4. Semua kenyataan di atas

Selalunya kalau kat opis aku tulis blog masa lunch atau lepas pukul 5. Kalau kat rumah, aku akan update waktu malam bila adik aku dah tido. Baru ada feel nak tulis. Cewaaaah!! Nak wat camna laptop ada kat bilik dia.

Anyway, kalau aku rasa idea dan pendapat aku perlu dikongsi..aku akan ceritakan dalam blog. Hal-hal personal yang agak rahsia dan sulit tu..aku rasa aku belum sedia nak kongsi kecuali kalau ada sesiapa nak tau jugak..calling-calling lah aku. Hehehe..

Blog ni macam kita nak tulis diari. Dulu masa sekolah rajin jugak aku tulis diari ni. Kiranya macam luahan perasaan la gitu. Ye lah masa tu kat siapa nak ngadu kan? Dahlah aku ni asyik jadi tempat mengadu je. Penat seh!

Aku macam tak percaya aku pernah bercita-cita nak jadi penulis. Ini penangan Pakcik Manasikana yang pernah ajar bab penulisan kreatif masa aku sekolah dulu. Cerpen aku dipilih sebagai cerpen terbaik dalam kelas tu. Aku pun tak sangka aku ada bakat tersembunyi. Aku tak berapa ingat apa aku tulis masa tu tapi aku rasa ia mengisahkan pengalaman masa aku sekolah dulu. Cerpen tu pun dah hilang rasanya. Kalau aku baca balik, sure aku gelak besar lah. Jangan tak tau..budak laki kelas aku selalu suruh aku tulis surat kat awek dia orang. Wahai Muzaffar dan Fariq..masihkah kau ingat lagi kenangan itu? Macamana kau suruh aku tuliskan surat kat minah yang korang syok dulu???

Apa-apa pun, aku menulis sekadar suka-suka. Tak terlintas langsung nak jadikan sebagai 1 kerjaya tapi mana tau kan?? Insya-Allah...

p/s: Kuasa daripada sebatang pena boleh mempengaruhi seluruh dunia..

Wednesday, February 18, 2009

Bila boss tak ada

Waktu yang paling aku suka bila boss tak ada. Bukannya aku tak suka dia tapi kalau dia ada memang tak senang hati aku dibuatnya. Kalau sekali kena ngadap dia, siaplah berjam-jam jawabnya. Aku tak paham dengan dia, dia ni tak penat ke cakap lama-lama. Aku cakap 5 minit tu pun rasa macam dah lama sangat. Bak kata kawan aku, boss tu kesunyian. Kawan dia cuma anjing-anjing kat rumah dia tu. Kasihan gak orang macam tu tapi apa yang boleh aku lakukan? Aku tak rela menjadi teman mengadu. Oooh cukuplah..sebelum ni aku pernah menghadapi masalah tempat mengadu. Betul..kawan-kawan aku cukup suka mengadu kat aku. Agaknya kat dahi aku ni ada cop "tempat mengadu".

Selalunya bila boss tak ada antara aktiviti aku lakukan:

1. Telefon kawan atau adik
2. Surfing layan Facebook lah
3. Jalan-jalan ke pantry buat air dan cari biskut (minta dengan tea lady)
4. Pergi breakfast atau lunch atau kedua-duanya lama-lama
5. Kacau kawan sebelah meja
6. Balik awal (tepat pukul 5)

Kalau boleh, lagi lama boss tak ada, lagi bagus. Aku ingat lagi masa boss aku amik cuti lama masa CNY, aku dapat rasakan hidup ini bagaikan syurga!!!!!!!!

Masalah tugasan bukanlah isu utama cuma kehadiran dia kat department, buatkan aku tak keruan. Kalau nampak muka dia pagi-pagi, semua dok mengeluh je. Arrrrgghh she's in.

Aku rasa ramai di antara kita menghadapi masalah dengan boss. Kalau sesiapa yang dapat boss yang sporting, memang untung lah. Setakat ni, aku boleh lagi bertahan dengan boss sekarang atau yang sebelum ni. Belum sampai lagi peringkat aku nak bunuh dia orang walaupun sebenarnya memang ada impian nak buat macam tu. Hahaha..kalau betul-betul tu, something wrong somewhere I guess.

Anyway, the end of the day, boss kitalah yang buat appraisal pasal kita. Masa ni lah baru tau tinggi rendah langit kita dengan boss. Kalau dapat bonus sikit atau banyak atau mungkin tak ada langsung, jangan salahkan boss lah.

p/s: boss ok hari ni???? Wink wink!!

Monday, February 16, 2009

10 warning signs that you may be addicted to Facebook

1. Facebook is your home page.

2. You update your status more than twice a day.

3. You have over 500 "friends" half of whom you've never actually met.

4. As soon as you step away from your computer you're on FB on your phone.

5. You are a FB stalker. You qualify as a FB stalker if you

a) click on someone's profile more than once a day even if they haven't messaged or tagged you in a photo.

b) have dragged and dropped more than 3 FB photos (not from your own profile)

c) actually go to a place mentioned on someone's page in hopes of seeing them in real life...creepy!

6. You change your profile picture more than a 12-year=old girl.

7. You have checked your FB page while reading this article.

8. You clean up your "wall" so it looks like you spend less time on FB.

9. You are a member of more than 10 groups and respond to every event invitation "attending" even if you have no intention of going.

10. You change your relationship status just to mess with people.

p/s: I've to admit..I'm addicted to Facebook

Pretty much everyone I know has a Facebook account. I use it for emailing, messaging, sharing pictures, and more. That sounds pretty reasonable, right? Well, Facebook has a way of creeping from som...
Pretty much everyone I know has a Facebook account. I use it for emailing, messaging, sharing pictures, and more. That sounds pretty reasonable, right? Well, Facebook has a way of creeping from som...

Thursday, February 12, 2009

Only One Word

1. Where is your cell phone? - beg
2. Your significant other? - bed
3. Your hair? - short
4. Your mother? - heaven
5. Your father? - bangi
6. Your favorite place? - home
7. Your dream last night? - nothing
8. Your favorite drink? - sirap
9. Your dream/goal? - rich
10. What room you are in? - office
11. Your hobby? - eating
12. Your fear? - rabbit
13. Where do you want to be in 6 years? - famous
14. Where were you last night? - bedroom
15. Something that you aren't? - selfish
16. Muffins? - chocolate
17. Wish list item? - unsure
18. Where you grew up? - everywhere
19. Last thing you did? - lunch
20. What are you wearing? - nothing
21. Your TV? - small
22. Your pet(s)? - cats
23. Friends? - persons
24. Your life? - changing
25. Your mood? - lonely
26. Missing someone? - Hadi
27. Car? - Myvi
28. Something you're not wearing? - glasses
29. Your favorite store? - Warta
30. Your favorite color? - pink
33. When is the last time you laughed? - Tuesday
34. Last time you cried? - unsure
35. Who will resend this? - unsure
36. One place that I go to over and over? - toilet
37. One person who emails me regularly? - boss

Friday, February 6, 2009

Aku Bersyukur..

Aku tak pandai nak merungut ataupun berkira. Apa-apa yang aku lakukan selama ini adalah ikhlas. Kalau aku diberi tugas atau kerja, aku terima je. Agaknya aku dah diasuh begitu dari kecil.

Aku terima banyak komen daripada kawan-kawan aku..ada yang tak puas hati dengan kerja, tak puas hati dengan gaji malah dengan masalah perhubungan. Bukannya aku tak nak beri sebarang komen tapi aku rasa bersyukur dengan apa yang ada. Malah aku pernah terima dan lalui lebih teruk daripada apa yang berlaku sekarang. Bagi aku apa yang berlaku sekarang, aku amat bersyukur.

Aku bukan nak ungkit peristiwa lama tapi apa yang berlaku dulu aku anggap 1 pengajaran yang sangat berharga dan sebagai iktibar. Bagi aku, aku harap ia tak akan berlaku lagi pada masa hadapan. Aku percaya walau macamana aku susah, ada lagi orang yang lebih susah daripada aku.

p/s: aku terima seadanya...

Thursday, February 5, 2009

Mamat Inspirasi

Sepanjang aku kerja kat sini, aku suka tengok mamat ni untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi aku nak pergi kerja. Kalau rasa down sangat, dapat tengok muka mamat tu pun jadi lah.

Dipendekkan cerita, kita orang tak pernah buat sebarang komunikasi bila jumpa..maksudnya tak pernah tegur, senyum atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya.

Waktu lunch tadi, masa aku tengah baca surat khabar, tiba-tiba mamat ni tegur aku.

Mamat: Tengah baca ke? (sambil tunjukkan surat khabar NST kat aku)

Aku: Tak lah


Mamat tu pun terus tinggalkan aku. Dalam hati aku rasa puas. Akhirnya aku dapat cakap dengan dia walaupun cuma beberapa patah perkataan sahaja.

p/s: aku sangat suka! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails