Masih ingatkah cerita kawan opis aku yang nak kahwin tak lama lagi tapi tak jemput aku? Sila klik sini untuk mendapatkan cerita lebih lanjut.
Baru-baru ini, orang tersebut ada ingatkan kawan-kawan, "nanti korang datang ya" dan kebetualan pada masa yang sama, aku ada masa tu. Rasa panas je telinga aku dengar. Kalau ikutkan hati, nak je aku sound balik, "eh lupa pula, kau tak ajak aku macamana aku nak pergi."
Memang aku dah black listed kawan opis aku ni. Tengok muka dia je, rasa menyampah pula aku. Kalau dikategorikan kesalahan, memang kesalahan yang sangat besar dan tak boleh dimaafkan langsung. Kau nak merayu pun aku tak layan. Sorry ok!
p/s: kau nak buat kenduri kat mana? dewan? hotel? ada aku kisah?
No comments:
Post a Comment