Friday, July 2, 2010

3 jam 15 minit

Hai semua. Semalam ada 2 orang staff baru masuk department aku. Yang paling best, boss aku ambil staff lelaki! Selama aku kerja kat opis, belum pernah boss ambil staff lelaki ok. Bila aku dapat tahu boss ambil staff lelaki, aku amat teruja. Macamana agaknya staff baru tu akan kerja dengan boss aku nanti. 

Ok..kita tukar cerita lain sekejap. Memandangkan boss tak dapat nak sambut mereka semalam (boss aku pergi training), baru hari inilah dia berkenalan dengan staff baru dia. Pukul 8.30 pagi tadi boss dah panggil staff baru masuk bilik dia untuk sesi ramah mesra. Biasalah tu..the first orientation from boss! 

Aku rasa aku ada pernah cerita pasal boss aku yang sangat suka bercerita.Ulang balik ya...sangat suka bercerita. Aku dengan kawan-kawan yang lain, siap mengira masa berapa lama mereka akan berada di dalam bilik boss. Setakat ini, aku masih pegang rekod iaitu 5 jam dan belum ada sesiapa lagi yang berani nak cuba pecahkan. Jam pukul 10.30 pagi, mereka masih lagi dalam bilik boss. Kita orang dok tertanya-tanya berapa lama lagi mereka akan ada di dalam bilik boss. Rasa kasihan pun ada sebenarnya tapi biarlah dulu. Biar mereka tahu perkara sebenar pasal boss tu. 

Apa yang kau bebel sampai lama sangat ni?

Tunggu punya tunggu, pukul 11.45 pagi baru keluar. 3 jam 15 minit dalam bilik boss! Hahaha..rekod aku belum ada lagi yang pecah beb! Aku berharap sangat ada orang yang dapat pecah rekod. Ini bukan satu kebanggaan ok. Nak tahu? Aku terseksa dalam bilik dia lama-lama. Kalau boleh nak elak kena panggil masuk bilik dia. 

The good part is bila dia dapat jumpa orang baru dan cakap lama-lama, aku dapat rasakan hidup aku sangat aman tanpa ganggua daripada dia. Yes!! I like. 

p/s: ada sesiapa nak rasa masuk bilik boss?? let me know ok!

2 comments:

  1. ohooo gile lama dok bilik bos 5 jam... dia bg ceramah khas ke? hehehe... kite pun penah dpt bos suke berciter sampai hal anak2 seme citer... tapi bese pun lam sejam laa... tu pun rase terseksa jekkk... bende pentingnya ckp x sampai 10 min...dah tu ckp mcm bagusss...x ske!!! sib dah bukan jadik bos...

    ReplyDelete
  2. memang lama gila. cerita macam-macam pasal pengalaman kerja, kereta, anjing dan banyak lagi. rasa tak penat ke cakap lama-lama ni?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails