Monday, January 18, 2010

Memburu beg

Projek ke Bandung-Jakarta tinggal lagi kurang 5 bulan dari sekarang. Bercakap pasal persiapan, perkara pertama yang aku nak cari sangat ialah beg! Memang aku ada beg tapi aku rasa beg yang aku ada tu tak cukup besar nak letak hasil tangkapan nanti. Boleh katakan hari-hari aku dok tengok www.mudah.my mana lah tau kalau ada orang jual beg murah. Ada beg yang aku berkenan tapi alamak harga ada sikit mahal. Lari bajet aku.




Kena rajin survey kat internet manalah tau kalau ada warehouse sale. Setakat ni aku ada jumpa warehouse sale. Insya-Allah kalau ada masa, aku cuba tengok manalah tau jumpa ada yang berkenan dengan harga yang berpatutan.

Gaji tak masuk lagi tapi ada hati nak beli beg. Impian punyalah tinggi nak beli macam-macam. Dengar cerita bonus nak masuk bulan ni. Kalau betul, boleh pakai duit tu dulu. Sesiapa ada info nak cari beg kat mana lagi. Kalau ada, sudi-sudilah kongsi ya.

p/s: nak beg yang tahan lasak

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails