Saturday, October 8, 2011

Konvokesyen UNIKL 2011

Pagi-pagi lagi aku bersiap sedia untuk meraikan adik bongsu aku dalam majlis Konvokesyen UNIKL di PICC, Putrajaya. Tahniah! Akhirnya dapat juga segulung ijazah setelah berpenat lelah menghadapi dugaan dan cabaran sepanjang tempoh pengajian. 

Aku sebenarnya teruja juga sebab tak pernah masuk Dewan Plenary iaitu dewan paling besar dalam PICC yang selalu digunakan dalam majlis rasmi seperti Pertandingan Musabaqah Al-Quran dan lain-lain. 

Bila masuk Dewan Plenary, rasa memang kagum! Cuba tengok kat bawah ni.


 
Touch up mana yang patut. 

Para tetamu baru nak masuk dewan. 

Perarakan masuk para graduan.

Gambar adik aku kat skrin. Cak!

Orang yang aku tunggu, Tengku Mahkota Pahang.

Tengku Mahkota Pahang menyampaikan ucapan.

Giliran para graduan mendapatkan ijazah. 

Gambar adik aku sekali lagi. Yeaah!

InsyaAllah pada tahun hadapan giliran aku pula di UUM. Rasa tak sabar pula aku nak naik atas pentas sekali lagi untuk dapatkan ijazah. Doakan aku ya! 

p/s: lama dah tak naik pentas. ketaq lutut aku nanti. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails