Saturday, October 22, 2011

Kota Kinabalu part 1

Apa yang aku dapat katakan di sini, trip ke Kota Kinabalu memang best. Rasa tak cukup bila dapat ke sana dalam 4 hari sahaja. 

Hari pertama berada di Kota Kinabalu, tak banyak aktiviti yang dilakukan. Lepas check in di Marina Court, jalan-jalan sekitar Tanjung Aru. Sempatlah cuci mata dan ia amat sesuai kalau kita nak bersantai sambil-sambil menikmati keindahan alam. 




Tak lama kami jalan-jalan kat situ. Destinasi seterusnya ke pasar malam dekat Hotel Le Meridian. Ada macam-macam jual kat situ tapi apa yang menarik perhatian aku ialah makanan yang dijual apa lagi kalau bukan makanan lautnya! 

Lobster sebesar lengan aku!

Udang bakar.

Ikan bakar.

Perut dah lapar, seterusnya ke Gayang Seafood Restaurant yang terletak di Jalan Sulaiman. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setengah jam dari pekan Kota Kinabalu. Pilih sahaja makanan yang kita nak. Nak udang, ketam, ikan? Sediakan sahaja wangnya! Hasilnya, inilah makanan yang kami pilih. 

Perrghh!! Sedap gila. 

Lepas makan, terus balik ke Marina Court. Bila dah kenyang, tidurlah jawabnya. Sambung lagi aktiviti seterusnya pada hari seterusnya. 

p/s: masih terasa keenakan lobster sampai sekarang. 

3 comments:

  1. brapa dia jual lobster tu sekor?

    ReplyDelete
  2. 2011 ..KK sekarang jauh sangat berubah dek..datang lagi ya..boleh lah jumpa kitaorang sesama blogger hehehe..datang berteman jangan takut jangan risau..Sabah aman2 ja

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails