Alhamdulillah setakat ini plan Rombongan Cik Kiah berjalan dengan lancar. Aku dah call person in charge untuk urusan pengangkutan dan tempat tinggal di Kota Kinabalu. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan aku, Fendi yang telah memberi maklumat yang sangat berguna untuk trip ke Kota Kinabalu. Maklumat kau sangat bagus! Ada lagi beberapa perkara nak kena uruskan dan rasanya boleh settle dalam masa terdekat. Ini adalah perkara penting supaya tak jadi kelam-kabut.
Plan perjalanan sepanjang berada di Kota Kinabalu pun dah siap. Ikut plan aku, insyaAllah akan jalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu, Kinabalu Park, Kundasang dan Ranau. Ahli-ahli rombongan pun dah kata ok jadi bolehlah aku teruskan dengan perancangan aku. Nanti aku akan kongsi sama-sama plan perjalanan aku di Kota Kinabalu.
Doakan semoga perjalanan kami berjalan dengan lancar.
p/s: apa yang best nak beli di Kota Kinabalu?
kak long, nak soping kat bandar KK tu jgn lupa le singgah pasar filipine...takyah tanya pe nak beli, mcm2 leh beli.. hehehe...
ReplyDeleteBila rombongannya??
pasar filipina adalah tempat wajib pergi. mau borong mutiara banyak2. lambat lagi nak ke sana. insyaallah bulan oktober.
ReplyDelete