Monday, October 31, 2011

Kota Kinabalu trip

Post ini akan kekal di sini sampai 31 Oktober untuk memberi peluang kepada semua untuk menjawab teka gambar. Selamat mencuba!


Alhamdulillah.

Trip ke Kota Kinabalu berjaya walaupun ada beberapa masalah teknikal yang tak dapat nak elak. Insya-Allah aku akan buat ulasan serba sedikit sepanjang kami berada di sana. 

Untuk tahun 2012, belum ada apa-apa perancangan lagi. Kalau ada, aku akan beritahu nanti. 

Sedikit gambar di Kota Kinabalu. 


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3
  
Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Ada sesiapa tahu ke mana aku pergi? Hehehe..cuba teka. Kalau sesiapa berjaya teka 7 gambar dengan tepat, ada hadiah istimewa dari Kota Kinabalu. Sila hantar jawapan kepada mazuriah@gmail.com dengan tajuk emel: Teka Gambar sebelum atau pada 31 Oktober 2011. Jangan lupa sertakan nama dan alamat ya. Ini terbuka kepada semua kecuali ahli Rombongan Cik Kiah. 

p/s: plan punya lama tapi rasa kejap sangat trip ke sana. 

Friday, October 28, 2011

Kota Kinabalu part 4

Bermalam di Kundasang memang sejuk dan kebetulan malam tu hujan lebat. Kalau dapat tidur dibalut dengan selimut, memang terbaik tapi nak buat macamana kena bangun awal untuk bersiap sedia balik ke Bangi. Rasa sekejap sangat dapat jalan-jalan di Kota Kinabalu. 

Pada pagi itu, suasana dan pemandangan di sekitar Kundasang memang cantik. Nasib kami baik dapat lihat puncak gunung Kinabalu daripada tempat tinggal kami. 

Tempat tinggal kami di Kundasang.






Terpaksa keluar seawal pukul 6.30 pagi sebab perjalanan kami masih jauh dan banyak tempat nak singgah. Sempat singgah sekejap di Jambatan Gantung Tamparuli. Sejarah Tamparuli berasal daripada perkataan orang Brunei iaitu "ditampar oleh air". Di mana pada zaman dulu masa pedagang-pedagang Brunei datang ke sini mereka tidak dapat naik ke hulu sebab air sungai yang sangat deras. Jadi dinamakan "ditampar oleh air" yang disingkatkan kepada "Tamparuli."




Dalam perjalanan, berhenti sekejap di gerai yang jual lokan. Kata driver kami, kawasan situ memang terkenal dengan lokan dan kelapa bakar. Alang-alang dah sampai, rugilah kalau tak rasa. Let's dig in! 

Lokan dijual ikut saiz, besar, sederhana dan kecil. 

Kemudian lokan dibakar.

1 dulang lokan saiz sederhana cuma RM10. Memang sedap makan masa panas.

Puding kelapa harga RM4 sebiji. Sedap!

Kelapa bakar rasa macam air nira.

Destinasi seterusnya ke Pasar Filipina dan Pasar Ikan Masin untuk last minit shopping. 

Ada ikan masin, ikan bilis, udang kering, sotong kering, amplang dan macam-macam. 

Siap bungkus untuk dibawa dalam kapal terbang. 

Pelbagai mutiara dijual di Pasar Filipina. 

Mari abang, pilih mana yang suka. 

Shopping sudah, makan pun sudah seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Tamatlah sudah perjalanan Rombongan Cik Kiah  ke Kota Kinabalu. Masa nak check in ada masalah sikit. Entah macamana staf yang jaga tu boleh terlupa nak daftar salah seorang ahli rombongan Cik Kiah. Nasib baik perasan. Kalau tak, kena tinggallah di Kota Kinabalu. Sabar je lah. 

Nanti aku akan kemaskini senarai contact person dalam page aku ni. Sesiapa berhajat ke Kota Kinabalu, boleh hubungi mereka. Semoga bergembira di sana. 

p/s: ada siapa nak ikut trip rombongan Cik Kiah?

Tuesday, October 25, 2011

My Birthday

Hari ini cukuplah umur aku yang ke-37. Alhamdulillah. 

Aku bersyukur sebab Allah memanjangkan umur ku dan diberi sihat tubuh badan. Moga dimurahkan rezeki, ditemukan jodohnya dapatlah Abang Long cepat-cepat. Hehehe...

Oleh sebab tak ada siapa nak sediakan kek, petang tadi aku ambil sendiri kek aiskrim kat Puchong. Dapat juga aku nak makan kek aiskrim akhirnya. 

Terima kasih kerana sudi membaca blog aku ini dan teruskan setia membaca. 

p/s: siapa nak sambut birthday dengan aku? angkat tangan!

Monday, October 24, 2011

Kota Kinabalu part 3

Seawal pukul 7 pagi, check out Marina Court dan meneruskan perjalanan ke Kundasang. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. 

Dalam perjalanan ke Kundasang, singgah sekejap di Kinabalu Park dan dapatlah melihat sendiri puncak gunung Kinabalu. Nak masuk Kinabalu Park, dikenakan bayaran tiket sebanyak RM3 seorang dan perlu disimpan kalau kita nak ke Poring Hot Spring. Bila sampai di Poring Hot Spring, tak perlu bayar tiket masuk lagi. 



Kebetulan masa tu, ada persiapan Climbathon Gunung Kinabalu 2011 pada 22-23 Oktober jadi tak dapat naik atas untuk tengok trek mendaki gunung. Untuk pengetahuan semua, Kinabalu Park telah diwartakan sebagai State Park yang pertama di Sabah pada tahun 1964 dan diisytiharkan sebagai World Heritage Site pertama di Malaysia oleh UNESCO pada tahun 2000. 

Seterusnya singgah di Kundasang yang terkenal dengan kebun sayur dan buah-buahan. Sejuk tempatnya macam di Cameron Highlands. Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai sayur dan buah di tepi jalan. 




Buah-buahan eksotik.

Lepas check in di Hasah Homestay, Kg. Sinusian Kundasang, terus ke Ranau untuk makan tengahari. Apa-apa pun, perut perlu diisi kalau tak, tak boleh nak teruskan perjalanan. Bila perut dah kenyang, destinasi seterusnya adalah Poring Hot Spring. Masa di Kinabalu Park dah bayar tiket, tak perlu lagi untuk membayar tiket masuk. 

Di Poring Hot Spring, disediakan kolam air panas yang mengandungi garam sulfur yang boleh menyegarkan badan. Terdapat 2 jenis kolam yang boleh dipilih sama ada kolam terbuka atau kolam tertutup. 

Kolam terbuka tidak dikenakan apa-apa bayaran. 

Kolam tertutup dikenakan bayaran RM15 untuk sejam. Setiap kolam tertutup ada disediakan kolam, shower dan bilik air. Kalau nak mandi, ada rasa privacy sikit. 

Ada pelbagai kawasan menarik yang boleh dilawat di sekitar Poring Hot Spring seperti Taman Rama-Rama, Taman Orkid, Poring Canopy Walkway (jambatan gantung), Air Terjun Kipungit dan Air Terjun Langanan. Aku sempat pergi ke Air Terjun Kipungit. Itupun nak ke sana mahu semput aku dibuatnya. Naik dan turun bukit, barulah sampai. Bila dah sampai, segala penat lelah hilang bila dapat melihat keindahan air terjun. Cewaah!



Pukul 5 lebih kami pun bertolak ke Kundasang. Sudah seharian berjalan, sampailah masa untuk rehatkan diri. Bermalam di Kundasang sangat sejuk dan kebetulan malam tu, hujan sangat lebat. Menggigil badan dibuatnya. 

Tinggal lagi 1 hari berada di Sabah. Rasa cepat masa berlalu. Kita bersambung lagi.  

p/s: air paip di Kundasang sejuk macam ais.

Sunday, October 23, 2011

Kota Kinabalu part 2

Mari kita sambung pula cerita hari kedua di Kota Kinabalu. Selepas breakfast, terus jalan-jalan ke Pasar Tamu Gaya Street. Ada macam-macam jual kat sini, sebut sahaja apa nak. Kalau kat Temerloh, lebih kurang macam Pekansari. Pasar Tamu ini bermula pukul 6.30 pagi sampai 1 tengahari. Apa 6.30 pagi? 6.30 pagi di sana memang cerah macam pukul 7.30 pagi kat sini.  





  

  

Tak beli apa-apa sangat cuma beli sedikit fridge magnet dan keychain untuk dibawa sebagai ole-ole. 

Destinasi seterusnya ke Jesselton Point Waterfront untuk island hoping. Kami pilih untuk melawat 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik dengan menyewa 1 bot dengan harga RM350. Ada bayaran lagi murah sebenarnya tapi yang tak syoknya kena kongsi dengan orang lain. Kalau sewa 1 bot terus, ada privacy sikit dan tak perlu nak tunggu orang lain pula. 

Antara ketiga-tiga pulau tu, yang paling best adalah Pulau Sapi. Bayaran masuk pulau dikenakan sebanyak RM3 dan tiket bayaran perlu disimpan. Kalau tak, kena bayar lagi kalau pergi pulau lain. Kiranya bila kita bayar sekali adalah juga untuk bayaran masuk untuk pulau lain. 

Pulau Sapi.

Pulau Manukan.

Pulau Mamutik. 

Pukul 4 lebih balik semula ke Marina Court untuk rehatkan diri. Banyak penat woo!! 

Pukul 6.30 petang siap sedia untuk makan makan. Destinasi makan-makan kami adalah Seafood Restaurant, Kg Salut yang terletak lebih kurang setengah jam dari pekan Kota Kinabalu dan ini adalah hasil tangkapan untuk makan malam kami. 

Amik kau! Kalau tak puas makan seafood, aku tak tau nak cakap apa lagi. 

p/s: sambung pula hari ketiga..boleh nampak puncak gunung kinabalu.

Saturday, October 22, 2011

Kota Kinabalu part 1

Apa yang aku dapat katakan di sini, trip ke Kota Kinabalu memang best. Rasa tak cukup bila dapat ke sana dalam 4 hari sahaja. 

Hari pertama berada di Kota Kinabalu, tak banyak aktiviti yang dilakukan. Lepas check in di Marina Court, jalan-jalan sekitar Tanjung Aru. Sempatlah cuci mata dan ia amat sesuai kalau kita nak bersantai sambil-sambil menikmati keindahan alam. 




Tak lama kami jalan-jalan kat situ. Destinasi seterusnya ke pasar malam dekat Hotel Le Meridian. Ada macam-macam jual kat situ tapi apa yang menarik perhatian aku ialah makanan yang dijual apa lagi kalau bukan makanan lautnya! 

Lobster sebesar lengan aku!

Udang bakar.

Ikan bakar.

Perut dah lapar, seterusnya ke Gayang Seafood Restaurant yang terletak di Jalan Sulaiman. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setengah jam dari pekan Kota Kinabalu. Pilih sahaja makanan yang kita nak. Nak udang, ketam, ikan? Sediakan sahaja wangnya! Hasilnya, inilah makanan yang kami pilih. 

Perrghh!! Sedap gila. 

Lepas makan, terus balik ke Marina Court. Bila dah kenyang, tidurlah jawabnya. Sambung lagi aktiviti seterusnya pada hari seterusnya. 

p/s: masih terasa keenakan lobster sampai sekarang. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails