Awal-awal lagi Pak Akbar dah pesan kepada JM yang trip kali ni bergerak pukul 6.30 pagi. Alamak awalnya. Tak sempat nak makan pagi di hotel. Rugilah..dah bayar tapi tak dapat makan. Oh ya, sepanjang berada di Yogyakarta kami ditemani oleh Pak Akbar yang peramah dan kelakar orangnya. Bukan itu sahaja, memang rajin melayan kerenah aku dengan JM. Nasib baiklah kau dah kahwin Pak Akbar. Kalau tak, lama dah aku ngorat kau. Hahaha!!!
Destinasi pertama di Yogyakarta adalah ke Borobudur Temple iaitu sebuah monumen Buddha terkenal di dunia yang telah dibina pada abad kelapan. Ia merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Yogyakarta.
Untuk pengetahuan semua ini merupakan lawatan kali kedua aku ke sana selepas tahun 2003. Kali ini aku dapat tengok banyak retakan yang berlaku di Borobudur kesan daripada gegaran gunung berapi yang meletus sekitar tahun 2010. Oleh sebab itu, masa berjalan di sekitar Borobudur hendaklah berhati-hati. Ada juga beberapa orang pegawai keselamatan yang berlegar-legar sekitar Borobudur untuk memastikan pengunjung yang datang selamat.
Borobudur Temple.
Masa aku sampai ke Borobudur, kebetulan ada pula rombongan pelajar sekolah. Memang penuhlah dengan mereka di sana. Nak ambil gambar pun kena ikut giliran. Yang kelakar tu, mereka ini pantang betul nampak pengunjung orang putih atau panggilan bule di Indonesia. Kalau nampak je orang putih, semua berebut nak ambil gambar bersama-sama. Mula-mula tu layan juga orang putih dengan budak-budak ni tapi bila dah ramai sangat nak ambil gambar, naik rimas pula rasanya. Sampaikan terpaksa menolak tawaran ambil gambar sama-sama. No picture ok.
Eh, kenapa tak nak ambil gambar aku?
Ya aku sedar aku ini siapa. Siapalah nak ambil gambar dengan aku. Apa kau perasan kau ni artis? Sudahlah...tak payahlah kau nak perasan ya.
Bayaran masuk ke Borobudur adalah berbeza untuk pengunjung tempatan dan luar negara. Yang pasti untuk pengunjung tempatan lagi murahlah. Dulu masa kali pertama aku ke Borobudur, pernah aku tengok orang Malaysia menyamar menjadi pengunjung tempatan. Entah macamana, boleh terkantoi dan terus kena bayar ikut pengunjung luar negara dengan bayaran jauh lagi mahal.
Aku tak ingat berapa bayarannya tapi kalau nak murah dan memang ada rancangan untuk berkunjung ke Prambanan Temple, adalah lebih baik beli tiket sekaligus dua tempat. Kalau beli asing-asing, lagi mahal. Kebetulan memang kami merancang nak ke Prambanan Temple, alang-alang beli terus.
Ada beberapa tingkat yang perlu didaki untuk sampai ke puncak Borobudur. Banyak penat woo naik tangga. Dahlah pakai seluar longgar, asyik kena tarik dan betulkan seluar. Adakah aku sudah kurus walaupun baru beberapa hari di sana? Perasan tak sudah-sudah aku ni.
Bila sampai di puncak Borobudur, pemandangannya sangat cantik. Rasa berbaloi dan bangga bila dah sampai. Sampaikan terasa setiap titisan peluh menitik dan mengalir di badan. Fuuh!
Lihatlah dunia! Aku berjaya akhirnya. Kalau aku boleh, anda pasti boleh. Cewaah.
Puas bergambar di Borobudur dan kebetulan pengunjung pun semakin ramai yang datang, adalah lebih baik kami beredar. Dalam perjalanan keluar, kami melalui gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata. Nak buat macamana itulah laluan yang ada untuk sampai ke pintu keluar. Sempat juga rembat fridge magnet sedikit untuk dibawa pulang.
Destinasi seterusnya ke Gunung Merapi. Di sini kita menyaksikan kesan letupan gunung berapi yang berlaku pada tahun 2010. Untuk sampai ke kawasan tersebut perlu menaiki jip. Jangan lupa untuk memakai topeng muka sebab kawasannya sangat berdebu.
