Friday, November 5, 2010

Aktiviti cuti-cuti

Aku perasan sejak kebelakangan ini, post aku semakin ringkas. Aku tak tahu nak cerita apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang ini. Ambil cuti 3 dan 4 November, ingatkan bolehlah datang idea nak tulis kat blog. Haraaamm..idea tak datang langsung. 

Aku ambil cuti pun bukannya buat apa-apa. Stay kat rumah dan semalam tiba-tiba nak buat pizza. Konon nak tunjuk skill sebab dah lama tak buat. Alamak aku lupa nak ambil gambar pizza semalam. Tak sempat beb..selamat masuk perut. Hahaha. Sesiapa nak resepi pizza, boleh refer kat entry blog aku sebelum ini. Cubalah dulu. InsyaAllah jadi. 

Hari ini pula cuti Hari Deepavali. Ajak adik-adik aku main bowling kat Alamanda Bowling. Ya aku mengaku aku tak pandai main tapi entah kenapa rasa nak main bowling pula. Agaknya masih tak puas hati dengan main bowling hari tu. Asyik masuk longkang sahaja. 

So, kita orang main 3 game (Sara dan Hadi pun main sekali) dan aku taklah score banyak. Malulah aku nak beritahu berapa score aku..nak tahu juga ke? Oklah..aku berjaya score bawah 50 untuk 1 game. Malunya bila tengok orang sebelah asyik strike sahaja. Jangan tak tahu, masa last game aku boleh buat strike. Rasa bangga gila. 

Dapat juga aku buat strike masa nak hujung-hujung game. Lambat betul seru datang. Hehehe..

Esok tak pasti lagi nak buat apa. Kalau tak ada apa-apa, rasa stay je kat rumah. Ada idea nak pergi mana-mana yang tak perlukan kos yang banyak? Alamak, minggu depan dah mula kelas MBA.  Result exam sure tak lama lagi nak keluar. 

p/s: taaakkkkuuuutttttnya!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails