Wednesday, July 28, 2010

Bulan Ramadhan

Bulan depan nak nak puasa. Dah sedia ke nak sambut bulan ramadhan yang bakal menjelang ni? Haa...siapa tak habis ganti puasa, ganti cepat! Hehehe..aku pun tak habis ganti puasa lagi ni. Tak salah aku, aku ada 4 hari nak ganti ni. Sempat lagi ke? Insyaallah aku akan mula ganti puasa esok ya. 

Cerita pasal nak sambut puasa ni, kalau balik kampung belah arwah mak di Negeri Sembilan, kita orang ada sambutan hari mantai iaitu hari untuk menyambut bulan ramadhan iaitu sehari sebelum puasa. Selalunya menu makanan yang dihidangkan adalah sup tulang. Perrggh! Best gila lebih-lebih lagi kalau makan masa panas. 

Sekarang dah tak ramai buat hari mantai ni. Balik kampung sekarang pun, sure dah tak meriah macam dulu sebab wan dah tak ada. I miss her rendang ayam so much! 

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua. Semoga amalan kita diberkati. 

p/s: tak sabar sambut bulan ramadhan. 

1 comment:

  1. sapa bleh lawan rendang n sup tulang orang negori

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails