Thursday, May 26, 2016

Surabaya-Yogyakarta (final)

Pada hari terakhir di Yogyakarta kami tak memerlukan perkhidmatan Pak Akbar untuk bawa kami jalan-jalan. Lagipun bukannya lama pun ada lagi di sana dan ditambah pula kami nak jalan-jalan sendiri. Dipendekkan cerita, nak jimat sebenarnya. Hehehe...

Selepas makan pagi di hotel, kami bercadang untuk jalan-jalan ke Istana Keraton. Kebetulan jarak dari hotel ke Istana Keraton taklah jauh mana. Nak jalan kaki pun boleh sahaja tapi penatlah. Pilihan lain, boleh ambil beca. Jadi kami ambil keputusan untuk ambil beca yang sentiasa ada di hadapan hotel. 

Pada mulanya aku agak keberatan nak naik beca lagi gara-gara kena tipu semasa di Ho Chi Minh dulu. Kalau diingatkan kembali, tak nak dah nak naik. Selepas pihak hotel dan JM meyakinkan aku yang beca kali ini ok, aku pun setuju untuk naik. Sudahnya untuk ke Istana Keraton, ambil 2 beca. Aku naik 1 beca dan JM pun naik 1 beca. 

Sambil menaiki beca, pakcik beca terangkan serba sedikit apa yang menarik di situ. Sempat lagi kami berhenti sebentar di pejabat pos untuk pos poskad. Aku rasa semua dah dapat poskad kan? 

Penuh aku seorang naik beca. 

Sampai di Istana Keraton ada bayaran masuk dan kalau bawa masuk kamera pun kena bayar. Istana Keraton tidak dibuka sepanjang hari sebab ini boleh mengganggu Sultan yang menetap di sana. 

Dalam Istana Keraton, turut ditayangkan gambar-gambar kerabat dan alat-alat kebesaran Sultan. Serba sedikit kita akan tahu sejarah Istana Keraton ini. Bila dah sampai Yogyakarta, jangan lupa untuk singgah ke Istana Keraton. 

Siap ada persembahan live lagi tu. 

Ingatkan nak sambung lagi ke Taman Sari tapi entah macamana perut aku buat hal. Ini mesti pasal minum air jamu masa makan pagi di hotel. Padan muka aku. Tanpa berlengah masa lagi, ambil beca dan terus balik ke hotel. 

Sementara tunggu flight balik, aku lepak-lepak dulu di hotel. Manakala JM sempat lagi jalan-jalan sekitar Jalan Malioboro dan ambil gambar. Sayang semua yang gambar diambil telah hilang. Uwaaa!!!

Lepas solat, ambil teksi untuk terus ke airport. Bila sampai airport, rupa-rupanya salah airport. Di situ ada 2 airport iaitu yang domestik dan antarabangsa. Pakcik teksi bawa kami ke airport domestik. Nasib baik kami sampai awal jadi taklah rasa panik sangat. (dalam hati menyumpah juga. dahlah pulangkan duit baki teksi kurang. geram betul) 

Sambil-sambil tu sempat tanya dengan orang di sekeliling macamana nak ke airport antarabangsa. Kami diberitahu memang ada bas yang bawa ke airport antarabangsa dan kena tunggu sampai bas datang. Fuuh lega! Kalau tak, aku tak tahu nak buat apa. Tak lepas aku balik Malaysia wooi! 

Rupanya taklah jauh mana pun airport domestik dengan antarabangsa. Aku pun tak tahu kenapa pakcik teksi tu tak bawa kami ke airport antarabangsa sebab aku nampak je ada teksi bawa ke situ. 

Selesai urusan check in, makan dulu sebab aku tak makan lagi dan nak habiskan duit rupiah yang ada. 

Makanan terakhir di Yogyakartan dan kami pilih makanan Jepun. 

Masa tunggu flight, berlaku drama yang agak tegang. Rupa-rupanya ada seorang minah ni tak lepas naik kapal terbang sebab terlebih muatan. Tak sampai hati tengok minah ni. Jadi kami pun tolonglah ambil sedikit barang untuk lepaskan dia. Sudah pasti nampak dia pegang pasport Malaysia, tolonglah mana yang mampu. 

Sambil tolong ambil barang minah tu kami tanya bawa apa. Dia bawa buku-buku yang dibeli di Yogyakarta untuk buat kajian Master. Jauh betul beli buku. Apa-apa pun kagumlah dengan usaha minah tu. All the best to you. 

Pukul 5.15 petang, barulah flight berangkat dan Alhamdulillah selamat sampai ke KLIA 2. Habislah sudah cerita trip Surabaya-Yogyakarta. Yeaah!! 

Cerita ke Boracay dan India tak tahulah bila nak mula pula. 

p/s: tarik nafas panjang-panjang dulu sebelum mula tulis. 

7 comments:

  1. Ke Jogja sekurang-kurangnya lima hari baru dapat cover banyak tempat menarik kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tapi nak wat camna atas sebab kekangan masa
      3 hari pun jadilah

      Delete
  2. clap clap clap kerana telah berjaya habiskan story ni..kalau JM mgkin tahun depan pun belum tentu boleh share huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun saya usahakan nak habis cepat2
      nak sambung trip seterusnya tak tau bila nak mula pula

      Delete
  3. pergh Sultan diorang duduk dalam tu and orang awam still boleh masuk ? cayalah..

    ReplyDelete
  4. istana kita guano ? duduk luar je tengah panas terik hewhew..

    ReplyDelete
  5. awat kak hang pi minom air jamu tu ? kan dah merodak perut ehehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails