Sunday, January 31, 2010

Poh paleh weh!

Baru balik dari Pekan semalam. Cuma 1 perkataan yang boleh digambarkan..PENAT!


Sepanjang aku kat Pekan, pasti akan jumpa buntings macam ni. Poh paleh? Apa kejadah poh paleh ni? Kalau ke Pekan, poh paleh boleh dimaksudkan dengan orang tu hebatlah! Dengan ayat mudah..terer habislah!

Inilah dia acara Digital Pekan 1Malaysia yang diadakan di Pekan. Sambutan memang menggalakkan. Pagi-pagi lagi orang dah ramai datang. Ditambah pula dengan kehadiran PM datang untuk merasmikan acara ni. Tugasan aku membantu memastikan perjalanan acara ni dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Walaupun ada juga suara sumbang yang tak puas hati, anggaplah semuanya cabaran yang perlu dihadapi dengan sabar. Cewaaah!

Di sini aku nak kongsi sama-sama gambar PM yang sempat aku ambil masa tu. Sebenranya bukan aku yang ambil gambar. Faham-faham je lah, aku ni taklah tinggi mana. Dahlah orang ramai masa tu. Nasib baik ada kawan yang tolong ambilkan gambar. Thanks Amat!

 


Ini adalah kali pertama aku jumpa PM secara live. Selalu tengok kat TV je kan? Tak lupa juga aku sempat bersalam dengan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Hehehe...

p/s: dengar cerita ada lagi event macam ni lagi..

Friday, January 29, 2010

Packing time


Esok pagi dah nak bertolak ke Pekan sempena Digital Pekan 1Malaysia. Macam biasa aku tak pack apa-apa lagi. Tak tau nak pack apa lagi. Nak ke sana bukannya lama cuma 1 malam je tapi rasa macam nak bawa 1 almari sama-sama.

A good tips for you:



Semalam ada briefing pasal event kat Pekan. Siap pesan tu kena pakai baju batik kat sana. Mana aku nak cekau baju batik malam-malam buta ni? Ada baju batik sebenarnya tapi baju tu dah lama sangat. Aku risau tak muat je bila pakai nanti. Hahaha...

Oklah..nak start packing. Kalau ada apa-apa, aku akan update ya.

p/s: Pekan..here I come!!!

Wednesday, January 27, 2010

Outstation

Bila dapat arahan daripada boss kena pergi outstation ke Kuantan semalam, reaksi pertama aku? Of course aku tak sukalah! Suka sangat maklumkan dalam masa singkat. Nasib baik aku tak ada apa-apa plan dan semester tak mula lagi. Kalau tak, awal-awal lagi aku dah reject ok.

Ini semua gara-gara sempena  Digital Pekan 1Malaysia pada 30 Januari. Oklah boss, aku pergi. Harap bonus nanti kasi up ya. Kasi 5 bulan bonus? Hahaha..boleh ke? Macam-macam pula kerenah aku ni.

Nasib baik event kali ni kejap je. Tak kuasa aku nak stay sana lama-lama. Dengar cerita siap panggil artis tapi bila dia orang senaraikan nama artis, rata-rata aku memang tak kenal. Lebih-lebih lagi artis AF ni. Aku manalah tau kisah artis AF ni sebab rumah tak pasang ASTRO. Kalau ada program TV kat ASTRO, sorrylah aku tak tau. 

Any idea apa yang best kat Kuantan ni? Aku pun dah lama tak ke sana. Kalau ada, bagitau ok. Bolehlah aku plan apa aku nak buat kat sana nanti. 

p/s: berlatih cakap Pahang

Monday, January 25, 2010

Gangguan seksual


Marah betul rasanya bila dapat sms lucah. Perkara ni berlaku dari tahun lepas lagi. Masa mula-mula terima sms memang aku tak balas langsung. Ingatkan bila dah tak balas, dah tak terima lagi sms lucah ni. Rupa-rupanya tak, semakin kerap pula dia hantar sms aku.

Lepas tu, senyap lama. Ingatkan dah tak ada apa-apa tapi sangkaan aku meleset. Ish degil betul orang ni.

Aku dah buat aduan dan laporan mengenai kes sms lucah. Dia orang pun tak dapat nak teruskan sebab nombor telefon didaftarkan bukan milik warganegara Malaysia. So, dia orang cadangkan aku untuk pancing orang tu dan bila dah tahu siapa orangnya, baru boleh ambil tindakan seterusnya.

Mengikut akta komunikasi & multimedia 1998, boleh dihukum masuk penjara dan denda lebih kurang RM10,000. Amik kau! Jangan main-main.

Mari aku tunjukkan nombor telefon dia, 017-742 8473. Ada sesiapa berani cuba call? Aku cuba nak call tapi selalu sangat tak dapat dihubungi. Bila dapat call, aku pula tak berani nak cakap. Takut akak dik ooi! Silap-silap nak rogol akak ni.

Aku dah tekad, aku nak kerjakan dia secukup-cukupnya. Biar dia tahu, aku bukan boleh dibuat main-main. Aku nak ajar dia..biar dia kena hukuman yang setimpal. Eiii geram tau!Kalau kau orang kena, sure tak suka kan?

p/s: hentikan sms kat aku

Sunday, January 24, 2010

Bosan



Bosan!!!!

Aku dok rumah sahaja pada hari minggu. Nak keluar kedudukan kewangan tak mengizinkan. Duit yang ada cukup-cukup untuk belanja esok hari.

Gaji masuk hari Selasa..rasa macam lama je nak tunggu. Nak buat macamana, gaji masuk awal bulan lepas.


p/s: comel je kucing ni..

Friday, January 22, 2010

The year of tiger


Tak lama lagi nak sambut Tahun Baru Cina. Mengikut budaya cina, tahun 2010 adalah tahun harimau.

Untuk pengetahuan semua, aku lahir pada tahun harimau. Aaaaumm!! Jadi boleh agaklah berapa umur aku ni.

Sedikit maklumat mengenai orang yang lahir tahun harimau:

Magnetic, passionate and grand! When the Tiger does anything, it’s noticed! (this is so true..hehehe)

Tiger people are sensitive, given to deep thinking, capable of great sympathy. They can be extremely short-tempered, however. Other people have great respect for them, but sometimes tiger people come into conflict with older people or those in authority.

Sometimes Tiger people cannot make up their minds, which can result in a poor, hasty decision or a sound decision arrived at too late. They are suspicious of others, but they are courageous and powerful.

Forecast for 2010

Being the Tiger’s own year, 2010 holds great promise for those born under this sign, with exciting developments happening for them both personally and professionally.

Some Tigers may be feeling disappointed and disheartened after 2009 and it will be important to leave the past behind and concentrate on the future, which is looking so bright!

Financially, everything improves this year for those born under this sign and money-making thoughts and ideas should be fully explored and investigated. With the fast pace of this year for all signs, the Tiger needs to take extra care in planning and thinking all projects through – no rushing headlong into schemes during 2010!

Tigers looking for romance will possibly see a friendship suddenly develop into something more personal with exciting consequences. August, December and January will see a very active and entertaining social calendar, but all of 2010 will see fun activities for the Tiger. (adakah aku akan jumpa Abang Long?)

The Spring months, March to May, will bring encouraging and interesting job opportunities, but the Tiger will still have to make sure he puts himself forward and gets noticed at work.
 
p/s: bukan hari-hari mau ya

Apa tandanya?

Baru-baru ini aku ada mimpi yang aku dah dapat keputusan exam MBA aku. Dalam mimpi tu aku dapat 1 A dan 1 A-. Not bad at all. Entahlah aku tak berani nak cakap pasal exam hari tu. Selalunya dalam realiti akan berbeza dengan apa yang kita mimpi. Maknanya apa? Result exam aku tak bagus? Aku tak nak!!!!
Pagi esoknya aku terus telefon ATC sama ada result exam dah keluar atau belum dan sambil tu nak tau next semester belajar sabjek apa. Malangnya, result tak siap lagi. Insya-Allah akan keluar pada minggu depan.

Hati dah mula berdebar-debar..dup dap. Boleh lagi ke aku nak maintain 3.00 point? Buat kerja serba tak kena. Risau betul! Ok aku bertekad. Minggu depan aku akan call balik dan tanya pasal result exam. Sama ada ok atau tak, aku akan update nanti. Eiiii takutnya.

Aku ni harapkan badan besar tapi penakut. Kalau tengok cerita seram, siap tutup mata lagi tu. Pengumuman! Jangan sesiapa nak ajak aku tengok wayang cerita hantu ok. Aku tak nak pergi walaupun dapat tiket free.

Aku pernah tengok cerita Jangan Pandang Belakang. Aku bantai gelak besar tengok hantu dia. Apa pasal muka hantu tu buruk benar? Hahaha..Sorry bukan bermaksud aku nak kutuk cerita tu. Alang-alang nak buat cerita seram, buatlah betul-betul. Ish tak faham aku bila aku dapat tau yang hasil jualan tiket cerita tu sampai berjuta-juta RM.

p/s: cerita exorcist memang seram

Tuesday, January 19, 2010

Memburu beg part 2

Operasi memburu beg bermula tadi lepas balik dari opis. Aku terus ke Parkson Alamanda dengan tujuan nak survey beg. Sebelum aku ke sana, aku dah dapat maklumat yang kat Parkson tengah sale sempena CNY. Harga dan design beg kat Pakson pun boleh tahan dan paling penting within my budget.

Thanks sis!

Sampai kat Parkson, aku dok pusing-pusing kat tempat beg. Hati dah berkenan kat beberapa beg. Harga? Boleh lah tahan. Tahan je hati ni bila tengok. Nak buat macamana gaji tak masuk lagi. Aku dah tekad kalau boleh tak nak gores dan menang (swipe kad kredit). Staff  yang jaga beg pun memang layan aku dengan baik. Apa yang aku tanya semua dia layan.

Kalau tak kuat iman, aku nak je beli terus tadi. Lepas tu baru aku teringat ada 1 kedai lagi jual beg yang kebetulan tengah sale. Ingat nak ke sana kejap sambil-sambil tu boleh bandingkan harga. Bila tengok staff tu layan aku dengan baik, tak sampai hati aku nak blah macam tu je. Hanya ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan.


Bila aku sampai kedai beg tu, aku tengok tak ada siapa pun nak layan aku. Nak kata ramai orang, aku seorang je yang ada masa tu. Hello!!! Tak ada siapa nampak aku ke? Aku kompius..takkan lah aku yang badan besar ni dia orang tak nampak. Dah 2 kali aku pusing kat kedai tu tapi tak ada siapa nak layan aku. Kenapa?? Kau ingat aku tak mampu nak beli ke?

Aku cukup pantang kalau tak ada siapa nak layan aku kalau aku masuk kedai. Kalau lah dia orang boleh layan aku dengan baik, mana tau aku boleh beli masa tu juga. Daripada tak plan nak beli beg, boleh tukar fikiran nak beli. Mana lah tau aku boleh recommend kat kawan-kawan suruh pergi kedai tu beli beg. Sayang betul..kan dah rugi seorang potential customer yang sangat berharga. Eiiii geram betul aku.


Muka geram aku...grrrrrrrr

Ya aku tau..aku ke sana sekadar nak survey beg tapi kalau ada customer masuk, kena layan. Jangan dibiarkan macam tu. Betul tak?

Sorry beb. Jangan harap aku nak masuk kedai tu lagi. Walaupun kedai tu boleh jual beg dengan harga lebih murah tapi layanan tak ada, tak kuasa aku nak beli kat situ ok. Biarlah harga mahal tapi layan baik..aku tak kisah. Kalau dapat orang macam aku, aku akan pasti ke sana lagi. Percayalah. Once kau dah buat hal dengan aku, aku akan banned sampai bila-bila.

p/s: hati keras

Monday, January 18, 2010

Memburu beg

Projek ke Bandung-Jakarta tinggal lagi kurang 5 bulan dari sekarang. Bercakap pasal persiapan, perkara pertama yang aku nak cari sangat ialah beg! Memang aku ada beg tapi aku rasa beg yang aku ada tu tak cukup besar nak letak hasil tangkapan nanti. Boleh katakan hari-hari aku dok tengok www.mudah.my mana lah tau kalau ada orang jual beg murah. Ada beg yang aku berkenan tapi alamak harga ada sikit mahal. Lari bajet aku.




Kena rajin survey kat internet manalah tau kalau ada warehouse sale. Setakat ni aku ada jumpa warehouse sale. Insya-Allah kalau ada masa, aku cuba tengok manalah tau jumpa ada yang berkenan dengan harga yang berpatutan.

Gaji tak masuk lagi tapi ada hati nak beli beg. Impian punyalah tinggi nak beli macam-macam. Dengar cerita bonus nak masuk bulan ni. Kalau betul, boleh pakai duit tu dulu. Sesiapa ada info nak cari beg kat mana lagi. Kalau ada, sudi-sudilah kongsi ya.

p/s: nak beg yang tahan lasak

Sunday, January 17, 2010

Abang Long


Sejak dua menjak ni aku dok baca blog persiapan nak kahwin. Hah!!?? Aku nak kahwin? Eh tak..jangan nak buat gossip ok. Harap maklum, calon Abang Long belum ada lagi tapi sekarang aku dalam proses mencari. Ramai pula kawan aku nak kahwin tahun ini, serba sikit aku kena tempias sikit. Dia orang sibuk buat persiapan, aku pula yang teruja. Hahaha...over lah aku ni.

Untuk mencari Abang Long ingat senang? Cewaaah macamlah aku ni artis kan? Dari bentuk fizikal, kalau boleh aku nak cari lelaki yang lebih tinggi daripada aku. Ya aku sedar aku kureng tinggi, tinggi aku cuma 5'2" sahaja. Aku suka sangat lelaki yang botak. They are so damn sexy! Cuba tengok Sean Connery, Redzuan Hashim dan artis yang seangkatan dengannya, seksi gila ok.

Cerita pasal tarikh kahwin, ramai dah book 10-10-10. Kiranya itu tarikh cantiklah. Aku? Mungkin nak ambil 11-11-11. Hahaha..aku memang poyo tahap gaban peringkat maha dewa sakti (apa punya ayat aku ambil ni?). Sebenarnya ada cerita di sebalik nombor tu. Hari tu, aku borak-borak dengan kawan opis pasal tarikh kahwin.

kawan: ramai betul orang dah ambil tarikh 10-10-10 ni.

aku: ye la.

kawan: apa kata kalau akak nak kahwin, ambil 11-11-11. rasanya tarikh tu belum ada ambil lagi.

aku: betul tu. sempat lagi kalau nak ambil tarikh tu.

kawan: saya dah check tarikh tu. 11-11-11 tu hari jumaat. hari jumaat tu buat acara nikah. kenduri hari esok.

aku: ok juga tu tapi calon tak ada!!!

Plan cantik punya. Tarikh nikah pun dah ok. Yang tinggal sekarang calon Abang Long. Rasanya boleh tak kalau aku declare Master Plan Abang Long 11-11-11?? Macam desperate je aku ni. Sebelum ni, aku tak pernah mengalami perasaan macam ni. Apasal ni? Ya aku tau hal nikah kahwin bukan hal main-main. Disebabkan ramai kawan dan sepupu aku dah kahwin, aku pun terasa nak ikut? Kalau zaman dulu bolehlah mak ayah aturkan perkahwinan anak mereka. Sekarang mana ada orang buat macam tu lagi. Kalau ada pun jarang sangat berlaku.

Doakan aku semoga ditemukan jodoh. Mr. X dan yang lain-lain hanyalah sumber inspirasi sahaja. Bukannya betul-betul pun. Itu sekadar penghias dan penyeri kehidupan aku. Kalau tak ada semua itu, tak cerialah. Hidup kena enjoy!

p/s: kena mandi bunga kot?

Extreme Chocolate Cake





Extreme Chocolate Cake (from allrecipes.com)

Ingredients

2 cups white sugar (kurangkan sedikit kalau nak kurang manis)
1 3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup unsweetened cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1 1/2 teaspoons baking powder
1 teaspoon salt
2 eggs
1 cup milk
1/2 cup vegetable oil
2 teaspoons vanilla extract
1 cup boiling water

For frosting
3/4 cup butter
1 1/2 cups unsweetened cocoa powder
1 cups sugar
2/3 cup milk
1 teaspoon vanilla extract



Directions
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour two 9 inch cake pans.

Use the first set of ingredients to make the cake. In a medium bowl, stir together the sugar, flour, cocoa, baking soda, baking powder and salt. Add the eggs, milk, oil and vanilla, mix for 3 minutes with an electric mixer. Stir in the boiling water by hand. Pour evenly into the two prepared pans.

Bake for 30 to 35 minutes in the preheated oven, until a toothpick inserted comes out clean. Cool for 10 minutes before removing from pans to cool completely.

To make the frosting, use the second set of ingredients. Cream butter until light and fluffy. Stir in the cocoa and confectioners' sugar alternately with the milk and vanilla. Beat to a spreading consistency.

Split the layers of cooled cake horizontally, cover the top of each layer with frosting, then stack them onto a serving plate. Frost the outside of the cake.

p/s: selamat mencuba!

Saturday, January 16, 2010

Operasi makan-makan

Lama dah tak buat operasi bakar kek. Petang tadi ada jemputan birthday party anak kawan opis sekali dengan house warming. Tak tau nak bagi apa kat tuan rumah, aku bagilah kek coklat yang aku jadikan cupcake. Itu je yang sempat nak buat. Sesiapa nak resepi kek coklat, insya-Allah aku cuba masukkan dalam next entry.



Ada 25 biji cupcakes yang comel.

Rumah baru kawan opis aku tu taklah jauh daripada rumah aku. Kalau naik kereta ada dalam 10-20 minit. Sampai rumah, banyak betul makanan yang sedia terhidang. Aku tak sempat nak ambil gambar sebab lapar sangat. Aku sengaja laparkan diri sebab nak makan kat rumah kawan aku tu. Ish pelahap sungguh aku ni. Nampak dek bakal mak mertua, terus reject! Banyaknya makan!! Hahaha..



Birthday boy tak pandang kamera.



One more for the good look. Baru nampak handsome Ammar.

Terima kasih kepada kawan, Shady yang sudi ajak aku. Berapa kali round aku makan tadi. Memang muka tak malu betul. Dok tambah makanan je kerja aku. Rezeki jangan dibuang, musuh jangan dicari. Betul tak?

p/s: kalau ada jemputan makan-makan, jengan lupa jemput!

Tuesday, January 12, 2010

Shopping!

Cerita pasal trip ke Bandung-Jakarta pada bulan Jun ni, sebenarnya aku tak siap apa-apa lagi. Duit nak belanja kat sana belum cukup lagi, pasport tak renew dan banyak perkara yang belum siap. Memanglah ini bukan kali pertama ke sana tapi kalau boleh aku nak siap semuanya dan enjoy trip.

Trip kali ini aku pergi bertiga sebab tak suka pergi ramai-ramai. Tak suka banyak sangat kerenah nak kena layan. Ikutkan aku, aku tinggal je kalau banyak sangat songeh. Padan muka kau! Hahaha...

Sekarang ni aku nak survey hotel dan transport kat sana. Untuk pengetahuan semua, aku memang ada kawan yang boleh arrange trip kat sana. Hmm tengoklah dulu, biar aku contact dia. Kalau dia sudi nak arrange hotel dan transport untuk kami, itu sudah cukup baik.


Apa nak beli kat sana? Of courselah nak beli kain banyak-banyak. Jangan salah anggap pula, aku bukan nak jual tapi untuk kegunaan sendiri. Lepas geram beb! Dengar cerita kain kat sana murah dan cantik. Ish sure mata rambang aku dibuatnya. Kalau sesiapa nak beli kain lace atau yang banyak sulam, memang sesuai sangat. Harga memang jauh murah nak dibandingkan harga kat sini.

Aku pasti kawan yang ikut aku nanti mesti borong gila. Bila lagi nak borong kan? Aku tak tau apa dia orang akan beli nanti. Tunggu je lah.


p/s: simpan duit sikit-sikit boleh belanja puas-puas

Itinerary Bandung-Jakarta part 1

Apa sudah jadi dengan plan Bandung Jakarta bulan Jun? Jadi ke tak? Jangan takut, insya-Allah jadi cuma aku tak sempat nak update kat blog. 

Aku dah ada tentative ke sana. Ini adalah plan aku ke sana nanti:


DAY 1 (THURSDAY, 10/06/2010) BANDUNG

- Arrive at Husein Sastranegara International Airport Bandung
- Check In Hotel (Bandung)
 

DAY 2 (FRIDAY, 11/06/2010) BANDUNG

- Breakfast at Hotel
- Sightseeing Gedung Sate, Braga street, Asian African Building
- LUNCH at Simpang Raya Padang (Minang Food)
- Shopping at Factory Outlets in Jalan Dago
(Grande, Level Jetset, Blossom, Glamour, Happening, Donatelo, Episode, Victoria, Uptown, M&M, Dago Stock Export etc.)
- Shopping at Factory Outlets in Riau Street (Cascade, Heritage, Summit, ForMen , Stamp, Terminal Tas, Branded Club, Renariti etc.)
- DINNER at Dago Hill (Lesung, The Valley, Neo Kalista, Stone café or Sierra)
- Back to Hotel

DAY 3 (SATURDAY, 12/06/2010) BANDUNG

- BREAKFAST at Hotel
- Visiting Tangkuban Perahu, (viewing Ratu crater and Domas crater),
Tea plantation and take a rest at Ciater Hot Spring Water
- Visit Strawberry Farm
(Pick and buy fresh strawberries with cheap price)
- LUNCH at Kampung Daun
- Shopping at Setiaubudhi Street
(Rumah Mode, Natural, Mode Plus, Zenth)
- Proceed to Paris Van Java
- DINNER at Dapur Sangkuriang
- Back to Hotel

DAY 4 (SUNDAY, 13/06/2010) BANDUNG

- BREAKFAST at Hotel
- Shopping at Pasar Baru Trade Centre
- LUNCH
- Shopping at Toko Tiga (Original Levi’s Jeans)
- Proceed to Cihampelas Street
- Proceed to Chiwalk (Cihampelas Walk)
- DINNER at local restaurant
- Back to Hotel

DAY 5 (MONDAY, 14/06/2010) BANDUNG/JAKARTA

- BREAKFAST at hotel
- Check-Out Hotel (Bandung)
- Proceed to Jakarta (3 hours)
- Check-In Hotel upon arrival in Jakarta
- Shopping at Tanah Abang Jakarta
- LUNCH
- Shopping at ITC Mangga Dua Trade Centre Jakarta
- DINNER
- Back to Hotel


DAY 6 (TUESDAY, 15/06/2009) JAKARTA

- BREAKFAST at Hotel
- Check Out Hotel (Jakarta)
- Visiting Merdeka Square, Monas Monument Jakarta
- Proceed to Jakarta Airport
- Depart from Soekarno Hatta International Airport JAKARTA
- End of Tour 

Sekarang ada 2 pilihan sama ada nak pakai travel agent atau nak jalan sendiri. Ikutkan hati aku lebih suka jalan sendiri sebab lagi mencabar. Kalau minta travel agent, sure dia ketuk harga tinggi-tinggi.

Keadaan aku yang memerlukan bajet terhad kena fikir banyak kali kalau nak berbelanja. Nak stay kat hotel setakat nak lepaskan tidur dan mandi dah cukup. Tak perlulah nak mewah-mewah. Betul tak?

Setakat ni plan belum tetap lagi dan kemungkinan akan tukar.  Ada lagi 5 bulan nak ke sana dan sempat nak survey apa yang patut nak buat nanti.

Tiket? Tiket dah book lama dari tahun lepas lagi cuma pasport belum renew lagi. Yeaaahh Bandung-Jakarta, here I come!

p/s: makcik! kau dah ready ke sana?

Sunday, January 10, 2010

You can do it

Rasa lega bila dah habis exam. Aku dapat rasakan yang semester lepas cepat betul berlalu. Semester baru akan mula insya-Allah pada bulan Febuari. Dalam 1 bulan ni bolehlah rileks sekejap. Sempatlah aku nak jalan-jalan dan lepak kat rumah.

Apa yang aku rindu sangat pasal belajar ni? My classmate! Walaupun background kami berbeza-beza, bila jumpa semua tak kira yang tua atau muda, tak kira pangkat tinggi atau rendah boleh jadi ngam. Lebih-lebih lagi kalau dapat jumpa Mr. X. Hehehe..

Untuk semester depan, aku masih tak tau lagi kena ambik sabjek apa. Ikutkan dalam senarai yang diberi, aku ada lagi 10 sabjek nak kena habiskan. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk habiskan semua sabjek. Kalau aku ambil 2 sabjek untuk 1 semester, ada lebih kurang 5 semester lagi. Perrgghhh banyak tu.

Sabar ok...pejam celik sure tak sedar cepat masa berlalu. You can do it! Tanamkan semangat hari-hari yang aku boleh lakukan. Betul tak?? Siapa lagi nak bagi semangat? Mr. X? Itu cuma sumber inspirasi je. Apa-apa pun semua kena bermula pada diri sendiri.

Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Ingat tu!

p/s: tak ada sumber inspirasi, tak dapat buat kerja

Batuk lagi


Aku nak minta maaf sangat-sangat. Aku lambat nak update blog. Aku tak berapa sihat baru-baru ni. Habis exam hari tu, aku terus demam. Hari pertama masuk kerja tahun 2010, badan rasa tak berapa sedap. Terus pergi ke klinik dapat MC.

Dah dapat MC terus lepak rumah adik aku. Sambil-sambil lepak layan kejap cerita apa yang ada. Hmm...alamak yang ada cuma cerita budak-budak. Layan je lah daripada tak ada langsung! Hehehe..

Masuk kerja balik on the next day, asyik batuk je. Aku memang tak tahan sejuk ditambah pula dengan kerongkong dok gatal je. Rasa macam nak garu je anak tekak ni. Aku tak dapat nak tumpukan kerja sebab batuk je. Dah makan 2 botol ubat batuk dan minum bergelas-gelas lemon madu suam konon nak legakan tekak. Tak hilang juga batuk aku.

Sejak semalam, suara aku terus kejap ada kejap tak ada. Kalau sesiapa nak ajak aku pergi karaoke, aku tak dapat nak join. Macamana nak karaoke kalau suara dah tak ada. Kejap ya..aku nak testing. One two three..hello hello testing. Suara ada tapi serak-serak. Kalau nasib tak baik, dapat dengar angin je. Apalah nasib aku kali ni.

p/s: bila nak baik batuk aku ni?

Sunday, January 3, 2010

Student life

Alhamdulillah..

Beban yang aku tanggung selama ini dah selesai. Baru petang tadi habis final exam. Walaupun open book,  jenuh juga aku nak cari jawapan. Masa yang diberi 3 jam rasa macam tak cukup je. Kejap-kejap selak buku, kejap-kejap selak nota..mana 1 jawapan aku nak tulis ni? Next semester insya-Allah start bulan Febuari so sempatlah aku nak rehat sekejap 1 bulan.

Mari aku tunjukkan gambar adegan-adegan menarik classmate aku.



My MIS lecturer, Prof. Madya Azizi Zakaria




Last minit nak kena siapkan assignment. Cepat woooi!




Take a break for a while.




Macam nak gaduh je bang..ilek aaa


Discussion atau tengok video klip?

Esok dah start kerja balik selepas cuti panjang. Eii rasa malas nak masuk kerja. Esok juga start sekolah. Siapa yang hantar anak masuk darjah 1, aku ingin ucapkan all the best. Pengalaman masuk darjah 1 adalah pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Memang best!! Semangat betul nak ke sekolah.

p/s: kena bangun awal..takut jem

Mana dia Mr. X?

Thank you so much kepada Ikmal, classmate aku yang ambil gambar kelas semalam. Aku memang ada plan nak ambil gambar tapi nak buat macamana kamera rosak lah.

Nak tau yang mana satu Mr. X aku tu?

Jumpa tak? Cari dulu ok. Kalau siapa tau..sila beri message kat aku ya.

p/s: tunggu siapa yang tau yang mana 1 Mr. X aku tu..

Friday, January 1, 2010

Selamat tahun baru 2010



Entry pertama untuk tahun 2010. Aku tak tau nak start macamana kali ni. Selaunya aku memang ada masalah nak mula tapi kalau dah dapat gear..terus laju je. Hehehe.. For start, semalam aku demam sebab berjangkit daripada ayah dan adik aku. Terpaksa aku ke klinik ambil ubat. Orang pun tak ramai nak tunggu so kejap je lah urusan aku kali ini.

Dahlah dapat doktor yang handsome..muda pulak tu. Masa dia check dengan stetoskop, habis dia tekan kat dada aku ni. Ambooi kau ni nak ambil kesempatan kat aku ke? Dok tekan-tekan kuat pula tu. Kurang asam punya doktor.

Rugi cuti aku semalam. Nak buat macamana dah nak kena demam, terima je lah. Eiii aku paling tak suka kalau sakit masa cuti. Konon nak ambil cuti nak rehat-rehatkan diri tapi lain pula jadinya.

Sabar..sabar..sakit tu boleh hapuskan dosa kecil. Betul tak??

p/s: makan ubat kalau nak cepat sembuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails