Aku baru sahaja balik dari Batu Pahat. Projek jalan-jalan cari makan di sana. Alhamdulillah..makan sangat mewah. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama aku menjejak kaki di Batu Pahat.
Batu Pahat mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kalau sampai di Batu Pahat, pasti akan jumpa monumen ini.
Insyaallah aku akan update blog aku trip ke Batu Pahat secepat mungkin. Tunggu ya!
Terima kasih kepada Chika, our tour guide di sana. Jasamu sentiasa dikenang. Kalau ada rezeki, aku akan ke sana lagi. Nak cari sate Jeng Kuan. Sedap beb.
p/s: asyik makan sahaja, sampai sendat perut aku dibuatnya.
No comments:
Post a Comment