Cerita pasal rezeki, ia boleh datang dengan pelbagai cara dan rupa. Baru-baru ini aku ada order 2 bantal dan 4 sarung bantal. Pada 19 Mei 2021, yang datang adalah
.
.
.
4 bantal!
Eh mana perginya sarung bantal? Eh kenapa pula dapat 4 bantal? Banyak pula eh nya. Macam lagu Zizi Kirana pula, Eh..Eh..
Aku rasa dia orang salah hantar. Bagaimana boleh jadi macam ni? Ini bukan yang aku order. Aku jadi serba salah, perlukah aku mendiamkan diri atau beritahu perkara sebenar.
Jadi, aku emel kepada penjual bantal menerangkan perkara sebenar. Aku pun tak tahu nak buat apa dengan bantal extra tu.
Memang cepat maklumbalas daripada penjual bantal. Aku dapat tahu rupa-rupanya ada masalah komunikasi antara pekerja gudang bantal dengan courier. Ok aku faham isu itu.
Pada penghujung emel, aku cubalah nasib. Aku cuba tanya manalah tahu dapat diskaun atau ganjaran hasil daripada kejujuran aku (cewah suci murni bunyinya). Lagipun aku tak mengharap apa-apa pun. Kalau ada rezeki, dapatlah sikit ganjarannya.
Nak tahu? Akhirnya aku diberi bantal tersebut dengan percuma. Waaahh! Ini sudah bagus. Alhamdulillah.
Aku copy emel dia:
Hi Miss Mazuriah,
Since you asked, lets make it simple, you can just take the two hotel pillow for free as a token of appreciation from us to you.
Sounds good?
Walaupun bantal, bagi aku itu adalah rezeki yang tak diduga. Terima kasih. Untuk 4 sarung bantal, dia akan pos kemudian.
Sudahnya yang bantal extra tu aku bagi kepada adik dan ayah aku. Sharing is caring. Betul tak?
No comments:
Post a Comment