Saturday, December 16, 2017

Namaste India - part 4

Setelah puas bermain dengan salji, kami singgah di sebuah restoran untuk makan tengahari dan solat di sebuah masjid berhampiran. Rasa tak puas lagi sebenarnya sebab sekejap sangat main salji. Lagipun bukannya selalu dapat peluang macam ni. 

Yang istimewa tu, restoran yang kami singgah tu menyediakan masakan Thailand. Cuba bayangkan setiap hari makan kari tiba-tiba dapat makan lain daripada biasa. Apa lagi, makin berselera aku makan. 

Sebenarnya restoran yang didirikan adalah sebahagian daripada hotel. Hotelnya belum lagi siap sepenuhnya. Memandangkan restoran dah siap dulu, memang rezeki kami untuk menjamu selera di sana.

Nampak tak? Masing-masing muka kekenyangan. 

Selesai solat, sempat lagi berbual mesra dengan penduduk tempatan dan beri jajan. Anak-anak kecil yang ada di situ memang comel dengan mata hijau dan muka merah-kemerahan. Geram je tengok. 

Ada yang berkenan tak? Pilihlah yang mana yang berkenan di hati. 

Dalam perjalanan pulang, singgah di kedai sari lagi. Sudah pasti ahli rombongan tak puas lagi memborong kain sari. Aku tengok je lah, saka nak beli kain belum datang lagi. Tunggulah nanti. Hehehe.. 

p/s: lepas ni ada lagi satu destinasi yang tak kurang menarik. kita main salji lagi. 

6 comments:

  1. Haiiii makcik. Rindu engkau 😍😍😍

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. seronok. kalau ada peluang, pergilah ke sana.

      Delete
  3. ahahahaha saka hahaha.. sabar jela. seronok kan salji. its too magical tak tahu nak zahirkan dalam words macam mana =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails