Friday, March 29, 2013

"1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci"




Ini kali pertama aku join untuk dapatkan Give Away. (akak baru belajar dik) Apa lagi, mari kawan-kawan, kita pakat masuk lepas tu boleh dapat Give Away istimewa! Sila klik sini


Yang penting hadiahnya menarik dan shhuuweet sangat! Hehehe..

Cepat-cepat! 29 Mac (11.00 pm), hari ini hari terakhir untuk submit. 




p/s: rasa-rasa ada harapan menang tak? 

Wednesday, March 27, 2013

Kebab Turki

Mari aku kenalkan 1 tempat yang jual kebab turki. Aku memang dah lama target nak beli sebab setiap hari aku memang lalu gerai ni cuma tak tahu bila.

Nampak tak ada gerai kebab turki?

Kasi zoom sikit. Nampak?

Gerai ni terletak di Teras Jernang dan berdekatan dengan masjid. Ada kebab ayam dan daging tapi aku suka ayam lagi. Kebab ini dibuat dengan 2 saiz iaitu mini kebab (RM4) dan kebab biasa (RM5.90). Adik yang jual kebab beritahu aku, alang-alang beli baik ambil saiz biasa. Yang mini kebab tu kecil sangat. 


Ini hasil tangkapan aku. Orang tamak punya pasal, beli sekali 3.

Sesiapa yang ingin mencuba, boleh je datang ke gerai ni. Sedap dan boleh dikatakan setiap minggu mesti aku beli. Mana tak bulat aku ni.

p/s: selamat mencuba!

Singapore snapshot

Dah selamat sampai ke rumah pukul 8.30 malam tadi. Tak hilang penat lagi ni. Beri aku sedikit masa untuk update untuk trip ke Singapura. 

Apa yang berlaku di sana? Aku kena peluklah...peluk dengan siapa ya??

Tekalah siapa?














































Peluk dengan Cookie Monster.

p/s: peluk pun boleh jadi isu besar!

Saturday, March 23, 2013

Bercuti ke Singapura



InsyaAllah pukul 11.30 malam akan menaiki keretapi ke Singapura. Harapnya semua berjalan dengan lancar. Aku akan kembali semula pada 26 Mac (Selasa). Jumpa lagi. 


p/s: rasanya nanti ada orang rindu tak? perasan je kan aku ni. hehehe..

Friday, March 22, 2013

OMG Kenwood Mixer

OMG! Murahnya.

Sekarang ni kat Groupon Malaysia ada jual Kenwood Mixer. Kalaulah aku ada rezeki lebih, mahu je aku nak sambar 1. Memang menjadi idaman kalbu sejak dulu lagi. Dahlah tu, ada dalam warna merah. Akak kan suka warna merah. 

Rasa-rasa ada tak yang baik hati nak berikan aku hadiah kenwood mixer ni? Kalau ada, memang aku SAYANG dia. Hehehe...

p/s: kalau difikirkan, boleh tak tidur malam dibuatnya :)

Thursday, March 21, 2013

Magnum chocolate & strawberry



Siapa dah cuba makan aiskrim Magnum Chocolate & Strawberry yang baru ni?

Tiba-tiba pula nak rasa aiskrim ni masa singgah Petronas tadi. Dahlah cantik je susunan aiskrim dalam peti sejuk lagi membuatkan aku teruja nak mencuba. 

Hmmm..rasanya masam-masam manis sebab ada rasa strawberi lagipun aku memang suka makan strawberi. Cubalah rasa, sesiapa yang suka rasa masam-masam memang sesuailah. Terbukti memang aku suka sebab...
































Licin aku kerjakan. Hehehe...

p/s: cuaca panas sangat sesuai makan aiskrim. nyaman rasanya!

Monday, March 18, 2013

Packing time

Memang menjadi masalah bagi aku nak kemas baju dalam beg kalau aku nak ke mana-mana. Kadang-kadang terlebih bawa baju membuatkan beg aku berat. Aku ingin berkongsi maklumat sangat berguna terutamanya kepada yang suka mengembara.


Senang je kan? Yang penting kita cuma kemas apa yang penting sahaja. Tak perlulah sampai nak bawa 1 almari lebih-lebih lagi kalau naik kapalterbang yang memberi muatan yang sangat terhad. Silap-silap, ada yang perlu bayar denda sebab terlebih muatan. Hehehe...aku pernah kena sampai terlebih 10kg! Amik kau menggigil bayar denda. (bukannya sikit-sikit tu!)

p/s: selamat mengemas beg!

Sunday, March 17, 2013

Family trip to Singapore -checklist

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Checklist aku setakat ini:

Tiket keretapi Kajang ke Woodland- siap

Tiket kapalterbang Singapura ke KLIA - siap

Hotel -siap

Tiket USS & express pass - siap

Duit belanja - siap

Yang penting sekali permohonan cuti aku, boss dah lulus! Yes! Aku tahu sekarang tengah sibuk tapi aku akan pastikan semua tugasan aku siap sebelum aku pergi.

Aku belum siap lagi itinerary sepanjang berada di sana nanti. Memandangkan yang nak pergi kali ini, agak ramai jadi aku tak nak lah buat aktiviti yang banyak. Semuanya ala-ala santai bersesuaian dengan famili trip kali ini.

InsyaAllah 23-26 Mac, aku akan ke Singapura untuk bercuti. Ada sesiapa nak cadang ke mana patut aku patut pergi? 

p/s: bukan sahaja hadi dan sara tak sabar nak pergi, makcik dia pun tak sabar. 

Wednesday, March 13, 2013

Makeup Academy Haul


Pengaruh shopping online tak boleh nak elak lagi. Kali ini aku beli barangan alat solek di Makeup Academy iaitu barangan alat solek di United Kingdom. Boleh rujuk kat sini kalau ada yang berminat. Memang banyak pilihan dan harga boleh tahan juga. 

Bayangkan harga lipstik cuma £1 (RM4.80), murah tu tapi kos penghantaran mahal sikit dalam harga £7.50 (RM36). Alang-alang dah kos penghantaran macam tu, rugilah beli barang sikit. Betul tak? Nak tengok berapa harga aku beli semuanya? Dengan 7 barang semuanya, aku bayar £22.50 (RM106.60). Not bad lah. 


Aku dah cuba eye liner dan blusher dan setakat ini aku berpuas hati. Eye shadow palette katanya copy sebiji macam Urban Decay Naked 2 eye shadow dengan harga yang jauh lebih murah. Sayang aku tak dapat nak cuba sebab kawan aku dah berkenan dan aku dah jual pun kat dia. Kita tunggu apa komen dia nanti ok! Silap haribulan nanti aku rasa ada kemungkinan aku beli satu lagi untuk aku. Hahaha..

p/s: gara-gara selalu tengok youtube makeup. amik kau!

Tuesday, March 12, 2013

I am me


p/s: takkan aku nak jadi Fasha Sandha pula? 

Friday, March 8, 2013

Biskut perasa wasabi


Korang patut cuba biskut ni. Perrghh menyengat hidung aku dibuatnya. Aku tak ingat berapa harganya tapi dalam RM6 lebih dan dalam 1 peket ada banyak pek kecil macam ni. Ada 3 perasa iaitu wasabi, kimchi dan tomato. 

Sangat sesuai kalau rasa mengantuk. Sekali makan, terus cerah mata dan hidung pun rasa bersih! Hahaha..

p/s: nanti nak cuba yang perasa yang lain pula. 

Thursday, March 7, 2013

First word


What is the first word you see? 

I saw TRUST. 



p/s: aku ni boleh dipercayai ke? :)

Sunday, March 3, 2013

Panggilan haji

Bila aku tengok kawan-kawan dan sepupu aku mengerjakan haji pada umur yang masih muda dan bertenaga, aku pun ada hajat nak buat macam tu. Cumanya aku tak tahu bila pula giliran aku untuk menjadi tetamu Allah di sana nanti. 

Baru-baru ini aku pergi daftar haji di Bank Islam. Siapa kata susah, senang je nak daftar. Apa yang penting mesti ada:

1. Akaun tabung haji

2. Mengekalkan baki dalam akaun sekurang-kurangnya RM1,300

Bila kita dah daftar haji, kita boleh tahu bila giliran haji kita. Nak tahu aku bila? Tahun 2059!!!! Lagi 46 tahun dari sekarang dan umur aku masa tu pun dah 85 tahun. Tak tahulah aku ada lagi ke tak masa tu. Itu cuma jangkaan sahaja tapi manalah tahu InsyaAllah ada rezeki boleh pergi awal. Betul tak? Adik aku pun dah daftar haji dan kalau boleh kita orang nak pergi sama-sama. Doakanlah semoga dimudahkan urusan.

p/s: mesti seronok kan dapat ke tanah suci ya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails