Monday, October 24, 2011

Kota Kinabalu part 3

Seawal pukul 7 pagi, check out Marina Court dan meneruskan perjalanan ke Kundasang. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. 

Dalam perjalanan ke Kundasang, singgah sekejap di Kinabalu Park dan dapatlah melihat sendiri puncak gunung Kinabalu. Nak masuk Kinabalu Park, dikenakan bayaran tiket sebanyak RM3 seorang dan perlu disimpan kalau kita nak ke Poring Hot Spring. Bila sampai di Poring Hot Spring, tak perlu bayar tiket masuk lagi. 



Kebetulan masa tu, ada persiapan Climbathon Gunung Kinabalu 2011 pada 22-23 Oktober jadi tak dapat naik atas untuk tengok trek mendaki gunung. Untuk pengetahuan semua, Kinabalu Park telah diwartakan sebagai State Park yang pertama di Sabah pada tahun 1964 dan diisytiharkan sebagai World Heritage Site pertama di Malaysia oleh UNESCO pada tahun 2000. 

Seterusnya singgah di Kundasang yang terkenal dengan kebun sayur dan buah-buahan. Sejuk tempatnya macam di Cameron Highlands. Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai sayur dan buah di tepi jalan. 




Buah-buahan eksotik.

Lepas check in di Hasah Homestay, Kg. Sinusian Kundasang, terus ke Ranau untuk makan tengahari. Apa-apa pun, perut perlu diisi kalau tak, tak boleh nak teruskan perjalanan. Bila perut dah kenyang, destinasi seterusnya adalah Poring Hot Spring. Masa di Kinabalu Park dah bayar tiket, tak perlu lagi untuk membayar tiket masuk. 

Di Poring Hot Spring, disediakan kolam air panas yang mengandungi garam sulfur yang boleh menyegarkan badan. Terdapat 2 jenis kolam yang boleh dipilih sama ada kolam terbuka atau kolam tertutup. 

Kolam terbuka tidak dikenakan apa-apa bayaran. 

Kolam tertutup dikenakan bayaran RM15 untuk sejam. Setiap kolam tertutup ada disediakan kolam, shower dan bilik air. Kalau nak mandi, ada rasa privacy sikit. 

Ada pelbagai kawasan menarik yang boleh dilawat di sekitar Poring Hot Spring seperti Taman Rama-Rama, Taman Orkid, Poring Canopy Walkway (jambatan gantung), Air Terjun Kipungit dan Air Terjun Langanan. Aku sempat pergi ke Air Terjun Kipungit. Itupun nak ke sana mahu semput aku dibuatnya. Naik dan turun bukit, barulah sampai. Bila dah sampai, segala penat lelah hilang bila dapat melihat keindahan air terjun. Cewaah!



Pukul 5 lebih kami pun bertolak ke Kundasang. Sudah seharian berjalan, sampailah masa untuk rehatkan diri. Bermalam di Kundasang sangat sejuk dan kebetulan malam tu, hujan sangat lebat. Menggigil badan dibuatnya. 

Tinggal lagi 1 hari berada di Sabah. Rasa cepat masa berlalu. Kita bersambung lagi.  

p/s: air paip di Kundasang sejuk macam ais.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails