Tuesday, March 31, 2009

Nasi lemak

Selamat pagi semua. Hari ni aku penuh semangat siap awal semata-mata nak beli nasi lemak kat pasar. Aku siap nyanyi lagu nasi lemak.. nasi lemak, nasi lemak mari makan nasi lemak. Kita makan waktu pagi, kenyang sampai siang hari.

Sebelum pukul 7 aku dah keluar rumah dan terus ke pasar.
Bila aku park kereta, aku nampak gerai nasi lemak masih gelap lagi. Aku tertanya-tanya dalam hati, "gerai ni dah buka ke belum?" Tak apalah, aku stay kejap dalam kereta. Pukul 7.05am, aku pun mengatur langkah ke gerai nasi lemak.

Bila aku sampai gerai tu, aku tengok adik yang jaga gerai sibuk susun barang atas meja. Aku pun tanya kat adik yang jaga gerai tu.


Aku : Nasi lemak ada?
Adik : Belum siap lagi la kak
Aku : Lama lagi ke?
Adik : Lama lagi la kak..nasi tak kering lagi. hari ni siap lambat
Aku : Tak apa lah dik (terus tinggalkan gerai tu dengan hati sedih)

Sedih sangat sebab aku dah lama nak makan nasi lemak tu. Salah satu sebabnya, harganya murah. Mana nak dapat nasi lemak lauk biasa dengan harga RM1? Sebab kedua, nasi lemak kat gerai tu memang sedap!

Untuk ubatkan hati luka aku ni, aku belilah roti canai. Roti canai..roti canai lah daripada tak ada apa-apa langsung!

p/s: nasib baik aku tak jadi macam kes batu belah batu bertangkup.

Saturday, March 28, 2009

Apa lagi nak buat ye..

First of all aku nak minta maaf sebab aku dah lama tak update blog aku ni. Aku tau ramai yang ternanti-nanti update blog aku ni. Lately aku sangatlah sibuk dan ditambah pula perangai boss yang semakin menjadi-jadi. Kalau aku tak tahan, dah lama aku nak bunuh dia.

Tak banyak cerita yang menarik yang berlaku minggu ni. Setiap hari aktiviti aku cuma aku ke opis dan balik rumah. Kadang-kadang tu aku ada singgah rumah adik aku sebab nak jumpa anak saudara aku tu, buat lepas rindu kejap.

Last week aku ada jemputan kahwin kawan opis. Aku frust sangat sebab baju yang aku tempah tak dapat nak siap on time. Aku dah siap berangan nak pakai baju baru tu. Actually aku dah lama beli kain kat kawan yang balik dari India. Cuma tak kesempatan nak tempah. Hmm nampak gayanya dah tak ada rezeki nak pakai. Sabar je la kan.



Ini gambar aku dengan pengantin, Rafeeza Rahim kat Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Sob sob..terpaksa pakai baju lama...






Hari ni aku dok rumah seorang je. Mati kutu aku dibuatnya. Puas dah aku tidur je pagi tadi. Makan pun sudah. Jangan lupa pula, malam ni padamkan lampu 1 jam pukul 8.30pm-9.30pm. Cewaah senangatnya aku ni. Adik aku dah siap beli lilin lagi tu.

p/s: tengah fikir nak buat apa lagi sekarang. Hmmmm.....

Wednesday, March 18, 2009

Happy birthday boss

Hari ni birthday boss. Aku tak berapa pasti birthday kali ni yang ke berapa. Yang penting dia tak datang kerja hari ni. Yeaaah! Indahnya dunia aku rasakan. Kehadiran dia buat aku dan kawan-kawan aku tak senang duduk dibuatnya.

Minggu ni adalah minggu yang agak sibuk. Ada sahaja kerja nak kena buat. Lepas satu..satu ada sahaja arahan daripada boss. Sampaikan aku tak sempat nak bernafas. Hmm..memang kena banyak sabar dengan boss aku ni. Kalau ikutkan perasaan, aku nak bakar kereta waja buruk dia tu.

Oklah..aku tak pandai nak bodek boss. Aku pun tak reti nak wish birthday kat dia. Should I? Lantaklah..asalkan aku bahagia hidup aku.


p/s: bila kucing tak ada, tikus lari bertempiaran..

Sunday, March 15, 2009

Idea oo idea

Hari ni aku tak ada idea nak tulis blog. Untuk pengetahuan semua, ini adalah cubaan yang ke-7 untuk update blog kali ni. Aku dah taip 2-3 perenggan lepas tu aku delete. Aku cuba lagi tapi berjaya taip 2-3 baris. Aku pun delete lagi. Hmm..kenapa idea tak datang ni?

Aku memang jarang menghadapi masalah macam ni. Selalunya ada je idea aku nak tulis lebih-lebih lagi kalau aku nak cerita pasal boss. Hahaha! Ada je cerita aku nak tulis. Agaknya idea ni pergi main nyorok-nyorok?? Idea ooo idea di mana kau?? Marilah sini..

Kisah 1:

Masih ingat tak kisah kawan aku yang kena pecat tu? Cuba imbas kembali post aku tajuk You're Fired. Alhamdulillah dia dah dapat kerja baru dan bermula kerja awal bulan Mac. Good for her! Itu pun sebab ex boss dia yang tolong dia dapatkan kerja. So nasihat kepada kawan aku tu, dah dapat kerja baru, kerjalah elok-elok. Jangan lepaskan peluang kali ni.


Kisah 2:

Cerita aku yang seterusnya..tadi aku pergi kenduri kahwin ayah sedara aku. Yang menariknya, ini adalah perkahwinan kali ketiga. Aku tak berani nak komen apa-apa sebab sebagai lelaki Islam, berhak untuk kahwin sampai 4. Fakta menarik mengenai isteri-isterinya, ayah sedara aku kenal semuanya semasa dia study kat UPM dulu. Hebat kan? Apa yang aku harapkan, laksanakanlah tugas sebagai seorang suami yang adil dan saksama.

Waah idea sudah datang. That's good..ok ok tarik nafas dulu.

Kisah 3:

Aku memang suka layan anak saudara aku, Sara dan Hadi. Kalau lama tak jumpa dia orang, rasa rindu sangat. Sanggup datang rumah adik aku kat Putrajaya semata-mata nak jumpa. Adik aku cakap, perangai Hadi sama dengan aku. Contohnya ialah kita orang suka buka peti sejuk tanpa sebarang sebab. Cara jalan yang sama. Guess what? Aku yang bagi nama Hadi tu.

Apa lagi ye? Hehehe..harap semua bergembira membaca 3 kisah ringkas tu. Sorry sangat-sangat..aku memang kekeringan idea. Percayalah..perkara ini memang jarang berlaku.

p/s: Have fun!

Wednesday, March 11, 2009

Ketinggalan keretapi

Kalau ada apa-apa berita yang panas kat opis, selalunya aku lah orang terakhir yang tahu. Kasihan kan? Dah banyak kali benda ni berlaku kat aku. Aku percaya berita itu akan sampai juga akhirnya walaupun berita tu dah dikategorikan basi. Kawan aku selalu cakap, aku ni ketinggalan keretapi. Biarlah apa orang lain nak cakap. Asalkan aku tak kacau orang lain.

Cerita pasal berita panas, memang banyak berlaku kat opis. Cuma kita ni je yang nak kena rajin update berita. Biasalah..berita panas sekarang ni..baru-baru ni bonus dah masuk. Ramai lah yang akan tanya, berapa banyak bonus dapat kali ni. Selama ni warga kerja opis aku tu dok tanya bila bonus nak masuk. Macam aku, aku tak kisah sebab aku tak layak dapat lagi. Insyaallah tahun depan baru dapat. Itu pun kalau aku masih keja kat situ.

Bagi aku kalau ada berita yang perlu dikongsi, aku akan kongsi tapi kalau berita yang berkaitan peribadi, biarlah aku seorang yang tahu. Susah nak kongsi? Mungkin..susah nak percaya orang lain kot? Setakat ni, kalau ada orang minta aku jangan bagitau orang lain, aku akan simpan baik-baik. Amanah orang tu..


p/s: mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang??

Monday, March 9, 2009

Monolog sendiri..

Pernah tak rasa kadang-kadang kita perlu masa untuk diri sendiri? Maksud aku..aku tak mahu diganggu, dihubungi atau apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan sebarang komunikasi antara aku dengan orang lain.

Balik semula pada kisah aku tadi, kadang-kadang orang selalu salah faham maksud aku. Kalau aku dah lama tak hantar berita, bukan maksudnya aku dah lupa atau sombong. It's just that I need my own time. I need to catch up the things that I like so much like cooking, travelling and hang up with my family. I miss so much that special moment.

Yeaah aku tau, orang boleh cakap aku ni bukan kaki sosial. Bayangkanlah..tiap kali aku balik kerja, aku cuma stay kat rumah. Kalau ada hal, barulah aku keluar. Itupun, berapa kali sangat pun, boleh dikira dengan jari. Well, that's me..this is my life.

Boring? I don't think so. I enjoy it actually. Bila ada masa luang, aku tengok balik gambar lama-lama..alahai cepatnya masa berlalu. Kalau boleh masa ni diperlahankan sekejap, berilah masa aku nak hargai semuanya. I think I need a space for myself where I can appreciate everything. Sayang kan..masa berlalu tu kita tak dapat semula. Nak menyesal pun, tak ada gunanya.

Apa yang boleh aku katakan di sini, hargailah setiap detik yang kita ada. Kalau rasa tak puas hati, fikirlah ada yang lebih malang daripada kita.

p/s: Kalau mak masih ada, aku nak cakap "I love you so much!"

Sunday, March 8, 2009

America's Next Top Model

Aku memang ikut siri realiti ANTM dari dulu dulu lagi. Tak pernah miss tengok semenjak daripada episod 1. Untuk pengetahuan semua, sekarang ni kat US tengah main ANTM episod 12.

Baru je lepas tengok ANTM 12 kat youtube. Sebenarnya aku suka tengok gelagat dia orang bila dipilih jadi model ni. Sedih bila model favourite keluar. Untuk episod kali ni, aku suka tengok Tahlia. Dia mempunyai pengalaman sedih masa kecil dulu..dia dulu ni mangsa kebakaran. So banyaklah parut yang ada kat badan dia ni. Masa dia ditemuramah dengan Tyra dia sikit tak rasa malu atau segan dengan parut-parut kat badan dia bila dia pakai swimming suit. She is so brave! You go girl!



Macam biasalah..setiap episod ANTM ni mesti ada Drama Queen! Kali ni mari aku kenalkan Sandra yang perasan bagus. Kalau korang tengok, rasa nak sepak je muka dia tu. Nak kata dia lawa tu tak la..masa dia photo shooting langsung tak tunjukkan kreativiti. Cewaah aku ni bagi komen macam aku ni Tyra Banks pulak. Hehehe..

Kat Malaysia ada buat kisah realiti macam ni di 8TV tapi taklah glamour mana pun. Peserta yang diambil bukannya Melayu. Kalau ada Melayu yang join, sure gempak habis lah. Aku nak join? Dahla tinggi tak cukup..lupakanlah angan-angan tu.

p/s: Tunggulah siapa yang menang, ok!

Thursday, March 5, 2009

Mari kita bilang ada berapa banyak magnet.

Ini adalah koleksi magnet sepanjang aku kerja kat sini. Kumpul magnet bermula bila ada kawan aku belikan sebagai hadiah masa dia pergi kursus kat US. Bermula daripada situ, timbullah minat aku nak kumpul magnet ni. Daripada 1 magnet, sekarang dah ada lebih daripada 20 magnet. Ruang yang ada ni pun dah jadi terhad. Magnet-magnet ni ada yang aku beli sendiri tapi kebanyakannya pemberian kawan-kawan.


p/s: me like magnet so much!!!

Teori memilih baju waktu pagi

Setiap pagi aku akan mengalami masalah yang sama. Aku tak tau nak pilih baju apa nak dipakai untuk kerja. Selalunya teori yang selalu aku pakai, aku ambil baju yang tak perlu digosok kalau aku bangun lambat. So, aku ada beberapa pasang baju yang dikategorikan baju yang yang tak perlu gosok. Kalau aku pakai baju bawah kategori tu, faham-faham sendirilah. Hari tu aku memang bangun lambat dan perlu siap cepat.

