Sunday, May 26, 2013

Day 1: Shenzhen-Macau

Ya aku tahu trip aku ke Shenzhen-Macau-Hong Kong dah berlalu 1 minggu lepas tapi aku belum lagi update  trip aku kan? Sorry sangat sebab lambat. Alhamdulillah badan aku dah sihat semula (tiada lagi jet lag dan demam, nak buat macamana akak ni dah tak muda lagi). Ish banyak pula aku bebel kali ini. Ok..mari kita mula ya?

Dimulakan dengan penerbangan aku ke Shenzhen pukul 6.30am di LCCT dan sampai di Bao'an International Airport, Shenzhen pada pukul 10.30am. Airport di Shenzhen tak lah besar mana tapi yang best turun sahaja dari kapalterbang dah ada bas tunggu untuk dibawa ke balai ketibaan. Kalaulah LCCT buat macam tu, alangkah bagusnya. Tak payah nak jalan jauh-jauh. Betul tak? 

Sampai juga aku ke Shenzhen akhirnya. 

Selesai sahaja urusan imigresen dan beg, perjalanan aku seterusnya mencari bas ke Shekou Terminal untuk menaik feri ke Macau. Timbul pula masalah bahasa yang mana orang di sana tak berapa fasih berbahasa Inggeris dan aku dan kawan-kawan tak fasih bahasa Mandarin. Kalut! 

Nasib baik aku ada print terlebih dahulu itinerary aku yang ada tulisan cina dan aku cuma tunjuk dan tanya tempat tu di mana. Sambil mencari bas ke Shekou Terminal, ramai pula ulat-ulat teksi yang menawarkan teksi dengan harga yang sangat mahal iatu RMB300. Hati-hati, jangan mudah terpedaya dengan mengambil teksi yang tak pakai meter. Mereka akan suka hati letak harga tinggi. 

Nasib kami baik, sambil tunggu bas jumpa seorang gadis yang fasih berbahasa Inggeris dan kebetulan dia memang naik bas yang sama dengan kami. Atas bantuan gadis tu, kami selamat sampai ke Shekou Terminal. Perjalanan menaiki bas dengan tambang RMB6.20 ke Shekou Terminal mengambil masa 1 jam dan sempatlah kami merasa dan melihat suasana bandar Shenzhen sepintas lalu. 

Aku dah lama tak naik bas. Tengok tu aku dengan beg merah besar. 

Sampai di Shekou Terminal, kami terus ambil feri ke Macau yang mengambil masa 1 jam dari Shenzhen dengan tambang RMB180. Feri yang disediakan sangat besar dan kalau nak dibandingkan dengan feri ke Pulau Langkawi memang jauh beza. 

Feri ke Macau. Besar dan bersih siap ada kantin jual makanan dan minuman. 

Sampai di Macau, kami mengambil bas untuk ke Hotel Ole London. Pemandu bas yang asalnya nampak sombong dan garang boleh jadi baik bila kawan aku pujuk dan tanya arah hotel tersebut. Akhirnya sampailah kami ke Hotel Ole London dan terus check in. Suka sangat tinggal di hotel ini sebab bersih dan selesa. Dekat pula dengan taman mainan dan selalu aku selalu nampak makcik dan pakcik buat senaman. Aku? Senaman tidur tu ada lah. Hehehe...

Di hadapan Hotel Ole London. 

Aktiviti seterusnya kami berpakat jalan-jalan sekitar hotel. Aku dapat tahu yang Senado Square dan Ruins of St. Paul terletak berhampiran dengan hotel aku. Dekat tu taklah dekat sangat, ada dalam setengah jam jalan kaki. Sekali aku pandang Senado Square ni, terasa macam berada di Melaka pula. Untuk pengetahuan semua, Macau adalah bekas jajahan Portugis dan banyak sekali bangunan dan kota peninggalan Portugis di sana. 



Ramai orang kat sini. 

Aku dengan kawan aku, Yana teruskan perjalanan ke Ruins of St. Paul manakala kawan aku yang lain balik ke hotel. Sampai di sana aku jumpa sekumpulan manusia dengan memegang bendera Malaysia dan menyanyi bersama-sama lagu Negaraku. Aku tak tahu apa motif mereka tapi aku cuma melihat dari jauh sahaja. Nak join? Aku tak sampai tahap itu. Aku rasa dia orang ni daripada kumpulan bersih yang kononnya membantah pemerintahan kerajaan Malaysia sekarang. 

Nampak tak? Siap ada bendera Malaysia lagi tu. 

Aku cuma ambil gambar Ruins of St. Paul sahaja.

Sempat lagi aku membeli sedikit ole-ole dari Macau untuk dibawa pulang. Tak sanggup aku duduk situ lama-lama. Aku dan Yana, terus balik hotel. 

Ada 1 insiden berlaku dalam perjalanan balik ke hotel. Ada seorang lelaki ikut kami balik. Takut seh manalah tahu dia nak buat apa-apa dengan kami. Nasib baik lelaki tu tak buat apa-apa cuma hendak berborak-borak dengan kami. Aku memang tak layan langsung bila dia cuba nak cakap dengan aku, aku cuma cakap "I don't speak English." Muka lelaki tu pun sikit aku tak pandang. Kawan  aku, Yana je yang dok melayan dia. Sampai 1 simpang, kami berpisah. Fuuh lega!

Sebelum terlupa, ini hasil tangkapan aku pada hari pertama. 

Tshirt, fridge magnet, perfume dan poskad. 

p/s: sambung lagi hari kedua pula. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails