Thursday, October 21, 2010

Musim demam


Aku rasa sekarang musim demam sebab ramai yang demam termasuklah kawan aku yang seorang tu, Makcik Senah. Makcik kau demam ya? Kasihan kau. Aku pun kena demam juga. Nasib baik dapat MC. Siap doktor tanya, "nak MC tak?" Of courselah aku nak. Kalau masuk kerja, macamlah aku boleh buat. Nanti berjangkit, siapa yang susah? Lebih-lebih lagi kat opis aku tu ada yang nak kahwin tak lama lagi. Kalau dibuatnya demam, kasihan dia. 

Aku ini demam pelik sikit. Bukan apa, kalau siang, aku sihat. Bila masuk malam dan pagi, mulalah badan rasa sejuk panas. Ini tengah rasa sejuk panas lah ni. Bila sentuh badan, rasa panas tapi dalam rasa sejuk. Kepala pula dah mula rasa pening-pening. Ubat dah makan tadi. Sesiapa boleh tolong aku. Kenapa aku demam macam ni?

Esok nak masuk kerja, tak tahulah aku dah ok ke tak. Opis aku tu sangatlah sejuk. Kalau tak pakai shawl atau blazer, memang sejuk beb. Nampak gaya kalau nak pergi tempat sejuk-sejuk, tak dapat lah. Hehehe...

Cuaca  pula asyik panas sahaja. 2-3 hari lepas baru hujan lebat. Agaknya kena hujan hari tu terus demam. Padan muka..main hujan lagi. 

p/s: kuatkan semangat untuk masuk kerja esok. gambatte!  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails