Tuesday, July 20, 2010

Junaidah Ali Bashah

Ya aku tahu, aku perlu update blog aku. Aku memang dah lama nak update blog aku tapi asyik tak sempat je nak buat. Nak kata kerja banyak, boleh tahan juga banyaknya. Banyak kerja yang melibatkan follow up tu yang leceh. Asyik kena call nak tahu apa status sampai aku dah naik malu tiap kali aku buat call. Hmm..macamlah dia orang boleh nampak aku bila aku buat call. 

Ok..mari aku tukar cerita lain pula. Marilah sini..duduk dekat sikit. Akak nak cerita sikit. 

Masih ingat lagi staf baru yang masuk department aku baru-baru ini? Baru-baru ini, aku dan kawan-kawan aku dah bagi nama panggilan baru kepada staf baru. Nak tahu nama panggilan dia? Junaidah Ali Bashah. Klasik kan nama tu? 

Mula-mula nak letak nama Junior (sebab perangai dia macam boss) tapi tak jadi sebab nampak ketara pula kita orang kutuk dia. Puas cari ilham nak panggil apa, akhirnya panggil je Jun short form untuk Junior. Hmm..takkanlah Jun sahaja? Entah macamana boleh keluar idea, panggil Junaidah Ali Bashah. Kalau rasa panjang sangat nak panggil, panggil je Jun. Bila sebuat Jun atau Junaidah Ali Bashah, tahulah siapa yang dimaksudkannya. Kiranya macam kod rahsia kamilah. Hehehe..

Aku bukan tak suka staf baru ni tapi apa yang dia buat, serba tak kena gaya. Memang nampak sangat dia cuba nak baik-baik dengan kami tapi sayang..kau salah langkah beb. Tak perlulah nak tunjuk hebat depan boss sebab kau tak kenal lagi siapa boss tu sebenarnya. 


Setakat kau cakap kuat kat telefon dan taip keyboard kuat-kuat nak tunjuk buat kerja, tak payahlah. Jangan nak tunjuk kau dah hebat ya. Banyak perkara lagi kau perlu belajar.  



Lantaklah kau nak buat apa. Jangan kau cuba nak kacau hidup aku ok. Kalau tak, kau jadilah macam dalam gambar ni. Hahaha brutal tak? Amik kau!


Hari ini dan esok aku tak masuk opis sebab ada training kat Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur. Yeaaah! Sangat suka sebab aku tak perlu jumpa dengan Jun. Tadi aku sms kawan aku kat opis tanya pasal Jun. Kasihan kawan aku, Jun ada kacau dia. Tak senang hidup kawan aku tu. Sabarlah ya. 


p/s: dok diam-diam ya.

4 comments:

  1. Saya dulu suka taip kuat2 juga. akak marah ke? :P

    ReplyDelete
  2. eh taklah. hahaha nampak sangat aku tipu kan?

    ReplyDelete
  3. kitorg x marah. kitorg suka. sbb at least kitorg ada "bahan hiburan" utk digosipkan. kan akak kan? hehehehhe :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails