Sunday, June 14, 2009

Kelas MBA

Baru-baru ni aku mengambil keputusan nak sambung buat MBA. Memang aku ada plan nak buat tapi bukan dalam masa terdekat tapi baru-baru ni ada kawan lama (kawan sama study ITM dulu) ajak aku ambil MBA. Peluang dah ada depan mata, apa lagi kan? Dengan hati separuh nak separuh tak, aku pun ambil lah.

Semalam kelas pertama MBA mula dengan subject International Business. It's an interesting subject! Dapat pulak classmate yang memang otai-otai dengan hal berkaitan international business membuatkan kelas bertambah menarik. Rata-raya my classmate dah mempunyai pengalaman kerja yang banyak sampaikan ada yang dah lebih 20 tahun. Nak dibandingkan dengan aku, aku rasa amatlah kerdil walaupun secara fizikal aku ni sangatlah comel!!! Hahaha...

On the first day, lecturer dah bagi team assignment. Sabar je lah aku..aku belum kenal lagi classmate aku dan tiba-tiba dah kena buat team assisgnment. So far, aku dah aim a few person yang rasa boleh kerjasama. Hehehe..sure yang cute mute la tu. Penting beb! Untuk dijadikan sumber inspirasi.

Balik dari first class, memang pening kepala. Apa taknya, tiba-tiba sahaja banyak perkara yang datang bertubi-tubi. Banyak betul nak kena catch up balik. Otak pula nak kena basuh sebab lama sangat karat. Dah lama tinggalkan alam study ni. It's ok...mula-mula blur tapi insya-Allah semua akan berjalan dengan lancar.

Hari kedua, rasa taklah pening sangat. Sebelum pergi kelas dah baca sikit nota yang lecturer bagi semalam. Harapnya otak ni tak lah terkejut lagi macam semalam. Dapat pulak discussion pasal culture, lagi lah seronok. Anyway, adalah kaypohci ni perasan baguslah. So dia ceritalah pengalaman bekerja dengan orang asing. Bila jumpa orang macam ni, aku malaslah nak join. Ambil lah kau mat...aku bagi chance. Eii jahatnya aku ni..masuk kelas sempat lagi nak ngumpat orang. Tak berkat ilmu aku nanti. Ya ampun!!!!

Next class rasanya aku tak dapat nak join sebab aku ke Langkawi. Sayang pulak rasanya. Harap semua akan berjalan dengan lancar.

p/s: penat naik tangga pergi kelas...

2 comments:

  1. salam...sblm tu..mohon maaf byk kalo teman ni gune bhs ko n aku..sbb rsnye lebih selesa begitu...
    wehh..bes gilee amik master..ko dulu amik degree business eh? sbb aku plan nk samb master dlm corp comm..huhu Insya Allah jika dizinkan..setakat ni perkara nk samb master hanya impian sahaje dn berangan..huhu...tahniahhh !

    ReplyDelete
  2. amik degree dalam ekonomi. mmg tak plan nak amik mba sekrg sebab semuanya plan tak sengaja. so far klas ok dan kebetulan dapat kawan mmg otak gila-gila. kalau ada peluang sambung belajar, ambil la dulu. masih belum terlewat untuk belajar. biar lambat daripada tak dapat langsung.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails