First of all aku nak minta maaf sebab aku dah lama tak update blog aku ni. Aku tau ramai yang ternanti-nanti update blog aku ni. Lately aku sangatlah sibuk dan ditambah pula perangai boss yang semakin menjadi-jadi. Kalau aku tak tahan, dah lama aku nak bunuh dia.
Tak banyak cerita yang menarik yang berlaku minggu ni. Setiap hari aktiviti aku cuma aku ke opis dan balik rumah. Kadang-kadang tu aku ada singgah rumah adik aku sebab nak jumpa anak saudara aku tu, buat lepas rindu kejap.
Last week aku ada jemputan kahwin kawan opis. Aku frust sangat sebab baju yang aku tempah tak dapat nak siap on time. Aku dah siap berangan nak pakai baju baru tu. Actually aku dah lama beli kain kat kawan yang balik dari India. Cuma tak kesempatan nak tempah. Hmm nampak gayanya dah tak ada rezeki nak pakai. Sabar je la kan.
Ini gambar aku dengan pengantin, Rafeeza Rahim kat Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Sob sob..terpaksa pakai baju lama...
Hari ni aku dok rumah seorang je. Mati kutu aku dibuatnya. Puas dah aku tidur je pagi tadi. Makan pun sudah. Jangan lupa pula, malam ni padamkan lampu 1 jam pukul 8.30pm-9.30pm. Cewaah senangatnya aku ni. Adik aku dah siap beli lilin lagi tu.
p/s: tengah fikir nak buat apa lagi sekarang. Hmmmm.....
kau jangan buat yang bebukan ya makcik.... aku pun smgt nak padam lampu ni. takyah guna lilin biar gelap gelita. baru bess lgipun bkabung aahh kucing aku baru mati cident. :(
ReplyDelete