Monday, February 14, 2011

Baru habis final exam

Yeaaah!! Lega rasanya bila final exam dah lepas. The best part bila aku dapat duduk sebelah dengan Mr. X. Penting sebenarnya untuk dijadikan sumber  inspirasi untuk jawab exam. Dalam hati...indahnya dunia aku rasa. Hehehe... 

Masa jawab exam, mahu berasap kepala aku dibuatnya. Habis semua formula aku pakai sampai tak cukup masa nak jawab. Nasib baik lecturer bagi masa tambahan tapi macam aku boleh jawab semua. Jawab tu memanglah jawab tapi tak tahulah betul ke tak. Buat masa sekarang, aku tak fikir untuk score. Yang penting paper kali ini biar kasi lepas. Aku tak nak ambil lagi. Cukuplah sekali! Macam dalam lagu Cukuplah Sekali yang dinyanyikan oleh Jay Jay. Cewaaah. 

Kali ini cuti semester kejap je sebab tak sampai 1 bulan dah mula semester baru. Untuk pengetahuan semua, sabjek untuk semester baru ialah Ethics, Law and Corp. Social Responsibility dengan Supply Chain Management. Amacam gempak tak? Dengar cerita senior ramai yang tak lepas paper law. Takut juga dengar tu. 

p/s: boleh tarik nafas lega..exam dah lepas. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails