Monday, September 15, 2014

Restoran Kayu Manis, Cyberjaya

Kali ini aku nak bawa ke restoran yang menyediakan makanan cina muslim. Terletak berdekatan dengan opis aku. Aku cuma jalan kaki sahaja ke sana. Namanya ialah Restoran Kayu Manis. 

Tak salah aku ada cawangan lain di Bukit Jelutong. Baru sahaja beroperasi sebulan lebih, masih baru lagi. Masa aku sampai pun, tak ramai orang yang datang makan.




Keadaan dalam restoran. 

Menu ada gambar ketam yang menggiurkan. 

Air kelapa special (RM9.90). Ada laici, isi kelapa dan rasa limau sedikit.  


Ginger Beef Kuew Tiow (RM11)

Bagi aku, rasa makanan yang dihidangkan bolehlah tahan sebab ada banyak daging dan portion agak besar. Kalau nak makan seafood pun ada. Ada ketam besar hidup dalam akuarium. Boleh je order dan ambil terus dari situ. Aku jeles tengok meja sebelah siap order ketam black pepper nampak macam sedap je. 

Ulasan ringkas

Harga: 3/5
Kesedapan: 3.5/5
Layanan: 3/5
Suasana dan kebersihan: 3.5/5

Kalau ada sesiapa nak cuba, boleh sahaja hubungi: 


p/s: kalau ada keraian, boleh je cuba makan di sini. ketam banyak besar woo!!

Baju plus size untuk dijual




Minta tolong boleh tak? Aku nak jual baju ni sebab salah saiz. Baju ini belum pakai lagi dan masih dalan keadaan baru. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila emel kepada mazuriah@gmail.com. Harga dalam RM75 termasuk kos penghantaran. 

Material: cotton/flax
Brand: Evans
Saiz 26-28 (saiz UK)
Ukuran
Bahu: 22"
Dada: 52"
Punggung: 56"
Arm hole: 18"
Labuh: 29" (ikut baju putih) 

Baju ini ada 2 helai. 1 warna coklat - pendek sikit (luar) dan 1 warna putih - panjang sikit (dalam). Panjang lengan adalah 31/4 sampai siku. Ada yang berminat? Kalau ada, cepat-cepat emel. 

Terima kasih. 

p/s: baju ini cantik tapi sayang tak muat pula. 

Saturday, September 6, 2014

Restoran Bunga Cengkih, Dengkil

Lama dah tak buat ulasan makanan kan? Kali ini aku nak bawa korang ke kedai makanan masakan Negeri Sembilan. Aku bertambah teruja sebab aku ni ada darah orang Negeri Sembilan jadi aku nak pastikan betul atau tidak seperti apa yang dikatakan. 


Inilah dia Restoran Bunga Cengkih. 

Kedai ini terletak di Dengkil. Masa aku sampai tak ramai orang lagi tapi masa aku nak balik, semakin ramai orang yang datang untuk makan. Pilihan lauk tak banyak iaitu gulai lemak cili api dengan lauk ikan keli, telur itik dan daging salai atau asam pedas lauk ikan. 

Kali ini aku pilih gulai lemak cili api daging salai dengan ikan keli claypot. Yang ini kena tunggu sikit sebab nak kena masak dulu dalam claypot. 

Hasilnya? Habis licin dimakan. 

 
Boleh sahaja pilih lauk yang dah siap.


Suasana dalam kedai. 

Apa yang dapat aku simpulkan, gulai lemak cili api ada rasa masam sikit sebab ada letak buah bacang. Bagi aku, kalau pedas sikit pasti lagi best. Harga makanan bolehlah tahan anggaran dalam RM8-10 termasuk nasi, lauk dan minuman.  

Ulasan ringkas

Harga: 3.5/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 3/5
Suasana dan kebersihan: 3/5

p/s: lain kali boleh cuba lauk asam pedas pula. 

Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta


Selamat hari merdeka yang ke-57. 

p/s: bangga menjadi warga Malaysia

Wednesday, August 27, 2014

Air Asia free seats


Siapa yang tahu promosi Air Asia mesti teruja melihatnya. Aku yang asalnya tak ada plan nak beli, boleh terbeli. Ke mana destinasinya? Bila nak pergi? Kena tunggu dulu ya. Aku macam tak percaya boleh dapat harga tiket semurah itu. Apa lagi, terus sambarlah. Hehehe..

Kepada yang merancang untuk melancong, inilah masanya. Memanglah lama lagi tapi sekurang-kurangnya kita boleh merancang apa yang patut dibuat dari sekarang supaya tak terburu-buru nanti. Ingat tu. 

p/s: selamat melancong. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails