Wednesday, March 11, 2009

Ketinggalan keretapi

Kalau ada apa-apa berita yang panas kat opis, selalunya aku lah orang terakhir yang tahu. Kasihan kan? Dah banyak kali benda ni berlaku kat aku. Aku percaya berita itu akan sampai juga akhirnya walaupun berita tu dah dikategorikan basi. Kawan aku selalu cakap, aku ni ketinggalan keretapi. Biarlah apa orang lain nak cakap. Asalkan aku tak kacau orang lain.

Cerita pasal berita panas, memang banyak berlaku kat opis. Cuma kita ni je yang nak kena rajin update berita. Biasalah..berita panas sekarang ni..baru-baru ni bonus dah masuk. Ramai lah yang akan tanya, berapa banyak bonus dapat kali ni. Selama ni warga kerja opis aku tu dok tanya bila bonus nak masuk. Macam aku, aku tak kisah sebab aku tak layak dapat lagi. Insyaallah tahun depan baru dapat. Itu pun kalau aku masih keja kat situ.

Bagi aku kalau ada berita yang perlu dikongsi, aku akan kongsi tapi kalau berita yang berkaitan peribadi, biarlah aku seorang yang tahu. Susah nak kongsi? Mungkin..susah nak percaya orang lain kot? Setakat ni, kalau ada orang minta aku jangan bagitau orang lain, aku akan simpan baik-baik. Amanah orang tu..


p/s: mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang??

3 comments:

  1. jom la kita naik LRT...x pon ERL...lagiii lajuuu...hehehehe :D

    ReplyDelete
  2. ketapi guner arang kayu gik ler ko ni makcik... hahahaa :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails