Tuesday, January 17, 2012

Aku dah grad!

Berita yang ditunggu-tunggu selama ini. Minggu lepas aku dah dapat result exam. Alhamdulillah aku pass dan ini bermakna aku dah grad. Sekarang ini cuma tunggu panggilan untuk konvo di UUM, Kedah. 

Nak tahu result exam aku?

International Marketing: A-

Managerial Economics: B

GPA: 3.34

CGPA: 3.31

Sebelum aku dapat result exam, aku pernah bermimpi pasal ni. Dalam mimpi tu aku dapat:

International Marketing: A

Managerial Economics: B

Oklah tu..beza sikit je kan? Hehehe...

Aku rasa kawan-kawan aku yang lain pun dapat result exam lebih kurang macam aku tapi result Mr. X lagi gempaklah. Result exam dia macam result exam apa yang aku mimpikan. Orang pandai macam tu lah. Tak macam aku, result cukup-cukup makan sahaja. 

InsyaAllah dalam bulan Februari, kami nak buat family day di Port Dickson dan pada masa yang sama nak sambut kejayaan yang diperolehi bersama-sama.  Rasa rindu pula kat kawan-kawan kelas MBA dan pensyarah yang pernah mengajar kami. Walaupun masing-masing dah berkerjaya, perangai mengalahkan budak-budak terutamanya Azizan. (Azizan, kalau baca blog aku, jangan marah ya)

p/s: jasamu tetap ku ingat sampai bila-bila.

4 comments:

  1. tahniah! congratulations! omedetou!nanti konvo kat uum, nak ikut!

    no.38

    ReplyDelete
  2. terima kasih.
    nak ke uum? no problem laa..pastu kita jalan2 masuk thailand nak? hehehe..

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Saya ada hasrat nak sambung master uum nie...
    but my english x bp baik.. takut x blh..
    tgk subjek nya tough jgk.. ada any suggestion..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba minta dulu. saya pun tak la pandai english sangat. memang masa jawab exam in english tapi dalam kelas biasalah campur english & BM. insyaAllah berkat usaha, pasti boleh. good luck!

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails