Wednesday, September 30, 2009

Kuching!!! Here I come




Esok ke Kuching. Macam tak caya je nak ke sana. Punyalah lama aku book tiket dari tahun lepas. Masa book tiket, rasa macam lama sangat. Berjanggut nak tunggu!



InsyaAllah flight pukul 11.45am dan sampai Kuching pada pukul 1.30pm.



Plan aktiviti di Kuching dah ada. Harap semua akan berjalan dengan lancar. Duit? Cukup kot? Hehehe..



p/s: nak ole-ole dari Kuching?

Monday, September 28, 2009

Jejak kasih

Baru-baru ni aku jumpa balik kawan lama. Kawan yang dah lama tak jumpa..tak salah aku lebih daripada 20 tahun tak jumpa. Hmm nampak sangat aku dah tua kan?? Kisah kali ini amat istimewa bagi aku sebab mengimbas kembali kenangan lama especially masa aku sekolah dulu.


Kisah pertama:


Aku dah lama nak cari kawan lama aku ni. Nama dia Rohaizi Jamaludin. Dia pernah 1 sekolah dengan aku dulu dari form 1 sampai form 4 (itu pun kejap masa form 4 sebab dia dapat tawaran masuk sekolah lain).


Masa aku form 1, aku pernah syok dengan dia dulu. Boleh katakan, masa sekolah dia ni memang jadi rebutan dan gilaan budak perempuan. Apa tak nya..handsome siut!! Kalau sekali pandang ala ala Johnny Depp masa muda-muda dulu. Kan aku dah cakap..handsome.


Entah macamana aku google nama dia (nampak sangat aku ni tak ada kerja), aku nampak nama dia kat Facebook. So aku hantar message kat dia dan tak sangka dia balas walaupun agak lambat. Tuhan sahaja yang tau, betapa aku suka sangat masa tu.


Beberapa hari lalu, dia add aku Facebook dan sempat chat dengan dia. I feel like floating in the cloud! Hahahaha..masa chat dengan dia, imbas kembali cerita lama. Dia amat terkejut aku boleh ingat lagi pasal dia.


Silap besar la beb...aku ni semua benda boleh ingat tau! Hal yang kecil pun boleh ingat. Jangan tak tau...aku masih simpan kad raya dia bagi masa aku form 1. Bila baca balik kad raya dia bagi, kelakar je. Ye lah..masa form 1 apa lah yang tau. Budak hingusan lagi.


Kisah kedua:


Semalam aku ke rumah lama aku kat Kelana Jaya. Kebetulan adik aku memang stay rumah lama tu. Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu pergi rumah jiran aku yang betul-betul berada di belakang rumah. Ingat lagi..kalau masa main, kejap-kejap lari ke rumah dia..kejap-kejap lari rumah aku.


Lupa pula nak sebut nama dia. Nama dia Juliana Jamaluddin. Memang rapat dengan Ju (nama panggilan dia) walaupun dia tua setahun daripada aku. Masa tu siapa lagi kawan yang ada. Kita orang berempat lah..aku dengan adik aku dan Ju dengan adik dia.


Kenangan yang tak dapat aku lupakan, masa kita orang pernah pakat sama-sama nak try hisap rokok. Masa tu, tak salah aku, aku baru darjah 3. So aku suruh adik Ju ambil rokok sebatang datuk dia dan kita orang curi-curi hisap rokok. Bayangkan 1 batang rokok tu, kongsi 4 orang.


Part paling best, masing-masing akan check ada tak asap masa hembus rokok. Ini pengaruh kuat TV la...tengok orang hisap rokok...nampak ada asap rokok. Aku pun tak tau apa yang best hisap rokok ni, batuk tu ada lah. Jangan marah ya orang hisap rokok.


Sempena hari raya, ayah ajak ke rumah Ju. Yang best tu, Ju ada kat rumah. Lama dah tak jumpa dia. Last time jumpa tahun 1984 rasanya. Lepas tu memang terus tak jumpa. Lama tu...25 tahun seh!


Tak tau macamana nak gambarkan perasaan aku masa tu. Happy sangat!!! Muka Ju tak berubah. Bila jumpa balik semalam, nampak sangat aku ni sangatlah besar. Macam Giant dalam cerita Doraemon! Ju kecil je..alahai comel nya. Alhamdulillah Ju dah ada 2 orang anak. Lepas ni tak tau lah bila boleh jumpa lagi.


Jeng..jeng..Ju ada bagitau aku dia stay kat Bangi. Waaah dekatlah dengan rumah aku. Lagi senang mau jumpa.


Kenangan silam memang indah lebih-lebih lagi bila dapat jumpa balik kawan lama. Sekarang dalam proses jejak kembali kawan-kawan lama. Kalau ada sesiapa yang pernah 1 sekolah dengan aku dulu, jangan segan-segan contact aku ya.


p/s: rasa-rasa boleh tak cari balik kawan masa tadika?

Friday, September 25, 2009

Kad raya

Cerita pasal kad raya masa dulu-dulu sangat meriah. Masa aku sekolah dulu, perkara pertama aku buat, aku akan check dalam meja ada tak orang bagi kad raya kat aku. Ye lah mana tau kalau ada peminat nak bagi kad raya kat aku ni (perasan kunun!). Siapa paling banyak dapat kad raya, orang tu memang hebat! Seperti biasa, aku ni bukanlah golongan yang glamer, so tak banyaklah kad raya yang dapat.


Bila masuk ITM dan UKM, semangat lawan kad raya masih ada lagi. Masa ni sudah up sikitlah. Kawan dah ramai so banyaklah dapat kad rayanya. Siap gantung lagi kad raya kat bilik. Kawan masuk bilik aku, jeles je bila tengok kad raya aku yang banyak. Hehehe...


Sayang kan...sekarang orang dah tak nak sangat bagi kad raya. Bagi aku, kad raya ni ada sentimental value. Ya...aku admit. Aku ni old fashion sikit. Ucapan raya melalui sms tak ada feel walaupun sebenarnya amatlah senang nak hantar.


Tahun ni aku tak dapat langsung kad raya. Sedih kan?? Uwwwaaa!!!! At least tahun lepas ada jugak lah sekeping dua kad raya.


Biarlah orang cakap, hantar kad raya ni leceh. Nak kena beli setem lah, nak kena pergi pejabat pos untuk pos. On top of that, lambat sampai. Dalam 2-3 hari baru dapat. Itupun kalau bernasib baik. Apa-apa pun, aku tetap pilih kad raya!


Setiap tahun, aku akan berusaha tulis tangan kat kad raya tu. Beli setem dan pos sendiri kad raya tu. Bunyi memang remeh tapi aku suka. InsyaAllah aku akan lakukan setiap tahun. Biarlah dengan 1 keping kad raya.


Dengan teknologi yang semakin canggih, hantar ucapan raya pun makin mudah dan senang. Kepada kawan-kawan aku yang hantar sms atau emel raya kat aku, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak walaupun aku tak sempat nak balas balik. I appreciate it so much! Sorry aku tak dapat nak balas balik.


p/s: i still keep my old greeting cards

Thursday, September 24, 2009

Balik kampung

Sebelum aku mula blog kali ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Aku tau hari ni dah masuk hari kelima. Minta maaf sebab lambat sangat ya.

Untuk pengetahuan semua, aku dah start kerja hari ini. Ramai lagi yang tak masuk kerja lagi. Opis lengang je. Nak buat kerja pun tak ada mood. Seharian aku dok chatting dengan kawan dan surfing. Kalau boss aku tau, sure mengamuk. Hahaha!!

Raya kali ini sungguh bermakna. Walaupun aku cuti tak lama (cuma ambil dari 18 September sampai semalam), macam-macam kisah yang ada.

Kisah pertama:
Jumpa sepupu yang dah lama tak jumpa. Bila jumpa kat kampung tengok-tengok dah ada anak.

Kisah kedua:
Pakcik aku dalam diam-diam dah ada cawangan baru.

Kisah ketiga:
Bakal mak baru?

Bagi aku, bila tiba hari raya, the best part bila dapat jumpa balik saudara-mara. Catch up cerita dan khabar daripada saudara-mara especially the hot-hot one!!!!

Ya aku sedar aku dah lama tak balik kampung. Boleh dibilang berapa kali aku balik kampung. Minta maaf banyak-banyak.

Raya juga dapat makan yang best-best. Hmm hancur diet aku 1 bulan puasa. Hahaha...Lepas ni kena diet balik. Perut pun dah naik ni.

p/s: i love my wan's rendang!!!

Saturday, September 19, 2009

Elmo prank call



I love this video so much. It is so funny. I'm a big fan of Elmo from Sesame Street.

Elmo buat prank call kat ahli farmasi dan bagitau ada masalah mata. Kalau korang dapat prank call macam ni, apa korang buat?

Tengoklah..aku dok gelak besar.

p/s: elmo sangat cute!

Thursday, September 17, 2009

Selamat hari raya aidilfitri

Tinggal beberapa hari je nak raya. Rasa kejap sangat bulan Ramadhan berlalu.

Aku jumpa lagu raya baru kumpulan Raihan bergabung dengan Hujan. Interesting kan?

First time aku dengar, sedih wooo. Guess what? Pengarah video klip ni ialah Dzia Agi, orang Bangi tu. So enjoy!!




p/s: selamat hari raya. maaf zahir batin

Tuesday, September 15, 2009

America's Next Top Model Season 13


ANTM musim 13 baru je bermula minggu lepas. Kali ni Tyra Banks (pengacara ANTM) mengambil risiko untuk mencari peserta yang mempunyai ketinggian 5'7" ke bawah. Bukan seperti typical model yang tinggi-tinggi seperti Tyra sendiri (ketinggian 5'10").


Rasanya kalau aku kat sana boleh jadi peserta ANTM yang baru ni kan? Hahaha perasan je aku ni. Sedarlah...aku ni bukannya muda lagi.


My personal view? It's good actually. Memberi peluang yang tak cukup tinggi tapi mempunyai semangat untuk jadi model. Nak jadi model ni, bukan sahaja jadi catwalk model tapi boleh jadi model untuk majalah dan katalog.


Kali ini agak istimewa sebab peserta-peserta terdiri daripada orang yang kecil atau petite! Bak kata Mr. Jay, "it's called America's Next Top Petite Model". Peserta kali ini, menjadi perintis bagi model-model petite yang ada kat luar tu.


Setakat ni baru ditayangkan episod 1 dan banyak episod lagi yang aku kena tengok. Aku akan cuba update berita mengenai ANTM kali ini.


Aku suka tengok Erin..nerd girl tapi ada potensi jadi model. Dengar suara dia macam takut-takut je. So cute!






p/s: siapa bakal menang ANTM 13? tunggu....

Sunday, September 13, 2009

Haaa kan dah kena banned

Semalam aku ke bazar ramadhan untuk cari juadah buka puasa. Aku memang jarang beli kecuali aku tiba-tiba teringin nak makan sesuatu. Entah macamana aku nak sangat makan taufu fa. Kat bazar ramadhan ni aku ada 1 gerai yang memang selalu beli.

Memang dah berapa tahun aku beli kat makcik ni. Mahal sedikit daripada gerai lain tapi sedap punya pasal, aku beli lah. Kalau ikutkan gerai lain jual dalam RM1 tapi makcik ni jual RM1.20.

Anyway, ada 1 adegan yang telah membuatkan aku mengambil keputusan drastik untuk banned gerai makcik ni.

Aku: makcik bagi taufu fa 1 bungkus, kurang manis ya

Makcik: boleh tapi harga RM1.50

Aku: bolehlah makcik

Makcik: itulah..awak gemuk makan manis sangat (sambil ceduk taufu fa untuk aku)

Aku: aku senyap je lah. bayar dan terus blah. dalam hati..apa hal makcik ni? suka hati aku lah..aku gemuk ke apa. yang makcik ni sibuk apa hal? what the f**k??!!

Sorry makcik. Gerai makcik dah masuk dalam list "tteeeeeeeettt!!!" aku. Jangan haraplah aku nak ke gerai makcik lagi. Aku sanggup tak makan taufu fa dah.

Nasib baiklah dalam bulan ramadhan ni kena banyak sabar. Kalau tak, mahu aku nak mengamuk.

Aku bukannya nak emo tapi apa hak makcik tu nak sibuk pasal aku? Aku dah jadi customer yang setia...itu dah kira baik tau. Sebelum ni tak pernah pula nak buat hal macam ni. So sekarang, kan dah rugi seorang. Padan muka!


Aku tak kisah lah orang nak cakap aku ni gemuk tapi aku cukup pantang kalau cakap masa aku menghadap rezeki.


p/s: jangan ingat aku tak ada perasaan ok

Saturday, September 12, 2009

1 Malaysia


Mana-mana sahaja orang sebut 1 Malaysia. Ini idea Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib. Ungkapan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan menjadi ayat keramat di mana-mana sahaja. Untuk menyahut seruan idea PM, kenalah pakai pin 1 Malaysia.

Bukannya murah nak buat pin tu. Habiskan duit je.

Apa kata kita pakai duit tu, bagi bonus ke? Naikkan gaji ke? Bukan itu lebih bagus??

p/s: berbelanja secara berhemah..

Trip ke Kuching

Tinggal beberapa hari lagi trip ke Kuching. Punyalah lama aku book tiket dari tahun lepas lagi. Gara-gara dapat offer free seating. Tak salah aku masa aku book cuma bayar RM70 untuk seorang return Kl-Kuching. Murah kan???


Actually ini adalah trip kedua ke Kuching. Tak salah aku masa kali pertama ke Kuching pada tahun 2004. Hmm dah 5 tahun punya cerita. Kalau pergi sekarang sure dah banyak yang berubah. Masa aku pergi dulu aku pergi bertiga dengan adik dan ayah. Biasalah kalau trip dengan ayah, tak dapat nak enjoy sangat. Hehehe..Dahlah masa tu stay rumah mak saudara aku kat sana. Memang save gila..dahlah tempat tinggal tak payah bayar. Cumanya rumah mak saudara aku tu jauh sikit dari town Kuching. Tak salah aku kat area Tabuan Heights. So kalau nak ke town, dalam 10-20 minit naik kereta baru sampai.


Trip kali ni, aku book hotel yang memang dalam town. Masih dalam pertimbangan sama ada nak stay kat Hotel Harbour View atau Hotel Holiday Inn. Minggu depan baru dapat confirmation nak stay mana.


Plan aku?? Asalnya aku dah siap itinerary tapi last minit entah macamana aku boleh plan nak ke Serikin sekali. Alang-alang dah sampai Kuching, biar sampai ke Serikin sekali.


Apa yang istimewa Serikin?? Syurga untuk kaki shopping!!! Hahaha..aku dah target nak beli tudung saji dan tikar. Amik kau!!! Tikar Sarawak yang jual kat sini sangat mahal. Dengar cerita kalau beli kat sana boleh dapat harga dalam RM100 kalau pandai tawar. Pasal tudung saji tu, tudung saji kat rumah ni dah penyek gara-gara kena pijak dek Hadi. Lagipun tudung saji dah lama. Sejak mak aku ada lagi. Kalau nak tau apa yang best kat Kuching boleh refer kat sini.


Satu lagi yang best pasal Kuching adalah Kek Lapis Sarawak. Dah lama aku tak makan kek lapis tu. Sekali dapat makan, memang aku appreciate habis-habis. For sure bila sampai sana aku nak makan puas-puas!! Kagum aku tengok kek lapis yang pelbagai warna dan corak. Nak buat tu bukan senang tau. Nak kena bakar selapis..selapis. Lepas tu nak kena susun elok-elok untuk bentukkan corak. Aku memang kagumlah siapa yang pandai buat tu.


Dah tak sabar lagi nak ke sana. Aku akan update trip ke sana. Jangan takutlah..


p/s: menyahut seruan kerajaan..cuti-cuti Malaysia

Thursday, September 10, 2009

Biar betul


Rasa baru je semalam aku tengok bilangan orang yang melawat blog aku tak sampai pun angka 1,000.

Tup tup pagi ni aku tengok dah sampai 11, 897!!!

Biar betul. Agaknya salah kira kot?


Anyway, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab sudi melawat blog aku.



p/s: I'm touched..uhuks


Tuesday, September 8, 2009

Tukar lagi

Jangan terkejut ya. You're in the right blog.


Layout blog ditukar lagi. Rasa bosan pula tengok layout lama.

Need your opinion. Which one is better? Yang lama atau yang baru?

Semangat raya punya pasal. Semua nak tukar baru. Hehehe..

p/s: senyum je...

Sunday, September 6, 2009

Kek Ben10

Ambil gambar sebelum kek dipotong

Yeaah birthday boy potong kek Ben10

Sambutan birthday Hadi yang ketiga semalam buat lepas buka puasa. Adik aku dah pesan buatkan kek untuk Hadi, siap request lagi nak kek carrot! Tanya kat Hadi nak letak gambar apa, "Hadi nak Ben10." Nasib baik ada gambar Ben10. Kalau tak jenuh juga la nak cari 1 Bangi. Hadi ni kalau nak sesuatu, mesti ada. Parah aku dibuatnya.

Memang sekarang ni kartun Ben10 menjadi kesukaan budak-budak. Lainlah masa aku dulu. Hehehe...aku ni pun..nak banding zaman aku dengan sekarang. Jauh beza!!!

Kenapa kek carrot? Kek tu je lah yang aku pandai buat. Nak minta lain, kena belajar dulu lah. Ini pun aku dapat resepi kat internet. Kalau sesiapa nak resepi boleh refer kat entry sebelum ni. Cuba check kat sini.

p/s: ada sesiapa nak order?

Friday, September 4, 2009

Happy birthday Hadi Thalith






Hari ini birthday anak saudara aku, Hadi Thalith yang ke-3. Jangan main-main, Hadi lahir kat Jepun masa adik aku further study kat sana.


Kalau tak jumpa Hadi, rindu rasanya tapi kalau dah jumpa nak gaduh je.

Tak tahan kalau dia sebut "plleeeaassee Awong" kalau nak apa-apa kat aku. Boleh kasi cair wooo!!


Happy birthday Hadi!


p/s: jangan nakal-nakal tau


Aku jumpa sesuatu menarik..

Sambil aku dok surf internet, aku jumpa nama boss aku kat Linked In. Tak sangka pula dia pun ada join social network ni. Ingatkan tak suka nak ber"socialize". Apa taknya, masuk kerja terus ngadap PC. Lepas tu bukannya tau apa yang berlaku kat sekeliling. Kalau aku nak cabut balik rumah senyap-senyap pun boleh agaknya. Hahaha...

Actually aku nak letak profile Linked In dia kat sini tapi tak nak lah. Bila fikir balik, mana boleh dia lebih glamer daripada aku. Lagipun, tak ingin aku nak add dia. Bukan sahaja tak nak add dia, aku terus banned, blocked, filter, shield dan firewall dia! Amik kau. Waacchaa siap flying kick lagi tu.

Bahaya kalau letak boss dalam network aku ni. Segala gerak geri aku..habis semua dia tau. Nak kutuk pun..kena control. Ingat bulan puasa ni..kena jaga sikit. Nanti kurang pahala.


p/s: I don't want to be like her

Thursday, September 3, 2009

Aktiviti bulan ramadhan

Masa lunch break bulan ramadhan, takkan nak makan. Lainlah kalau sesiapa yang uzur, bolehlah makan sorok-sorok kat pantry.

Yang puasa tu, apa lagi layan tidur lah. Port menjadi rebutan adalah surau!

Perrgghh best! Dapat tidur kejap pun jadilah. Siap ada kakak kat opis cakap, "ramailah yang syahid kat surau masa bulan puasa nanti".

Sharp 4.30 petang aku dah siap balik. Tak kuasa aku nak stay back. Kalau aku tak balik awal, siapa lagi nak masak untuk buka puasa? Betul tak? Masa ini lah, mau tunjuk skill masak-masak. Macamlah aku tere sangat. Hahaha!!!

Aku jarang beli makanan kat bazar ramadhan kecuali kalau tiba-tiba nak makan something special, contoh yong tau foo, murtabak dan apam balik. Sedapnya...sabar..jangan beli ikut nafsu.

Selamat menjalankan ibadah puasa. Tinggal beberapa hari lagi nak raya. Kejap je rasanya.

Oh ya! Aku lupa nak bagitau..tahun ni aku tempah 7 pasang baju raya. Tahun lepas aku tak dapat nak buat baju raya so tahun ni aku nak ganti balik. Siap beli 2 pasang kasut lagi tu. Amik kau! Raya sakan kali ni.

p/s: happy sangat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails