Monday, May 30, 2011

Hati mula goyang

Adddduuhh..dalam dilemma sebenarnya. Tadi aku sempat survey kamera. Hati dah mula goyang-goyang nak beli atau tak sebab kamera yang ada sekarang dah tak boleh pakai lagi. 
Tawaran 1: 


Canon S95 
Ada offer dengan harga RM1,399 dapat memory card 4GB dan casing. The best part adalah boleh bayaran ansuran RM116 tanpa faedah untuk 12 bulan. 


Tawaran 2: 

Nikon D3100 
Ada kawan nak jual 2nd hand baru pakai 5 bulan dengan harga RM1,700 sekali lense. Kalau beli baru dalam harga RM2,199. 


Bantuan diperlukan. Sesiapa ada cadangan untuk beli kamera? Aku sebenarnya nak beli kamera yang senang dibawa dan boleh ambil gambar cantik tapi nak juga cuba pakai kamera SLR. Hmm....macamana ya?

p/s: bajet pun penting juga 

Sunday, May 29, 2011

Monday again?


Malasnya nak kerja esok. Kenapa mesti esok hari Isnin? Arrrrgghh!!

p/s: liat betul nak masuk kerja balik. 

Thursday, May 26, 2011

Selesai semuanya

Alhamdulillah. Selesai sudah acara majlis pelancaran Siri Pembangunan Industri yang berlangsung 24-25 Mei. Memang penat tapi hasilnya sangat berbaloi. Sebenarnya acara ni sepatutnya berlangsung pada tahun lepas tapi asyik bertangguh sahaja sampaikan aku pun tak ingat dah kali ke berapa agaknya. 

Terima kasih banyak-banyak kepada ahli kumpulan kerja yang sama-sama menjayakan acara ini bertungkus lumus tanpa mengira siang dan malam. 

Sedikit terkilan sebab masa acara ini dilancarkan, boss aku tak ada pula. Tiba-tiba boleh pula dia MC masa tu. Tak apalah...yang penting acara aku berjaya. Rasa-rasa boleh dapat bonus sekurang-kurangnya 5 bulan? Hehehe..

Mari kita saksikan serba sedikit acara pelancaran majlis tersebut.

YBM sedang melawat pameran.

YBM sedang berucap.

Majlis pelancaran.

Terimalah tanda cenderahati daripada kami. Nampak tak buku tu? Aku yang beli kat MPH Alamanda. Last minit beli. 

sumber gambar daripada KPKK. 

p/s: lain kali beri peluang kepada orang lain uruskan acara ya. 

Wednesday, May 25, 2011

Ada aku kisah?

Masih ingatkah cerita kawan opis aku yang nak kahwin tak lama lagi tapi tak jemput aku? Sila klik sini untuk mendapatkan cerita lebih lanjut.

Baru-baru ini, orang tersebut ada ingatkan kawan-kawan, "nanti korang datang ya" dan kebetualan pada masa yang sama, aku ada masa tu. Rasa panas je telinga aku dengar. Kalau ikutkan hati, nak je aku sound balik, "eh lupa pula, kau tak ajak aku macamana aku nak pergi." 

Memang aku dah black listed kawan opis aku ni. Tengok muka dia je, rasa menyampah pula aku. Kalau dikategorikan kesalahan, memang kesalahan yang sangat besar dan tak boleh dimaafkan langsung. Kau nak merayu pun aku tak layan. Sorry ok! 

p/s: kau nak buat kenduri kat mana? dewan? hotel? ada aku kisah?

Tuesday, May 24, 2011

Happy birthday Sara Fatihah

Happy Birthday Sara Fatihah!

Pada 22 Mei 2011, cukuplah umur Sara yang keenam. Rasa kejap je dah besar. Projek sambutan kali ini berbeza sikit sebab birthday Sara sambut di sekolah dia pada petang tadi. Dahlah tu, kek birthday pula dibuat oleh adik aku dan dihias oleh kawan sekolah rendah, Marlina. Terima kasih banyak-banyak!


Kek gambar Elmo, watak kegemaran Sara dalam Sesame Street. 


Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan kek Sara ni, sila rujuk kat sini. Marlina bukan sahaja boleh hias kek, malah dia boleh buat kek, cupcake untuk pelbagai acara. Siap promote tu..hehehe. 

p/s: suka elmo juga. 

Saturday, May 21, 2011

Mana signal kau?


Aku tak faham kenapa ramai rakyat Malaysia tak suka nak bagi signal masa memandu? Adakah.....

1. menghadapi masalah dyslexia?

2. signal kereta patah?

3. lupa?

4. semua perkara di atas.

p/s: susah sangat ke nak bagi signal? tak beri kesan apa-apa pun kat bateri kereta. 

Friday, May 20, 2011

De Bella

Jangan salah anggap ya. Ini bukan nak promosi produk De Bella ni. Sebenarnya aku ada cerita sebalik produk ini. Aku tahu produk ini berkesan untuk turunkan berat badan. Malah penyanyi Aishah telah mencubanya dan sekarang beliau dah jadi duta produk. 

Baru-baru ini ada staf kat staf kat opis aku nak promote produk ni. Ya aku tahu tujuan dia baik tapi cara dia approach aku tu...alamak aku tak berkenan langsung! Apa ni kak? Setakat nak promote barang, takkan bagi brochure dan terus blah? No explanation..no introduction?? Dahlah tu, tiba-tiba datang meja aku suruh aku ambil produk ni. Apa hal?? Kalau buat marketing macam ni, memang fail lah. Hahaha!! 

You know what, I feel insulted! 

Aku tahulah staf opis tu ada perasaan ambil berat terhadap aku yang mempunyai badan yang sangat comel. So what? I am happy with myself. Tak payahlah nak susahkan diri nak sibuk-sibuk pasal aku. Aku pun tak pernah sibuk-sibuk pasal kau. Aku pun tak faham, kat opis aku ni ramai sangat yang busy body. Silap-silap boleh jadi fitnah. Berdosa besar tu. 

p/s: apa-apa pun aku cuma diamkan diri. 

Saturday, May 14, 2011

Kau tak jemput aku?

Ya aku tahu kau tak jemput aku.

Ya aku tahu aku tak dikenali ramai. 

Maaf..aku terpaksa mulakan cerita agak emosional sikit. Ceritanya bermula ada kawan opis aku nak kahwin tak lama lagi. Baru-baru ini kawan aku tu, sibuk nak edarkan kad jemputan kahwin kat opis. 

Yang aku tak faham (bengang pun ada juga sebenarnya) kenapa kawan sebelah aku kau jemput tapi aku kau tak jemput? Bayangkan lagi..kawan opis tu siap boleh lalu depan aku dan boleh buat tak nampak kewujudan aku (badan aku besar ni kau tak nampak?). Bila jumpa kawan sebelah meja aku, terus berhenti dan bagi kad jemputan kahwin dia.

Hello!!?? Aku ni apa? Tunggul kayu?

Oklah..aku faham kau memang tak nak jemput aku kan? Ya aku mengaku aku dah delete kau jadi kawan FB aku. So what?

Aku bukan nak berkira  tapi kalau kau tak nak jemput aku pun, jangan buat depan aku ok. Cuba kau yang kena, pasti kau bengang kan? 

Alaaa..kalau kau jemput aku pun macamlah aku akan pergi sebab hari tu aku ada final exam. Jimat duit belanja kau..kalau tak, pasti kau akan risau sebab kau takut aku akan habiskan nasi minyak dan lauk kau, kan? Apa kata, aku pergi Saba' dan makan nasi kabsah ayam. Lagi sodap! Yummy! Ada aku kisah??

Anyway, kepada kawan opis aku tu, aku ingin ucapkan:  


"Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbagia Selalu." 


p/s: sekadar teguran. bukan nak sakitkan hati sesiapa. 

Thursday, May 12, 2011

Jumpa Rohaizi

Macam tak percaya Rohaizi jemput aku ke rumah dia. Apa mimpi mamat ni jemput aku ni? Masih tak percaya lagi sebenarnya so aku terus ke rumah dia. Sampai di rumah dia, aku nampak Rohaizi keluar masuk rumah sambil menunggu aku. "Eh betul lah dia jemput aku ke rumah dia." 

Apa lagi aku balik rumah, aku tengok banyak misscall daripada Rohaizi. Gara-gara tak bawa telefon..padan muka aku! 

Aku tengok keadaan rumah punyalah bersepah-sepah. "Siapa pula yang buat sepah ni?" bebel aku. Masa inilah nak aku nak keluar, masa inilah rumah bersepah-sepah. Ya Allah..sabar je lah aku dibuatnya. 

Tak boleh jadi ni. Aku kena siap cepat. Rohaizi dah tunggu lama. Sambil-sambil aku nak bersiap-siap..

Eh! Eh! Kenapa gelap je ni? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ya ampun..sedar-sedar dah pukul 7 pagi rupanya. Dah lambat nak siap pergi kerja ni. Aduhai, macamana aku boleh tak perasan yang aku ni dah lambat bangun. Semua pasal aku bermimpi nak jumpa Rohaizi. Hahahaha!!!  

Malu beb! Auuw!

Dalam perjalanan ke opis, senyum sampai ke telinga bila kenangkan balik mimpi tadi. Itu baru mimpi nak jumpa Rohaizi tapi kalau betul-betul macamana lah agaknya. 

p/s: lama dah tak jumpa dia. 

Wednesday, May 11, 2011

Yang mana satu idaman hati?

Tengah survey nak cari kamera baru. Kamera yang aku ada dah rosak. Dah berapa kali dok hantar servis dan rasanya kalau kira balik jumlah aku bayar servis, lebih baik aku beli yang baru terus. 


Kamera yang banyak berjasa. Sudah sampai masanya aku mencari pengganti. Uhuks.  


Ingat nak ambil Canon S95 tapi harga lebih kurang macam harga kamera SLR. Lagipun kamera compact macam ni senang nak bawa..main masuk je dalam handbag. Aku dahlah tak berapa pandai nak ambil gambar pakai kamera SLR tapi adik ipar cuba pujuk aku untuk meyakinkan aku bahawa bukannya susah sebenarnya. 
Boleh tahan juga harga Canon S95. Tak salah aku harga dalam RM1.5K. Perrggh!

Hati dah mula cair tengok Nikon D3100. Wow!

Feel ambil gambar dengan kamera SLR ni lain..kelebihannya boleh ambik gambar lebih lawa daripada kamera compact. Memang itu tak dapat dinafikan. Malah kalau ada bakat, boleh je nak buat tambah rezeki. Ok apa? 

Bila fikir balik, memang aku perlukan kamera baru tapi yang mana satu akan bakal menjadi milik aku? Ada idea?

p/s: isu kewangan perlu dipertimbangkan juga. 

Tuesday, May 10, 2011

Panasnya



Semenjak dua menjak memang cuaca panas sampai ke malam. Nak tidur pun memang kena pasang kipas kalau tak, memang berpeluh satu badan dibuatnya. 

Hujan pun dah lama tak turun. Petang tadi ada dengar bunyi guruh jadi ingatkan ada hujan. Rupa-rupanya tak..aku dah siap berangan mesti best kalau tidur masa hujan. Kalau nak tahu, tidur masa hujan adalah saat paling indah! Hehehe..

p/s: ni baru panas dunia

Jangan pisahkan aku dan dia



Sayang..jangan tinggal kanda...



p/s: harap dapat ceriakan hari anda..

Lama tak update

Ya Allah..dah 2 minggu aku tak update blog. Banyak sebab aku tak dapat nak update blog antaranya:

1. Kerja kat opis makin banyak (alasan basi) sebab aku kena uruskan event yang tangguh hari tu. Baru dapat tarikh baru dan biasalah kalau melibatkan menteri, banyak protokol kena ikut. Arrrggghh tension akak. 

2. Tak ada idea nak tulis. Hari-hari buat perkara yang sama..pagi pergi kerja, petang balik kerja. Hari minggu pula sama ada ada kelas atau dok rumah sahaja. Tak larat dah nak jalan jauh-jauh. Nampak sangat aku ni dah tua. Hehehe...

3. Lompat-lompat baca blog orang. Sibuk je kan nak tahu pasal orang lain tapi blog sendiri tak tahu bilalah nak update. (amik kau..padan muka aku)

Ok...aku akan cuba update blog aku biarpun hanya sebaris ayat. Jangan risau aku masih di sini. Bak lagu tajuk "Aku masih seperti dahulu" yang dipopularkan oleh Fauziah Latiff. Cewah! Sila tegur aku kalau aku tiba-tiba senyap. Kadang-kadang aku perlukan orang yang sentiasa ingatkan aku. Biasalah manusia selalu terlupa. 

p/s: diam ada sebab...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails