Baru-baru ini aku ada buat pavlova untuk anak saudara, Sara yang ke-16. Dah besar panjang rupanya anak saudara aku atau sebenarnya aku yang semakin tua.
Aku dah lama tak buat pavlova sebab leceh penyediaannya. Kalau silap sikit, memang tak jadi langsung! Memandangkan pavlova ini adalah kesukaan dan kegemaran Sara, aku sebagai mak saudara yang baik hati dan penyayang pun buatlah. Untunglah siapa yang jadi anak saudara aku. Hahaha!
Bila dah siap pavlova, aku terus panggil perkhidmatan Grab sebab aku tak boleh rentas daerah. Inilah rupanya pavlova aku.
Bila sampai rumah Sara, adik aku tambah lagi buah mangga untuk diletakkan atas pavlova. Eh, semakin menarik pula aku tengok hasilnya.
Kepada Sara, aku ingin ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke ke-16. Belajar rajin-rajin untuk mencapai citi-cita yang diinginkan. Semoga menjadi anak yang solehah dan beriman.
Lepas ini giliran siapa pula?
Wahhh nampak sedap pavlova tu.
ReplyDeleteMesti Sara gembira :)
Sedapnya . Sekali sekala bagi pavlova pun ok .digantikan dengan kek
ReplyDeletewahh!!! cantiklah makcik! tak terasa dah 16 tahun dak sara kan. cepatnya ms berlalu
ReplyDeleteWaaahhh... teliuuurrrnyet tengok pavlova ni... nampak sedap betul... done follow here. #134
ReplyDeleteSeumur hidup tak pernah makan😅
ReplyDelete