Ada beberapa pakej tour yang ditawarkan tapi kami memilih untuk ambil pakej yang paling singkat dan murah. Rasanya cukuplah kami dapat melawat tempat yang tertentu sahaja. Sekurang-kurangnya kami dah sampai di sana. Betul tak?
Memang mencabar semasa menaiki jip sebab jalan yang dilalui tidak rata dan berbatu-batu. Kalau sesiapa yang mengandung, janganlah naik dan kalau sesiapa yang tak tahan dilambung-lambung naik jip boleh muntah dibuatnya. Rasanya lebih kurang macam naik roller coaster pun ada. Sepanjang aku di sana, Alhamdulillah aku ok.
Kami dibawa ke beberapa kawasan peninggalan kesan letupan gunung berapi. Semasa aku di sana aku dapat rasakan betapa sedihnya keadaan masa itu. Bayangkan kita kehilangan sahabat, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya dalam sekelip mata. Masa sampai di sana, terasa senyap sunyi sahaja. Tiba-tiba aku rasa insaf dan sedar diri sendiri. Bagaimana agaknya kalau semua ini berlaku kat aku?
Sayang sekali, tak banyak gambar yang dapat tunjukkan.
Ok seterusnya ke Prambanan Temple iaitu terletaknya temple hindhu besar yang dibina pada abad kesembilan. Memandangkan kami dah beli tiket masuk Prambanan Temple bersama-sama Borobudur, jadi tak perlu nak beli tiket di kaunter pembayaran. Tunjuk sahaja tiket, dah boleh masuk.
Aku dengan JM tak lama di sini sebab masa sampai dah panas. Kebetulan aku dah penat dan keadaan berpasir dan berdebu. Tak ada apa yang menarik sangat di sana. Aku setakat nak tengok-tengok kawasan tu bolehlah tapi kalau nak menghayati kesan sejarah temple itu bukan aku. Memandangkan dah beli tiket untuk kedua-dua tempat, kami pergilah. Kalau aku diberi pilihan, dapat pergi Borobudur pun dah ok.
Sebelum pulang ke hotel, aku pesan kepada Pak Akbar untuk singgah ATM Cimb Bank. Nak buat macamana, duit belanja tak cukup. Lari bajetlah. Nasib baik ada ATM Cimb Bank. Yang bagusnya bila keluar duit di ATM kadar tukaran wang adalah lagi tinggi berbanding tukar duit di Malaysia. Boleh dapat duit rupiah lebih sikit.
Sebelum ke luar negara, aktifkan kad atm terlebih dahulu melalui website Cimb Click. Di situ ada arahan dan cara-cara untuk aktifkan kad atm di luar negara yang mempunyai Cimb Bank. Senang bukan?
Sebelah malam, sempat lagi cari tshirt dan cenderamata di Jalan Malioboro yang terlatak dekat dengan hotel. Jalan kaki sahaja dah sampai. Jalan Malioboro memang panjang dan sepanjang jalan tu penuh dengan kedai yang menjual pelbagai barang. Apa lagi pilih sahaja mana yang berkenan. Jangan lupa sediakan wangnya sekali.
Balik ke hotel, tidurlah. Sambung lagi destinasi seterusnya.
p/s: acara berpelampung selepas ini.

Gunung Merapi.

Oooo... ada ati nak ngorat... nanti SS kabo kat Pak Akbar... ha ha ha...
ReplyDeleteAlamak terkantoi
DeleteMalunya...cover muka jap
mahal kan nak masuk 2 fames temple ni utk mancaneagara..
ReplyDeletemahal juga bayaran masuk
Deletedahla bayar pakai rate USD
ahaksss...Maz!! ooo dalam dendiam ada hati ngan Pak Akbar yek! ha'aa lah kalau dia lum kahwin mmg sesuai sgt ngan Maz tau..sasa dan tinggi hihihih
ReplyDeletejanganlah Pak Akbar baca blog saya
Deletekalau dia tahu, malunyaaaa
tall dark & handsome ciri idaman lelaki saya!
kan!! budak2 sekolah tu tak nak pun bergambar ngan kita..dorang ingat kita pun dari indonesia kot
ReplyDeletedia orang pun tak heran la dengan kita
Deletelainlah kalau kita rambut blonde & baju seksi!
wahh..cepat Maz update...sikit hari lagi TAMAT lah kisah ni..JM ntah bila nk start ni
ReplyDeleteya betul tinggal sikit je ni
Deletetapi nak sambung cerita memang seksa betul