Thursday, March 5, 2009

Teori memilih baju waktu pagi

Setiap pagi aku akan mengalami masalah yang sama. Aku tak tau nak pilih baju apa nak dipakai untuk kerja. Selalunya teori yang selalu aku pakai, aku ambil baju yang tak perlu digosok kalau aku bangun lambat. So, aku ada beberapa pasang baju yang dikategorikan baju yang yang tak perlu gosok. Kalau aku pakai baju bawah kategori tu, faham-faham sendirilah. Hari tu aku memang bangun lambat dan perlu siap cepat.

Selalunya aku akan buat keputusan nak pilih baju pada sebelah pagi. Aku pun tak tau kenapa aku tak suka siapkan baju aku pada sebelah malam. Bukan ke cara itu paling baik? Tak perlu nak tergesa-gesa pada keesokan paginya. Nak wat camna..aku memang degil! Suka buat kerja macam tu. Hehehe..

Pilihan baju untuk dipakai akan ditentukan sama ada baju tu dah lama pakai atau tak. Pusingan baju aku memang cepat. Katakanlah hari ini aku pakai baju warna biru (which is true), aku pasti baju itu akan dipakai semula pada minggu hadapan. Kadang-kadang tu aku main cekup je apa-apa sahaja baju yang disusun kat depan. Malas aku nak peningkan kepala. Aku akan perasan yang aku ada baju yang dah lama tak pakai lagi bila aku ada masa lapang, aku akan tengok semula balik baju-baju tu..banyak lagi baju aku ni ye.

p/s: Alamak banyak lagi kain yang belum buat baju..

1 comment:

  1. hehehee.... jom nyanyi lagu kita serupa... :)
    yang paling best kalau aku nak ambik sick leave (thn lepas paling byk, sick leave sebab sakiit ati ngan bos) aku mesti pakai baju kurung petak2 itam putih, aku sendiri tak perasaan tp besfren aku yg perasaankan aku. sb dia prasaan tp kali mc aku gerenti pakai baju tu.. sebenar tak sgaja tapi logik reason is baju tu takyah nak iron..!!! hohohohooo :) makcikk!!!!!!!!!!! makcikkk!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails