Friday, December 31, 2010

Sorotan peristiwa tahun 2010

Tinggal beberapa minit sahaja kita akan meninggalkan tahun 2010. Selamat datang tahun 2011. Moga pada tahun 2011 akan menjanjikan lebih baik daripada sebelum ini. 

Bagi aku banyak peristiwa yang berlaku pada tahun 2010. Ada yang manis dan ada yang pahit. Yang manis-manis kita jadikan kenangan paling indah dalam hidup dan yang pahit-pahit itu jadikan pengajaran yang berguna pada masa hadapan. 

Antara peristiwa yang tak mungkin aku lupakan: 


1. Trip ke Bandung-Jakarta
Aku plan trip ke Bandung-Jakarta dekat 1 tahun dan alhamdulillah perjalanan ke sana berjalan dengan lancar. Walaupun ada perubahan di saat-saat akhir, tak mematahkan semangat untuk meneruskan perjalanan kami. Tahun depan insyaallah ke Kota Kinabalu pula. 
 Ahli rombongan trip Bandung-Jakarta.


 Tangkuban Perahu, Bandung.

Monas, Jakarta. 

2. Kek carrot
Semakin ramai yang order kek carrot aku. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi order kek carrot. Aku buat semua ini sekadar suka-suka sahaja. Tak sangka ramai yang minat. Kalau sesiapa nak order, sila beritahu ya. 

3. Junaidah Ali Bashah
Semenjak Jun masuk department aku, aku rasa sangat tak best. Apa taknya suka sangat sibuk pasal hal orang lain. Dahlah tu..memang kaki kipas boss. Memang dasar tak faham bahasa. Kau fikir kau bagus sangat ya? Piiraaahh!!! 

4. Bina masjid
Ramai betul tahun ini yang melangsungkan perkahwinan. Kat opis aku sahaja dah beberapa orang, sepupu aku dan kawan-kawan sekolah. Aku?? Tak berani nak cakap. Tunggu Abang Long dulu. Kalau ada, pasti aku akan beritahu ya. Tunggu!!! 

5. Kelas MBA
Setakat ini, semua berjalan dengan lancar. Alhamdulilah keputuusan peperiksaan baru-baru ini sangat memberansangkan. Terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan yang sentiasa memberi dorongan dan banyak membantu. Terima kasih sekali lagi. 

6. Bola sepak

Siapa tak boleh lupa pasal pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Tahniah  Malaysia. Moga pada masa akan datang akan terus maju. Mana tahu dapat cuti lagi. Hehehe...


Selamat tahun baru 2011 kepada semua. Moga lebih produktif, dimurahkan rezeki dan ceria selalu. 

p/s: azam baru 2011 aku adalah....

Dapat cuti tiba-tiba

Yeaaah!! Hari ini cuti. Semalam ayah beritahu PM bagi cuti sempena Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Terima kasih kepada Nizam yang membetulkan fakta aku dalam post sebelum ini mengenai pasukan Malaysia pernah menang dalam Sukan SEA tahun lepas. Apa-apa pun tahniah! 

Memandangkan hari ini dapat cuti tiba-tiba, rasanya aku tak plan apa-apa lagi. Kalau nak keluar pun pasti ramai orang nak sambut tahun baru 2011. Ish tak kuasa akak nak mengadap orang ramai. 

Tak pun...aku bantai tidur sahaja hari ini. Ok juga tu. Hehehe..

Tidur pun best. 


p/s: selamat bercuti

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia menang!

Bila kali terakhir Malaysia menang perlawanan bola sepak? Rasanya macam dah lama kan? Tak salah aku masa zaman aku sekolah dulu dan masa zaman Mokhtar Dahari adalah saat paling gemilang industri bola sepak Malaysia. Semua nak jadi Mokhtar Dahari sampaikan ada orang bagi nama anak.

Lepas tu, kumpulan bola sepak terus tenggelam dan baru tadi Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menumpaskan Indonesia 4-2 secara agregat. 


Akhirnya Piala Suzuki AFF milik Malaysia. Good job man! 

p/s: tahun 2010 berakhir dengan kemenangan! 

Selamat menyambut tahun baru 2011

Tak lama lagi kita akan sambut tahun baru 2011. Bagaimana perancangan sepanjang tahun 2010 setakat ini? Semuanya ok? Harap pada tahun 2011 akan menjanjikan lebih baik daripada tahun 2010. 


Selamat menyambut tahun baru 2010. 

p/s: apa azam untuk tahun 2011? azam tahun 2010 dah tercapai?

Friday, December 24, 2010

Dahlah tu..


Ok cukup..jangan nak sedih-sedih lagi. 


Bunga bukan sekuntum..kumbang bukan seekor. Terimalah kenyataan bahawa dia bukan milik aku. Life must goes on. 

Farid Kamil kan ada..Adi Putra ada..haaa siapa lagi? Amik kau! Masih ramai lagi yang sudi menjadi Abang Long. Betul tak? Hahaha!!

p/s: cheer up..itu semua dugaan namanya. 

Tuesday, December 21, 2010

Malasnya nak kerja

Nak hujung tahun 2010, makin malas nak buat kerja. Bangun pagi-pagi rasa liat je sampaikan terlajak masuk lambat. Bayangkan aku masuk kerja pukul 8 pagi tapi sekarang sampai opis pukul 8.10, 8.15 dan kadang-kadang pernah sampai 8.30 (bila kes kronik bangun sangat lambat). Dahlah tu, masuk lambat tapi nak balik awal. Hahahaha

Baru-baru ini ada rombakan dalam bahagian kerja aku dan aku sudah ada boss besar baru. Yang lecehnya boss besar baru ni nak tau macam-macam pasal staff dia. Nak tahu nombor telefonlah, bila nak ambil cutilah dan lain-lain. Eiiii akak tak sukalah. Boss besar sebelum ini sempoi je. Tak pernah nak ambil tahu tapi yang penting kerja jalan! Aku tak pernah berurusan dengan boss besar baru ini tapi daripada apa yang aku dengar, dia ni ok. Kita tengok dulu..ok ke tak. 

Jun tengah cuti sekarang. Senyap sunyi department aku bila tak dengar suara dia yang kuat itu. Aman dunia aku rasa. Ye lah..siapa tak bengang kalau cakap dengan telefon sampai semua orang boleh dengar. Aku nak je sound, "wooi..cakap kuat lagi biar chairman kat atas boleh dengar sekali." Kalau nak cakap kuat pun, pergi jauh-jauh. Jangan buat orang sebelah rasa tak senang. Takkanlah itu aku nak ajar sekali? Geramnya!!

p/s: cubalah kacau aku..

Monday, December 20, 2010

Hadiah bakal pengantin

Dalam post aku sebelum ini ada cerita pasal kawan opis nak kahwin tak lama lagi. Jadi, minggu lepas, aku dengan kawan opis pakat nak kenakan bakal pengantin dengan kejutan ala-ala manja gitu. Hahaha!!! Jangan marah ya bakal pengantin.

Nak tahu apa yang kita orang berikan?




Sila abaikan Mr. Turtle tu.

Malu tersipu-sipu kawan aku bila dapat hadiah tu sampai merah muka dia. Malu ke suka? 

p/s: bila mahu guna hadiah? hahaha

Thursday, December 16, 2010

Reka kasut

Siapa ada bakat nak reka kasut? Mari kita klik kat sini.


Senang saja langkahnya. Klik-klik je. 

Pilih sahaja kasut apa kita nak. 

Ini kasut pilihan aku. 

Lepas tu, bolehlah buat bayaran mengikut harga yang ditetapkan. Aku cuma reka kasut je. Belum ada peruntukan untuk beli. Kalau ada rezeki lebih, mana tahu boleh buat kan? Yang bagusnya, kasut yang siap direka boleh dihantar ke seluruh tempat termasuk Malaysia. 

p/s: selamat mencuba!

Musim kenduri kahwin

Ramai betul yang nak kahwin dalam bulan ini. Hmmm cuti sekolah pun nak sampai hujung, ramailah yang ambil kesempatan nak buat kenduri kahwin. Tahniah! Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia selalu. 

Hujung minggu ini, giliran anak jiran aku, Radiah. Aku kenal Radiah semenjak dia kecil lagi. Aku lihat sendiri bagaimana Radiah membesar di depan mata aku. Daripada anak kecil yang comel sehingga dia bakal bergelar isteri. Siapa sangka anak gadis ini akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Macam tak percaya je. 

Ada lagi kawan opis aku juga akan menamatkan zaman solonya tak lama lagi. Amacam? Dah ready ke? Hehehe.. Nak aku organize bachelor party? (~_^) wink wink!

Haaaa...turn aku? Tunggu dulu ya. Selagi tak jumpa Abang Long, aku tak berani nak cakap apa-apa. Dalam post sebelum ini, aku ada plan pada 11 November 2011 kan? Sama-samalah kita tengok nanti. Hehehe..

p/s: selamat lah ya. 

Wednesday, December 15, 2010

Driving phobia

Aku baru balik dari Jempol sempena pelancaran Digital Jempol. Penat tak hilang lagi ni. Dahlah aku drive sorang-sorang ke sana lagi. Takut juga sebenarnya sebab aku jarang drive jauh-jauh. Hari-hari aku drive dari rumah ke opis yang jauhnya cuma 25km sahaja. 

Kali terakhir aku drive jauh masa aku ke Batu Pahat. Dahlah masa tu kali pertama aku drive jauh. Kalau nak dibandingkan masa aku drive dulu, lagi takut beb. Nak pergi kerja pun kena fikir banyak kali. Boleh ke aku drive ni? 

Takutnya..

Ada sebab kenapa aku takut nak drive dulu. Masa aku ambil driving exam, aku kena ambil 3 kali! 2 kali untuk parking dan 3 kali untuk on the road. Bayangkan 3 kali ambil exam untuk on the road. Aku terus jadi fobia! Kali pertama ambil exam, aku siap dibawa pulang oleh penjaga exam. Hahaha!! Aku masih ingat lagi komen penjaga exam masa tu. Nak tahu? Antaranya: 
  • membawa kereta secara merbahaya
  • memandu sebelah tangan
  • tidak mengikuti peraturan jalanraya
Kesalahan yang sangat besar. Patutlah penjaga exam tak luluskan aku. Major fault. Padan muka aku! 

Satu lagi sebab aku takut nak bawa kereta dulu, lepas aku lulus exam aku tak bawa kereta terus. Lama juga aku tak drive kereta mahu dekat 8 tahun rasanya. Ayah dok bising bila lagi nak drive? Drive tak nak tapi tiap tahun memang aku tak pernah lupa nak renew lesen. Sampaikan ada orang tegur aku, "buat apa dengan lesen? buat gantung kat leher ke?" 

Bila aku dah ada kereta sendiri (Myvi kelabu) tahun 2005, barulah aku berlatih drive sikit-sikit. Itu pun masih ada perasaan takut lagi. Dahlah beli kereta auto, kalau manual, pasti dah berpeluh-peluh dibuatnya. 

Entahlah aku ni..badan je besar tapi pengecut. Alhamdulillah sekarang dah ok. Masih banyak lagi yang perlu aku berlatih. Aku belum mahir lagi nak buat side parking dan parking belakang. Kena berlatih dan terus berlatih. InsyaAllah boleh. 

p/s: nak cabar bawa kereta manual pula. ada berani? 

Tuesday, December 14, 2010

Tips perjalanan

Rombongan Cik Kiah ke Kota Kinabalu tahun depan setakat ini berjalan dengan lancar. Sampai hari ini, belum ada apa-apa lagi masalah yang timbul. Alhamdulillah dan harap semuanya ok. 

Tengok kat ticker di tepi blog ada masa lagi 10 bulan. Rasanya tak terlalu awal untuk plan dulu sebab trip sebelum ini memang aku plan awal-awal. Bila dah dekat dengan tarikh nak pergi, nanti tak rasa tertekan. Aku banyak dengar cerita kawan-kawan aku yang plan last minit dan akhirnya trip dia orang tak seperti dirancang. Sayang kan? 

Di sini biarlah aku meberi sedikit tips untuk merancang perjalanan:

1.Tetapkan bajet
Ini sangat penting sebab apa yang kita rancang berpandu kepada bajet kita. Kalau rasa nak trip yang mewah, siapkan diri keperluan kewangan terlebih dahulu. Jangan lupa bincang ahli rombongan nak tinggal di mana sama ada nak stay kat hotel atau apartment. Ya aku tahu ramai yang nak tinggal yang bertaraf 5 bintang tapi kalau bajet kita cuma mampu untuk 3 bintang, terimalah kenyataan dan ukurlah diri sendiri dengan kemampuan kita. 

2. Merancang aktiviti
Memandangkan rombongan Cik Kiah mempunyai 6 dewasa dan 3 kanak-kanak, rancangan aktiviti kenalah bersesuaian dengan ahli rombongan. Di sini, apa yang boleh aku rancang adalah aktiviti yang santai seperti jalan-jalan sekitar Kota Kinabalu, island hopping atau shopping. Apa-apa pun, dapatkan maklumat terlebih dahulu yang sesuai dengan ahli rombongan. Rajin-rajinkan diri baca pendapat dan nasihat mengenai tempat yang bakal kita pergi terutamanya kalau ini adalah trip kali pertama. 

3. Polisi
Ini pun penting juga sebab ia juga melihat kelancaran rancangan rombongan Cik Kiah nanti. Siapa nak uruskan penginapan? Pengangkutan? Makanan? Cenderamata? Kalau dah siap bajet, plan perkongsian kena terang dan jelas biar semua ahli rombongan faham. Baru nampak adil dan saksama. Betul tak? 

4. Check penginapan
Sebelum pilih mana-mana penginapan, cuba check dulu. Sekarang lagi senang, check sahaja dengan Pak Google atau pun TripAdvisor untuk dapatkan pendapat dan komen yang baik atau tidak. Kalau ada kawan-kawan yang pernah pergi, cuba tanya pasal keadaan penginapan, servis, caj penginapan dan macam-macam. Sekurang-kurangnya kita dapat gambaran serba sedikit dan kita tahu apa yang kita jangkakan nanti. 

5. Sediakan dokumen penting
Jangan lupa bawa kad pengenalan dan tiket penerbangan dan sila sampai di lapangan terbang tepat pada masanya. 

6. Jangan lupa bergembira!
Jangan tension-tension. Kita pergi untuk tenangkan fikiran. Bergembiralah! Jangan lupa ambil gambar sebagai tanda kenangan di sana. 

Harap ini dapat membantu untuk merancang perjalanan. Kota kinabalu, tunggu aku dulu bah! 

p/s: prektis cakap bah

Monday, December 13, 2010

Dah tak ada orang lain ke?

Pagi-pagi dapat emel daripada boss suruh pergi Jempol sempena pelancaran Digital Jempol. What?? Boss aku tahu tak yang event tu mula hari ini? Patutnya beritahulah awal-awal. Satu lagi, kenapa asyik aku je yang kena pergi? Macamlah tak ada orang lain nak pergi? 

Kenapalah kau tak faham lagi? Akak tak sukalah!!!

Spoil my mood today. Dahlah hari ini hari Isnin. Malas sangat nak pergi kerja. Makin bertambah-tambah malas aku hari ini. 

p/s: geramnya...grrrrrr

Nak order kek carrot?


Cerita pasal kek carrot aku, ramai yang suruh aku tulis dalam blog aku. Manalah tahu kalau ada orang berminat nak order. 

Bukannya aku tak nak buat sebab selama ini pun aku buat saja suka-suka. Tak terfikir nak jual. Kalau ada orang nak order, aku buatlah. Untung pun tak ambil banyak, cukuplah sekadar untuk cover duit modal. 

Oklah..memandangkan ada yang nak tahu harga kek carrot aku, biar aku letak harga kat sini ya. 

Cupcake dengan cream cheese icing:
16 biji (3 1/4oz) harga RM48

Kek dengan cream cheese icing:
Kek carrot (berat lebih kurang 2kg) harga RM85

Macamana? Ada nak order ke? Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila emel kepada mazuriah@gmail.com

p/s: belum cuba belum tahu :)

Beri aku peluang

Jumpa balik kawan lama kat Facebook adalah saat yang paling gembira. Bayangkan baru kejap tadi, aku dapat  jumpa kawan sekolah rendah, Rizal Firdous. Kali terakhir jumpa Rizal pada tahun 1992 masa tu aku form 6 di SAAS dan Rizal form 6 di High School Kajang. 

Banyak faedahnya Facebook kalau kita guna sebaik-baiknya. Jumpa skandal lama pun ada. Tak perlulah aku sebut namanya. Malu seh. 

Satu fakta menarik yang berlaku sekarang terutamanya di Malaysia, kes cerai  boleh berlaku disebabkan oleh Facebook! Bahaya kan? InsyaAllah kalau kita pandai membawa diri, semuanya akan ok. 

Berbalik cerita Rizal tadi, aku dapat tahu dia kerja sebagai cikgu di Sekinchan. Jauh tu! Sebenarya aku dah tahu lama yang dia tu cikgu sebab dia pernah ajar adik sepupu aku dulu. Baguslah jadi cikgu..kerja yang sangat mulia. Aku nak jadi cikgu? Memang tak ada tokoh nak jadi cikgu. Jadi kes dera nanti. Hahahaha!!

Bila dah jumpa balik kawan lama ni, soalan yang selalu ditanya, "anak dah berapa?" "mana cik abangnya?" Arggghhhh!! Soalan yang malas aku nak jawab. Macamlah tak ada soalan lain nak tanya. Cubalah tanya, "kerja kat mana?" "tinggal di mana?" "buat apa sekarang?" Soalan yang tidak ada unsur-unsur terlalu peribadi. Ayah aku pun tak tanya soalan macam tu. Rasa boleh kan? 

Kalau aku nak tipu, aku ok je tapi sampai bila aku nak tipu? Lama-lama aku yang kena. Aku bukannya marah cuma, aku dah penat nak jawab. InsyaAllah masa akan tiba. Sama-samalah kita berdoa ya. Jangan risau, aku pasti akan jemput kenduri aku nanti. (manalah tahu 2011??)

Ya aku tahu semua mengambil kisah pasal aku. Semua sayang aku dan aku pun sayang korang. Berilah aku ruang dan peluang untuk aku menikmati kehidupan aku. Tak susah kan?

p/s: peace ok!

Saturday, December 11, 2010

Kek carrot

Oh ya..aku lupa nak update pasal potluck hari tu. Selepas fikir banyak kali, aku terus buat kek carrot. Itu je lah yang aku tahu buat. Sanggup bersengkang mata-mata nak siapkan kek carrot ni. 

Rasanya aku pernah kongsi resepi kek carrot ni sebelum ni. Kalau sesiapa nak dapatkan resepi kek carrot, boleh dapatkan kat sini. Tak susahlah nak buat..semua main campak-campak je. Dulu aku ingat nak buat kek carrot macam susah sangat nak buat. Bila dah tahu, senang bah. Nak minta aku ajar pun boleh. Cewaaah! 

Aku tak sempat nak ambil gambar kek carrot aku tu. Sorry ya. Anyway ramai yang puji kek carrot aku siap ada nak tempah lagi tu. Alamak...malu akak dibuatnya. 

p/s: ada nak tempah ke? 

Monday, December 6, 2010

Port luck lagi

Hari Rabu ini ada acara potluck kat division aku. Selalu sangat ada acara makan-makan kat opis. Sepanjang aku kerja dekat 4 tahun, aku rasa berat badan aku naik bagai dipam-pam! Baju pun banyak dah tak muat. Hahaha.. 

Bila ada acara potluck, mulalah pening kepala sebab tak tahu nak bawa apa. Aku tak nak bawa makanan yang berat sangat sebab confirm ramai yang tak makan. Last potluck buat hari tu, banyak nasi lemak yang tinggal. Sayang je. Aku nak makan tapi tak larat dah..perut dah penuh. So aku plan nak bawa yang simple dan sedap. Apa ya?? Any idea? Sesiapa nak bagi cadangan, silalah beritahu ya. 

p/s: makan makan makan makan..lama-lama jadi bulat

Sunday, December 5, 2010

Jangan nak sibuk-sibuk ya

Cerita pasal Junaidah Ali Bashah atau Jun, kita orang makin tak puas hati dengan dia. Perangai dia semakin menjadi konon nak tunjuk hebat depan boss. Baru join beberapa bulan dah tunjuk gila kuasa. Hello..sedarlah sikit, awak tu cuma staff kontrak ya. Kau belum tahu lagi sama ada akan stay atau tak kat opis. 

Baru-baru ini, aku dapat emel daripada Jun suruh aku dapatkan daripada industri. Aku bukan tak nak tolong (memang aku tak nak tolong kau!) cuma kerja ini kau yang mula..so teruskanlah. So, aku beritahu kat Jun, "kalau ramai yang minta, takut pula dia orang keliru apasal ramai sangat minta maklumat daripada opis." Lagipun, cara Jun beritahu aku seolah-olah dia memberi arahan, "kau kena buat ok" dan bukannya meminta pertolongan. 

Aku tak kisahlah nak tolong dia tapi seelok-eloknya kenalah sesuai dengan keadaan dan situasi. Contohnya, kalau dia sibuk sangat dan memerlukan pertolongan aku, aku akan cuba tolong. Nak minta tolong kena berbudi bahasa. Oh..ini tidak. Suka hati sahaja beri arahan kat aku. Silaplah beb aku nak tolong kau! Hahaha...


Cukuplah kau buat muka ala-ala comel yang kononnya nak buat kita orang nak baik-baik dengan kau. Enough ok! Nak je aku lempang muka kau tu. Ditambah pula dengan perangai Jun yang sangat menjengkelkan bila suka sangat nak menyampuk cakap orang lain. "Ada aku tanya kat kau? Jangan cuba-cuba nak menyampuk ya." Sibuk nak tahu pasal orang lain. Geram tau! 


Sekarang ini, aku dan kawan-kawan aku cuba tidak membuat sebarang contact dengan Jun. Lantaklah apa kau nak buat tapi jangan buat hal ok. 

p/s: shuuuhhh...pergi duduk jauh-jauh. 

Saturday, December 4, 2010

Dah 2 tahun

Yeaah!! Siapa sangka blog aku hari ini dah 2 tahun. Rasa cepat je masa berlalu. Mula-mula masa join blog, taklah rajin mana nak update tapi bila dah lama-lama, aku makin syok pula. Hehehe..

Aku tulis blog apa yang terlintas dan apa yang aku suka buat. Oh ya! Aku suka jalan-jalan dan maklumat yang aku ada, bolehlah aku kongsi bersama-sama. Sharing is caring! Tak lupa juga, blog adalah cara aku meluahkan perasan suka, rindu, rasa tak puas hati dan macam-macam. Kalau boss aku tahu pasal aku kutuk dia, macamana lah agaknya. Hmm...alaah dia pun tahu orang tak suka dia. 

Sekarang dah ada orang baru..yang ramai orang tak suka. Siapa lagi kalau bukan Junaidah Ali Bashah! Ada adegan yang buatkan aku dan kawan-kawan aku tak puas hati dengan dia. Biar aku simpan dulu..aku akan cerita lebih lanjut dalam post  yang akan datang. 

Tak lupa juga akan ingin ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog aku. Terima kasih kerana sudi singgah. Biasalah...akak ni kadang-kadang cerita merapu-rapu..ampunkan lah ya. 

p/s: terima kasih :)

Friday, December 3, 2010

OK dah

Alhamdulillah laptop dah ok. Bolehlah aku update blog akuliu lepas ini. Dah lama aku tak update sampi aku tak tahu apa aku nak tulis apa. Biar aku tenang-tenangkan fikiran dulu. Manalah tahu dapat idea, baru boleh aku tulis  kan? Jangan terburu-buru. Masih ada banyak masa lagi aku nak cerita. Apa-apa pun, aku ada 1 cerita yang nak aku kongsi bersama-sama. Tunggu ya. 

p/s: rindu nak update blog sebenarnya. 

Thursday, December 2, 2010

Jom kita google lagi

Cuba letak beruk kat Google. Apa yang korang nampak? 

p/s: nampak sangat tak ada kerja nak buat la tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails