Punyalah seksa nak habiskan cerita trip ke Melbourne. Minta maaf banyak-banyak sebab mengambil masa yang agak lama nak sambung balik cerita. Jangan marah ya. Nanti kena jual tau.
Selepas pulang dari Queen Victoria Market, kami bersiap-siap nak jumpa seseorang yang sangat istimewa. Nak tahu siapa? Kalau korang nak tahu kenapa kami memilih untuk ke Melbourne selain daripada untuk makan angin, sebab nak jumpa saudara ayah yang dah lama tak jumpa. Rasa-rasanya dalam berapa tahun tak berjumpa?
10?
20?
30?
Salah tekaan tu. Nak tahu berapa? 50 tahun tak jumpa. Berjejak kasih ayah aku dengan saudaranya itu. Aku panggil saudara ayah tu Uncle Kam tapi nama penuh beliau ialah Kamarul Zaman.
Uncle Kam dah lama menetap di Melbourne. Tak salah aku, habis sahaja zaman sekolah menengah terus sambung belajar di Melbourne. Selepas itu terus bekerja, menetap dan berkeluarga di sana. Ada juga sekali-sekala dia balik ke Malaysia menjenguk adik beradik dan saudara mara di sini. Tak tahu pula kenapa dia tak nak terus menetap di sini.
Sesi jejak kasih bermula apabila Uncle Kam datang ke hotel kami. Nasib baik mereka masih ingat lagi. Apa taknya, 50 tahun tak jumpa! Walaupun tak berapa nak ingat muka, ayah cakap muka Uncle Kam masih boleh dikenali lagi.
Uncle Kam terus bawa kami makan di Restoran Little Ipoh. Katanya tuan punya kedai tu adalah daripada kerabat Di Raja Perak. Ramai orang kenamaan Malaysia makan di situ.
Aku makan Char Kuew Tiow. Rasanya biasa-biasa sahaja.
Bersama-sama Uncle Kam dan isteri.
Selesai makan, Uncle Kam bawa jalan-jalan sekitar Melbourne. Uncle Kam siap cerita di Melbourne ada kawasan terletaknya perumahan orang kaya, sederhana, pendatang dan sebagainya. Tak lupa juga Uncle Kam bawa kami ke Toorak iaitu kawasan perumahan orang kaya-kaya di Melbourne. Di antara rumah yang ada di Toorak, terdapat sebuah rumah yang paling mahal yang dimiliki oleh orang Indonesia yang merupakan tuan punya kedai 7 Eleven di seluruh Australia. Hebat kan? Sayang, aku tak sempat nak ambil gambar rumah tu. Bila aku tengok kawasan Toorak ni, aku teringat macam berada di kawasan Damansara Height pula. Rumah banglo besar-besar dan agak lama rupanya.
Singgah sebentar di Rickett Point untuk makan scones. Inilah scones yang paling sedap aku pernah makan. Tambah sedap lagi bila ada orang belanja makan. Hehehe...
Scones dengan cream dan jem strawberi. Yummy!!
Bersama-sama Uncle Kam.
Lepas makan scones, Uncle Kam meneruskan membawa kami jalan-jalan sekitar Melbourne. Kali ini Uncle Kam tunjukkan kawasan perumahan yang didiami oleh masyarakat Islam. Kawasannya agak jauh sedikit dari pusat bandar. Kebanyakan masyarakat Islam yang ada di sana adalah dari Negara Arab. Di sini aku nampak beberapa keluarga Arab yang berjalan-jalan dan terdapat banyak kedai makanan halal. Jadi untuk mencari makanan halal di Melbourne bukan lagi masalahnya.
Lebih kurang pukul 5 petang, Uncle Kam bawa kami pulang ke hotel. Sepanjang berjumpa dengan Uncle Kam, macam-macam cerita yang dikongsi bersama. Dah 50 tahun tak jumpa pasti banyak cerita nak tahu. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada Uncle Kam yang sudi melayan kami sekeluarga. Jasamu sentiasa diingati.
Lepas maghrib, pergi ke Coles lagi untuk beli makanan untuk bekalan trip seterusnya. Yang pasti tak nak peristiwa menahan lapar semasa trip GOR tempoh hari berulang kembali. Ke mana kita? Tunggu ya.
p/s: dapat jumpa kangaroo dengan dekat lepas ini.
50 tahun x jumpa? kalau JM 5 tahun x jumpa pun dh x ingat rupa paras rasanya...isteri uncle kam tu chinese eh? kalau JM ada peluang nk migrate ke Seoul menetap sana terus ahahaha
ReplyDeletebetul. 50 tahun tak jumpa. kagum kan boleh ingat lagi rupa paras.
Deleteisteri Uncle Kam tu chinese dari sabah.
tudiaaaa 50 tahun tak jumpa.. mmg jejak kasih sungguh..
ReplyDeletebagusnya still berhubung.. dats why dapat jugak jumpa kan..
best kalo ada org kita kenal kat satu2 tempat.. dapatlah jalan2 mcm org tempatan kan ahaaak..
memang berjejak kasih
Deletesaya first time jumpa
betul, kalau kita kenal sesiapa kat mana2, senang nak jalan.