Selalunya aku akan buat keputusan nak pilih baju pada sebelah pagi. Aku pun tak tau kenapa aku tak suka siapkan baju aku pada sebelah malam. Bukan ke cara itu paling baik? Tak perlu nak tergesa-gesa pada keesokan paginya. Nak wat camna..aku memang degil! Suka buat kerja macam tu. Hehehe..

Pilihan baju untuk dipakai akan ditentukan sama ada baju tu dah lama pakai atau tak. Pusingan baju aku memang cepat. Katakanlah hari ini aku pakai baju warna biru (which is true), aku pasti baju itu akan dipakai semula pada minggu hadapan. Kadang-kadang tu aku main cekup je apa-apa sahaja baju yang disusun kat depan. Malas aku nak peningkan kepala. Aku akan perasan yang aku ada baju yang dah lama tak pakai lagi bila aku ada masa lapang, aku akan tengok semula balik baju-baju tu..banyak lagi baju aku ni ye.

p/s: Alamak banyak lagi kain yang belum buat baju..

Wednesday, March 4, 2009

World's Worst Cultural Mistakes

A good article to read. Enjoy!
World's Worst Cultural Mistakes
By Sallie Brady
Touching Someone
Where It’s Offensive: Korea, Thailand, China, Europe, the Middle East.
What’s Offensive: Personal space varies as you travel the globe. In Mediterranean countries, if you refrain from touching someone’s arm when talking to them or if you don’t greet them with kisses or a warm embrace, you’ll be considered cold. But backslap someone who isn’t a family member or a good friend in Korea, and you’ll make them uncomfortable. In Thailand, the head is considered sacred — never even pat a child on the head.
What You Should Do Instead: Observe what locals are doing and follow suit. In Eastern countries remember that touching and public displays of affection are unacceptable. In places like Qatar and Saudi Arabia, men and women are forbidden from interacting, let along touching.

Knowing Your Right from Your Left

Where It’s Offensive:
India, Morocco, Africa, the Middle East.
What’s Offensive: Many cultures still prefer to eat using traditional methods — their hands. In these cases, food is often offered communally, which is why it’s important to wash your hands before eating and observe the right-hand-is-for-eating and the left-hand-is-for-other-duties rule. If you eat with your left hand, expect your fellow diners to be mortified. And when partaking from a communal bowl, stick to a portion that’s closest to you. Do not get greedy and plunge your hand into the center.
What You Should Do Instead: Left-handed? Attempt to be ambidextrous — even children who are left-handed in these cultures are taught to eat with their right hand — or at least explain yourself to your fellow diners before plunging in.

Keeping Your Clothes On
Where It’s Offensive: Scandinavian countries, Turkey.
What’s Offensive: Wearing bathing suits, shorts and T-shirts, underwear, or any other piece of clothing into a sauna, hammam, or other place of physical purification. In some cultures, a steam room or a sauna is considered a place of purity and reflection, where the outside world (i.e., your clothes) should be left outside. In some Scandinavian countries it’s common for entire families to sauna together in the nude.
What You Should Do Instead: Sitting on a folded towel is considered acceptable. If you’re too modest to appear naked, strip down, but wrap yourself in a towel.

Getting Lei'd Off
Where It’s Offensive: Hawaii.
What’s Offensive: Refusing or immediately removing a lei.
What You Should Do Instead: Leis in the Hawaiian Islands aren’t just pretty floral necklaces that you get when you check into your hotel or show up at a luau. They’re a centuries-old cultural symbol of welcome, friendship, and appreciation. Never refuse a lei — it’s considered highly disrespectful — or whip it off in the giver’s presence. If you’re allergic to the flowers, explain so, but offer to put it in some place of honor, say in the center of the table, or on a statue. Note that closed leis should be worn not hanging from the neck, but over the shoulder, with half draped down your chest and the other half down your back.

Looking Them in the Eye … or Not
Where It’s Offensive: Korea, Japan, Germany.
What’s Offensive: For Americans, not making direct eye contact can be considered rude, indifferent, or weak, but be careful how long you hold someone’s gaze in other countries. In some Asian nations, prolonged eye contact will make a local uncomfortable, so don’t be offended if you’re negotiating a deal with someone who won’t look you straight in the eye. If toasting with friends in a German beer hall, your eyes had better meet theirs — if they don’t, a German superstition says you’re both in for seven years of bad luck in the bedroom.
What You Should Do Instead: Avoid constant staring and follow the behavior of your host — and by all means, look those Germans straight on.

Drinking Alcohol the Wrong Way
Where It’s Offensive: Latin America, France, Korea, Russia.
What’s Offensive: Every culture has different traditions when it comes to drinking etiquette. Fail to consume a vodka shot in one gulp in Russia, and your host will not be impressed. Refill your own wine glass in France without offering more to the rest of the table, and you’ve made a faux pas. In Korea, women can pour only men’s drinks — not other women’s — and if you want a refill, you need to drain your glass. And if you’re in Latin America, never pour with your left hand — that’s bad luck.
What You Should Do Instead: Until you’re culturally fluent, leave it to your pals to pour.
Blowing Your Nose
Where It’s Offensive: Japan, China, Saudi Arabia, France.
What’s Offensive: Some cultures find it disgusting to blow your nose in public — especially at the table. The Japanese and Chinese are also repelled by the idea of a handkerchief. As Mark McCrum points out in his book Going Dutch in Beijing, the Japanese word hanakuso unpleasantly means nose waste.
What You Should Do Instead: If traveling through Eastern and Asian countries, leave the hankies at home and opt for disposable tissues instead. In France as well as in Eastern countries, if you’re dining and need to clear your nasal passages, excuse yourself and head to the restroom. Worst-case scenario: make an exaggerated effort to steer away from the table. Let’s hope you don’t have a cold.

Removing Your Shoes…or Not
Where It’s Offensive: Hawaii, the South Pacific, Korea, China, Thailand.
What’s Offensive: Take off your shoes when arriving at the door of a London dinner party and the hostess will find you uncivilized, but fail to remove your shoes before entering a home in Asia, Hawaii, or the Pacific Islands and you’ll be considered disrespectful. Not only does shoe removal very practically keeps sand and dirt out of the house, it’s a sign of leaving the outside world behind.
What You Should Do Instead: If you see a row of shoes at the door, start undoing your laces. If not, keep the shoes on.
Talking Over Dinner
Where It’s Offensive: Africa, Japan, Thailand, China, Finland.
What’s Offensive: In some countries, like China, Japan, and some African nations, the food’s the thing, so don’t start chatting about your day’s adventures while everyone else is digging into dinner. You’ll likely be met with silence—not because your group is unfriendly, but because mealtimes are for eating, not talking. Also avoid conversations in places a country might consider sacred or reflective—churches in Europe, temples in Thailand, and saunas in Finland.
What You Should Do Instead: Keep quiet!
Road Rage
Where It’s Offensive: Hawaii, Russia, France, Italy, around the globe.
What’s Offensive: Honk on Molokai or fail to pay a police officer a fine, a.k.a. bribe, on the spot when you’re stopped for speeding in Russia, and you’ll risk everything from scorn to prison time. Remember, too, that hand gestures have different meanings in other countries — a simple “thumbs-up” is interpreted as an “up yours“ in parts of the Middle East.
What You Should Do Instead: When driving abroad, make sure you have an international driver’s license; never, ever practice road rage; and keep your hands on the wheel.
p/s: masuk kandang kambing, mengembek..masuk kandang harimau, kena ngap!

Tuesday, March 3, 2009

Air Asia Promotion

Promosi Air Asia memang menduga kesabaran dan keimanan aku. Kalau aku ada duit banyak, tiap-tiap bulan aku nak pergi jalan.

Yang aku tak tahan tu, aku dah book flight ke Langkawi dengan harga RM9/sehala. Hah! Sekarang tengok promosi kali ni boleh pergi ke Langkawi cuma RM1/sehala. Geramnya aku!!

So, kalau nak pergi mana-mana kena rajin survey. Tak semestinya apa yang kita dapat harga hari ni adalah harga yang paling baik. Apa yang boleh aku katakan, aku terima je lah walaupun dalam hati rasa membakar jiwa!

p/s: Mari kita melancong bukan melencong ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails