Wednesday, February 27, 2013

Bila aku membebel

Aku tak ada idea nak tulis blog. Entah berapa kali aku asyik padam apa yang aku taip. Lepas tu tengok skrin laptop manalah tahu idea tulis nak datang. Hmmm haram, satu benda tak keluar. Sudahnya, aku tengok skrin laptop, skrin laptop tengok muka aku. 


Tak boleh jadi ni, tangan mula gatal nak klik beli barang online. Eh lawanya beg..sekejap lagi nanti lawanya baju..lepas tu lawanya make up. 

STOP IT! Bahaya betul aku ni. 

Aku tahulah mentang-mentanglah gaji baru masuk semalam. Semua benda nak beli. Ayah pun dah mula bising setiap kali ada parcel atas nama aku. "beli barang apa tu?" Aku sengih je lah, malas nak cakap apa-apa. 

Sesungguhnya aku insan lemah macam lagu Rayuanku yang dinyanyikan oleh Rohana Jalil tu. 

Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah..

Cewaah! Sempat lagi aku nyanyi kan? Bagi chance lah akak nak nyanyi lagipun lama dah aku tak pergi karaoke. Ada sesiapa nak join? 

Oklah, entah apa aku bebel ni. Korang layan je lah ya. 

p/s: aku pun tak faham apa aku bebel. 

Monday, February 25, 2013

3 saudara

Dari kiri Sara, Hadi dan Harith

Koleksi gambar pasport anak saudara aku. Perasan tak apa yang sama? Mulut mereka yang kecil dan mungil. Itu trademark penting keluarga kami. Hehehe..

Gambar lama aku. Tengok..sama je kan? Mulut kecil dan mungil!

p/s: pasport ke Singapura, dah siap?

Saturday, February 23, 2013

Suits

Obsessed baru. 


Aku suka tengok cerita Suits yang ditayangkan di channel 702 (Diva) setiap Isnin pukul 8.05pm. Sanggup masak dan makan malam awal semata-mata tak nak lepaskan peluang tengok cerita ni. 

Aku memang ikut cerita ni dari awal lagi dan sekarang dah masuk musim kedua. Jalan cerita pun makin menarik dan tak sabar aku nak ikut perkembangannya. 

Nak buat macamana, realitinya aku tak dapat jadi peguam. Apa-apa pun, aku memang suka tengok cerita yang ada kaitan dengan peguam, undang-undang dan mahkamah contohnya L.A. Law, Ally Mcbeal, Mat Lock dan banyak lagi. 

Tapi...part yang paling aku suka ialah sudah pasti watak utamanya, Harvey Specter atau nama sebenarnya Gabriel Macht. Dalam cerita Suits, watak dia sangat berkarisma, tegas, licik dan berpegang pada janji. (fuuh cair aku dibuatnya)

Kau memang handsome. 

Apa lagi..kalau ada peluang, cuba tengok. Best sangat!


p/s: dapat abang long macam ni kan best. hehehe...

Tuesday, February 19, 2013

Family trip to Singapore

Kebelakangan ini kerja di opis semakin banyak dengan nak kejar timeline siapkan report, nak buat event lah, presentation dan macam-macam. Kat opis ni, masa sibuk, memang sibuklah tapi masa free, memang free gila. Mampus kalau boss aku tahu pasal ni. Hahaha!

Ok, tak perlu aku nak cerita panjang pasal opis ni. 

InsyaAllah bulan depan ada trip ke Singapura dengan adik-adik sempena meraikan kejayaan aku dapat MBA baru-baru ini. Aku dah janji, kalau aku dapat MBA aku nak belanja adik-adik aku. Mulanya ayah aku nak join ke Singapura tapi entah kenapa saat-saat akhir tak jadi pula. Aku dah beli tiket flight tapi nak buat macamana, burn je lah. Korang rasa, ada peluang tak aku dapat duit aku balik? 

Selama berada di Singapura 3 hari 2 malam, perjalanan ke Singapura bermula dengan menaiki keretapi dari Kajang terus ke Woodland. Balik ke Bangi nanti  naik flight Jetstar sebab aku tak pernah naik Jetstar. Mana best berbanding naik Air Asia? Ada sesiapa pernah naik Jetstar?

Tujuan utama ke Singapura ialah nak ke Universal Studio Singapore (USS) sebab tahun lepas aku tak sempat nak pergi. Pasti lagi meriah dengan ada kehadiran Sara, Hadi dengan Harith. Ye lah..Awong belanja nanti ok. Konon nak jadi best makcik lah tu. 

Itinerary ke Singapura belum siap lagi tapi yang pasti 1 hari akan berada di USS. Yang lain-lain tengok kepada keadaan dan kedudukan kewangan. Ikutkan hati memang nak explore 1 Singapura. (takut je aku yang pancit nanti)

Aku dah booked hotel awal-awal sebab takut tak ada bilik nanti. Ya lah, kali ini bukan sedikit yang nak pergi. Ada 6 dewasa dan 3 kanak-kanak dan pasti memerlukan bilik banyak. Oh ya, aku pilih hotel sekitar Joo Chiat Road. Di antara sebab aku pilih situ sebab senang nak cari makan dan shopping. Itu tips daripada Makcik aku yang tinggal di Singapura. 

p/s: yang penting sekali, aku dapat cuti daripada boss. kalau tak, mahu aku menangis nanti. uwaaaa!!!

Friday, February 15, 2013

Malas




Sekarang ini serba serbi malas.

Malas kerja
Malas kemas rumah
Malas masak
Malas nak update blog

Tapi...

Makan tak malas pula. Hahaha!!!

p/s: patutlah badan makin bulat je...

Tuesday, February 12, 2013

Am I sexy?

Suka tengok gambar ni. Comel je kan?

p/s: feel good with yourself!

Sunday, February 10, 2013

Gong Xi Fa Chai

Agak lama aku tak update. Aku demam baru-baru ini. Hari ini dah sihat, alhamdulillah. Tunggulah sehari dua,  aku akan update blog aku. Aku tak lupa juga nak ucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua kawan-kawan aku yang menyambut. 

p/s: aku tak dapat angpau tak apa tapi aku nak limau banyak-banyak!

Wednesday, February 6, 2013

Tuesday, February 5, 2013

Dim sum brunch buffet di Asian Cibo, Cyberjaya


Baru-baru ini aku dan adik aku pergi makan dim sum lunch buffet di Asian Cibo, Cyberjaya. Aku sengaja nak cuba makan kat situ memandangkan tempatnya tak berapa jauh dari opis aku. Dalam pukul 11 lebih kami sampai di Restoren Asian Cibo dan ramai juga yang datang untuk makan dim sum. 

Aku ingatkan ada pelayan akan melayan kita dan membawa makanan ke meja seperti yang pernah makan di Eden, KLIA sebelum ini. Rupa-rupanya tak. Memang jauh berbeza! Aku juga sempat bebual-bual dengan pelanggan yang datang, dia pun tak puas hati dan membanding-bandingkan perkhidmatan di Eden dengan Asian Cibo.

Kalau korang nak tahu, makanan dihidangkan atas meja dan kita kena ambil sendiri. Dahlah pilihan tak banyak, masin pula tu. On top of that, minuman kena bayar (air suam pun kena bayar) dan perkhidmatan  mereka lambat, ok. Kebanyakan pelayan mereka bukan orang Malaysia maka terpaksalah ulang pesanan beberapa kali. 

Aku rasa aku tak akan datang lagi makan di sini. Secara keseluruhan aku boleh bagi 1.5 bintang daripada 5 bintang. Punyalah tak best, aku stay kejap je . Gambar pun tak ambil sebab tak sampai hati.

p/s: kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok. 

Monday, February 4, 2013

C-string

Petang tadi sambil aku tengok milkAdeal.com, aku nampak 1 barang yang menarik perhatian aku. Namanya C-string. Rupanya macam G-string tapi lagi kecil dan halus. Aku tak dapat nak bayangkan sangkut kat mana kalau aku yang pakai. 


Inilah rupanya C-string. 

Boleh tahan juga harganya. 1 helai harga dalam RM39.90 dan dengan harga yang sama boleh beli 10 helai seluar dalam kat Jaya Jusco. Jangan main-main tau. Hehehe.. Ada sesiapa berani pakai? Kalau aku, baik tak payah pakai apa-apa. Lagi senang! 

p/s: tak kuasa aku nak pakai lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails