Monday, November 15, 2010

Cerita pasal cuti

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua. Awal-awal lagi aku dah minta cuti dan kali ini aku ambil cuti 6 hari bermula esok beb. Cuti tahunan aku banyak lagi..buat apa aku nak simpan? So minggu ini aku cuma kerja 1 hari sahaja. 

Dapat tahu boss aku pun cuti juga rupanya...rugilah aku ambil cuti. Bukan senang boss aku nak ambil cuti. Masa boss cuti adalah masa yang paling indah. Oleh sebab itu, aku sangat cemburu kepada kawan-kawan opis aku, Izza, Na'ilah dan Faisal sebab mereka dapat meraikan saat-saat bahagia tanpa boss. Jangan nakal-nakal ya. Akak jeles tau! 

Aku tak pasti apa plan cuti aku kali ini. Ingatkan nak masak-masak sikit sempena hari raya nanti tapi adik aku, Angah tak dapat pula cuti. Boss dia cakap, "cuti dibekukan." Aku dah siap berangan nak masak rendang tapi semuanya musnah macam dalam lagu Azie, pelamin angan ku musnah. Hehehe..

Kita tengoklah apa nak masak esok. Masak sungguh-sungguh tapi kalau tak ada orang nak makan, tak syok juga. Aku tak ada idea langsung beb. Anyway, semoga bergembira selalu. 

p/s: bilalah agaknya aku dapat buat haji? 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails