Friday, July 10, 2009

Learn how to say no

Bayangkan dalam 1 situasi majlis keraian dan anda bersama-sama kawan sedang berbual-bual. Tiba-tiba anda nampak seseorang yang anda kurang senang menuju ke arah anda dan mahu bersama-sama anda. Adakah anda?
a. Layan orang tu seperti biasa
b. Senyum sahaja
c. Minta kebenaran untuk ke tempat lain
d. Terus terang kepada orang tu, saya tak nak awak

Aku rasa kebanyakan akan jawab a dan mungkin ada jawab b. Aku nak sangat cuba jawab d. Selamba kan? Aku dapat bayangkan ayat-ayat akan keluar "aku tak nak kau bersama-sama dengan aku. kau pergi tempat lain ya." Tapi biasalah aku, aku tak berani nak cakap. Akirnya aku yang merana..menyumpah orang tu tak tentu pasal.

Teringat aku masa aku ambil training Franklin Covey tahun lepas. Ada 1 topik yang sangat menarik perhatian aku iaitu learn how to say no. Bab ni aku memang lemah dan selalu buatkan aku rasa bersalah nak sebut no.

Ada beberapa kes yang selalu aku hadapi.Di sini aku nak bagi 1 kes contoh untuk tatapan umum.

kawan: aku ada beli kain. ok tak dengan aku?
aku: mari sini aku nak tengok. (dalam hati tak la lawa mana)
kawan: ok tak? aku beli mahal ni kat dubai.

aku: hmmmmm ok. (apa aku nak jawab ni)
kawan: kalau aku buat sekali dengan manik-manik, ok tak?
aku: ok sangat. (oh no..it look so heavy)
kawan: ok thanks. aku dah agak..i can count on you.

aku: you're welcome. (sengih je la..jangan lah dia pakai depan aku nanti)

Bukannya aku tak nak berterus terang tapi aku tak sampai hati. Dahla beli kain mahal, jauh pulak tu. Takkan lah aku nak hampakan dia dan terus cakap "tak lawa lah. warna kain pun tak sesuai dengan kulit kau". It sound too harsh. So macamana aku nak cakap kat kawan aku tu yang aku tak setuju dengan pilihan kain dan pada masa yang sama aku tak nak sakitkan hati dia? Any idea? Yeaah aku tau..aku bukanlah orang yang pandai cakap berlapik. Aku kena tau teknik cakap. Biar semua orang akan berpuas hati. Aku tak akan rasa bersalah dan kawan aku tak akan rasa sedih. It's a win-win situation.

p/s: aku masih belajar...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails