Tuesday, September 25, 2012

Majlis konvokesyen UUM 2012

Minggu depan aku akan menghadiri majlis konvokesyen di UUM. Tak sabar rasanya nak jumpa balik kawan-kawan terutamanya Mr. X. Aku rindu sangat dengan korang. Kenangan bersama-sama buat assignment last minit, pakat kongsi jawapan dan banyak lagi.

InsyaAllah aku akan berangkat ke UUM pada 4 Oktober malam dengan menaiki keretapi di Sentral KL ke Arau. Lama dah aku tak naik keretapi. Ok juga kalau nak cuba naik kan? 

Dari Arau aku akan ambil kereta sewa dan terus ke UUM. Penginapan  3 hari sepanjang berada di sana dah settle. Rasa lega hati sebab aku dapat tahu hotel dan homestay area sana banyak dah penuh. Untuk cuti, aku dah apply cuti 4-8 Oktober tapi sampai sekarang belum approve lagi. "Boss, kasi approve la. Saya mahu konvo di UUM."

Memandangkan sidang konvokesyen aku pada 7 Oktober pagi, masih sempat lagi aku nak jalan-jalan sekitar Kedah. Hajat hati nak ke Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Alor Setar dan kalau sempat, nak ke Wang Kelian. Aku ni asyik jalan sahaja kan? Macamlah aku ni banyak duit. Ini pun dok berkira-kira, mana aku nak cekau duit buat belanja di sana nanti. Hahaha..

Dengar cerita ramai juga yang akan sama-sama konvo dengan aku nanti. Bayangkan untuk lulusan MBA (yang sama kursus dengan aku), mahu ada dalam 450++ orang. Itu baru 1 kursus, belum lagi campur kursus PHD, DBA, Sarjanamuda dan banyak lagi. Perrggh ramai gila!! Anyway, tahniah aku ucapkan kepada graduan yang berjaya. Segala penat lelah kita berusaha, akhirnya kita dapat meraikannya bersama-sama. 

p/s: tahniah graduan UUM!

Sunday, September 23, 2012

Baucar melancong ke Shanghai

Baucar sudah habis dijual. Terima kasih kepada yang sudi membelinya. 
-updated 11 December

Memandangkan aku tak jadi pergi ke Shanghai tahun depan, aku ada tawaran istimewa nak buat. Aku nak jual 3 baucar pakej melancong ke Shanghai 5hari 4malam muslim tour kepada sesiapa yang berminat. 

Harga untuk 1 baucar ialah RM199 tapi kalau beli 3 baucar terus, aku bagi harga istimewa RM550. Baucar ini sah untuk 18 bulan (travel period until December 2013) dan kalau sesiapa bercadang bercuti pada tahun depan, sempat lagi ni. 

Inilah baucar yang aku maksudkan. 

Baucar ini termasuk:
Penginapan hotel 
Makan (breakfast, lunch, dinner)
Transport sepanjang berada di Shanghai

Tambahan lain yang perlu dibayar seperti: (ini kena tambah duit sendiri)
Visa (RM58)
Tipping + 2 show (RM225)
Insurance (RM36)
Service charge (RM50)

Jumlah bayaran yang perlu dibayar (tak termasuk tiket penerbangan) untuk seorang adalah RM568 (harga baucar dan tambahan lain). Bagi aku, ini adalah tawaran melancong yang menarik. 

Tiket penerbangan kena urus sendiri dan bila dah dapat tarikh tempahan sila  maklumkan kepada Bagus Holidays (03-2166 5555). Sekarang ini ada promosi Air Asia, sempat lagi nak survey tiket ke Hangzhou ya. Maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di website Cuti-cuti Bagus

Kepada yang berminat berkenaan voucher, itinerary dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi aku di mazuriah@gmail.com

p/s: tak ada rezeki aku nak ke Shanghai kali ini. 

Friday, September 21, 2012

Dari Shanghai ke Shenzen

Aku pernah sebut yang aku ada plan jalan-jalan ke Shanghai tahun depan kan? Entah macamana aku boleh salah tempah, aku "tertempah" tiket ke Shenzen. Sepatutnya kalau nak ke Shanghai dengan Air Asia, tempah tiket ke Hangzhou. Bila aku tengok google map, Shenzen ke Hangzhou memang jauh, mahu dalam  1,341 km jaraknya. Addduuh gugur jantung aku dibuatnya.

Selesai sahaja aku tempah 3 tiket ke Shenzen baru aku perasan, aku buat kesilapan besar. Tanya dengan Air Asia sama ada aku boleh cancel dan minta ganti rugi, memang tak boleh. 

Aku dah mula panik, apa taknya aku dah habis belanja RM1,500 untuk tiket. Aku siap beritahu kawan-kawan aku yang ikut trip ni, aku dah silap beli tiket. Nasib baik kawan-kawan aku ok. On the spot terus tukar plan. Daripada  ke Shanghai, kami bercadang ke Shenzen, Hong Kong dan Macau. Amik kau! Sekali 3 negara kita orang teroka. Plan perjalanan belum ada lagi tapi rasanya kita main redah je. Apa nak jadi, jadilah. Baru lebih mencabar. Betul tak? 

Ada sesiapa pernah jalan-jalan ke Shenzen, Hong Kong dan Macau sekaligus? Bolehlah kongsi sama-sama tips yang perlu aku tahu. 

p/s: ok juga kita tukar plan. (pujuk hati lagi)

Wednesday, September 19, 2012

Air Calpis

Kali pertama aku minum air Calpis semasa aku berada di Jepun pada tahun 2007. Sekali minum, aku terus suka. Jatuh cinta pada titisan pertama. Cewaah! Setiap kali aku masuk kedai dan jumpa air Calpis, mesti beli. Tak salah aku kat sana, ada macam-macam jenis air Calpis ni, ada Calpis angur, Calpis soda, Calpis mangga dan banyak lagi. Pilih sahaja mana yang suka.

Menurut wikipedia:

The beverage has a light, somewhat milky, and slightly acidic flavour, similar to plain or vanilla-flavoured yogurt or Yakult. Its ingredients include water, nonfat dry milk and lactic acid, and is produced by lactic acid fermentation. 

Baru-baru ini, aku ke Paradigm Mall Kelana Jaya, kebetulan ada Japan Food Fair. Guess what? Aku jumpa air Calpis! Apa lagi, aku terus beli walaupun harganya agak mahal. 1 botol 500ml dijual dengan harga RM6.50 (boleh beli 2 botol coke besar). Nak sampaikan hajat lama tak minum, aku dah tak kira apa-apa lagi dan terus bayar kat kaunter. 

Sampai rumah, nak minum air Calpis ni siap catu dulu. Minum sikit-sikit je sebab takut habis cepat. 

p/s: teringat balik dari Jepun borong air Calpis sampai terlebih muatan beg. 

Tuesday, September 18, 2012

Ada apa dengan Bangi?

Bila orang tanya, ada apa dengan Bangi? Aku akan cakap, Bangi ada macam-macam. Betul..aku tak tipu punya.

Aku masih ingat lagi masa mula-mula pindah Bangi tahun 1983. Bangi penuh dengan hutan, rumah pun tak banyak lagi dan shopping mall memang tak ada lagi. Nak beli apa-apa, beli di Kajang sebab itulah bandar yang paling dekat. Nak beli baju sekolah, beli kat kedai Sang Lee atau kedai Ali. Beli buku sekolah dan alat tulis, beli kat Chip Lee. Kalau nak beli barang dapur, beli kat Billion, Ocean atau Great Wall. 

Kepada budak-budak yang mewah sikit, dia orang shopping jauh sikit contohnya di Kuala Lumpur. Dulu kalau beli baju di Globe Silk Store di Jalan TAR tu, bangga gila..jalan mendada, lubang hidung kembang je. Hehehe..

Sekarang ni? Memang jauh berbeza. Sebut pasal kedai makan? Kedai makan memang berlambaklah. Sebut sahaja, nak makan apa. Nak masakan Arab? Cina? Melayu? Western? Sate? Semua ada. Bukan itu sahaja, 1 Malaysia datang ke Bangi semata-mata nak berubat dengan Ustaz Harun Din. Hebat tak?

Pagi tadi aku jumpa ada video pasal Bangi. Siapa orang Bangi, mesti tahu. (kalau tak tahu, memang bukan  orang Bangi) Kali pertama aku tengok, aku gelak je sebab apa yang disampaikan memang betul. Walaupun aku tak kenal siapa yang buat video ni, aku ingin ucapkan tahniah! Korang memang sempoi! Skrip simple je tapi mendalam maksudnya.

Selamat menonton. 


p/s: bangga menjadi warga Bangi.

Saturday, September 15, 2012

Random entry

Ok..I'm back. Ini pun berusaha dapatkan semangat nak update blog hari ni. Tak ada apa-apa yang menarik berlaku sejak ini. Alhamdulillah, rezeki aku bertambah sikit sejak ramai orang order kek carrot. Boleh katakan dah beberapa malam stay up untuk bakar kek carrot (rasanya bil elektrik bulan ni mahu naik mencanak-canak!). Terima kasih semua yang telah order kek carrot aku. Semoga semuanya berpuas hati. Jangan malu-malu untuk order lagi ya.

Pagi tadi aku ke Kajang dan berjaya dapatkan jam retro yang aku inginkan sangat tu. Yeaaah! Sepanjang aku drive balik ke Bangi, senyum je. Senyum sampai ke telinga. Sekejap-kejap tengok jam walaupun dalam kereta aku dah ada jam.  Apa taknya, dah dapat apa yang diinginkan! 

Aku tak plan pun nak beli tadi tapi sambil-sambil aku usha kat kedai jam, jumpa pula jam yang aku nak. Tanya dulu harga berapa. Bila dapat harga memuaskan, tanpa fikir panjang, aku terus beli dengan harga RM165 dan terus pakai jam tu. Tak payah nak susah bungkus jam tu. Hehehe..

Akak suka jam ni!

Oh ya. Aku dah dapat tarikh konvo MBA di UUM iaitu pada 7 Oktober sidang pagi. Alhamdulillah semua classmate aku dapat konvo sama-sama termasuk yang baru sahaja selesai fnal exam pada bulan Ogos. Tahniah semuanya! Aku sebenarnya tak sabar nak jumpa Mr. X. Aku pasti mesti dia handsome sangat dengan pakai jubah nanti. (aku boleh cair masa tu). 

Semakin nak hujung bulan Syawal ni, semakin banyak pula jemputan rumah terbuka. Hari ini bukan sahaja jemputan rumah terbuka, jemputan kenduri kahwin pun ada. Adduuhh lari diet aku! Esok pun ada lagi ni. Memang rakyat Malaysia mewah makan dan kita patut bersyukur. Ingat, makan tu berpada-pada jangan sampai membazir ya. 

p/s: selamat bercuti panjang. selamat menyambut Hari Malaysia! 

Sunday, September 9, 2012

Malasnya

Angin malas update blog datang. Tengoklah esok lusa aku update lagi. 

p/s: tak idea nak tulis sebenarnya (alasan je tu..)

Tuesday, September 4, 2012

Jam retro

Kali pertama tengok jam ni, aku terus jatuh hati. Bak kata orang dulu-dulu cakap, "jatuh cinta pada pandangan pertama". Antara sebab aku suka jam ni ialah rekaannya yang ala-ala retro. Macam jam yang pernah aku pakai masa sekolah dulu. 

Jangan tak tahu, zaman tak ada PSP atau seangkatan dengannya, aku boleh main game dengan jam ni. Hebat tak? Punyalah kreatif budak-budak zaman dulu. Hehehe...

Pasal harga, sempat lagi aku usha, harga boleh tahan juga dalam lingkungan RM160++. Kebetulan bulan depan harijadi aku, sempat lagi nak kumpul duit untuk buat hadiah harijadi aku nanti. (kalau ada orang nak bagi jam ni untuk hadiah aku, lagi aku suka) 

p/s: eh bulan depan harijadi aku? tua dah akak ni.

Monday, September 3, 2012

Mini potluck

Potluck yang tak dirancang sebenarnya. Jemputan pun tak ramai cuma adik-beradik dan kawan rapat. Bila dah kumpul semuanya, mahu riuh dibuatnya. 

Aku sediakan kambing panggang dan jangan tak tahu ini adalah percubaan pertama. Hasilnya? Sangat memuaskan. Aku perap selama 2 malam dan panggang 3 jam (kalau panggang lama lagi, mesti lagi best). 

Kambing panggang yang siap dihiris.

Makanan yang lain? Mestilah ada. 
Dari atas kiri: garlic bread, pasta tuna, rock melon, salad kentang, sup cendawan dan salad. 

Dari atas kiri: beraneka minuman, lemon, ayam goreng radix, kuih raya, air oren dan kerepek. 

Untuk pengetahuan semua, boleh dikatakan kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah home cook. Cewaah!

Ayah dengan cucu-cucu lelaki. 

Girls only ok. 

Aisya, si mata bulat. 

p/s: boleh buat lagi ni. next..rumah siapa pula. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails