Friday, May 20, 2011

De Bella

Jangan salah anggap ya. Ini bukan nak promosi produk De Bella ni. Sebenarnya aku ada cerita sebalik produk ini. Aku tahu produk ini berkesan untuk turunkan berat badan. Malah penyanyi Aishah telah mencubanya dan sekarang beliau dah jadi duta produk. 

Baru-baru ini ada staf kat staf kat opis aku nak promote produk ni. Ya aku tahu tujuan dia baik tapi cara dia approach aku tu...alamak aku tak berkenan langsung! Apa ni kak? Setakat nak promote barang, takkan bagi brochure dan terus blah? No explanation..no introduction?? Dahlah tu, tiba-tiba datang meja aku suruh aku ambil produk ni. Apa hal?? Kalau buat marketing macam ni, memang fail lah. Hahaha!! 

You know what, I feel insulted! 

Aku tahulah staf opis tu ada perasaan ambil berat terhadap aku yang mempunyai badan yang sangat comel. So what? I am happy with myself. Tak payahlah nak susahkan diri nak sibuk-sibuk pasal aku. Aku pun tak pernah sibuk-sibuk pasal kau. Aku pun tak faham, kat opis aku ni ramai sangat yang busy body. Silap-silap boleh jadi fitnah. Berdosa besar tu. 

p/s: apa-apa pun aku cuma diamkan diri. 

5 comments:

  1. dia amik berat pasal dia nak duit tu~~ amik berat ada maksud tuuu~~

    ReplyDelete
  2. ayat paling siot "akak ingt ko bujang dik"..huh!. kalau sy bujang so what??? sebok penyebok menyebok! nama bole masuk dlm senarai hitam..hehe :)

    ReplyDelete
  3. xora: nak sangat amik berat? apa kata amik je lemak aku ni. aku bagi free. nak tak?

    cik anon: dah masuk black listed pun. big NO!

    ReplyDelete
  4. lupa kan dia makcik!! mmg tak makan duit aku org camni!!!

    ReplyDelete
  5. betul makcik. org macam tu, jgn nak layan sangat. lainla kalau nak sponsor aku, aku ok je. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails