Selalu juga aku lompat-lompat baca blog orang tapi ada 1 perkara yang agak menyakitkan mata aku. Aku tak berapa faham kalau orang menggunakan perkataan ringkas. Bukannya nak kena bayar apa-apa pun kalau tulis panjang-panjang. Selalunya orang yang sezaman dengan aku (X generation) atau yang sebelum ini lebih suka tulis dengan penuh.
Zaman kami dulu, tak didedahkan dengan perkataan ringkas. Itu belum kira lagi zaman dulu-dulu, penggunaan kesusasteraan melayu lama. Ingat lagi, dulu masa tingkatan 6 kena ambil sastera, kena baca Hikayat Hang Tuah dan banyak lagi. Apa yang cikgu ajar, memang tak faham langsung. Balik dari sekolah rasa nak menangis bila belajar sastera.
Sebenarnya ada sebabnya penggunaan ayat sastera macam tu. Itu adalah salah 1 cara mereka nak menerangkan keadaan dengan lebih terperinci, menunjukkan betapa halusnya budi bahasa mereka pada masa itu dan tak lupa juga cara untuk menghargai sesuatu. Cewaaah! Kalaulah cikgu sastera aku tau, mesti dia bangga kan? Hehehe...
Sekarang ini, semua main ringkas sahaja. Contoh ayat:
"Kan kt ne? kt lai wah ah. pe je g? te we ah. cun bro. cam bj ak nix ja an."
Siapa tahu apa maksud ayat di atas?
Sila jawab siapa yang pandai.
Ok, jawapannya adalah:
"Makan kat mana? Kat gulai kawahlah. Siapa saja pergi? Kita berdua sajalah. Cantik baju awak. Macam baju aku ni saja kan."
Jenuh aku nak fahamkan ayat tu. Silap-silap boleh jadi maksud berbeza yang mungkin akan membawa maksud tak elok. Bahaya tu!
Aku pernah jumpa lagi ringkas. Contohnya macam ni, BRB maksudnya Be Right Back.
Kalau yang ini?
BTWITIAILW/U
BTDTGTS
RUMCYMHMD
Apa nak jawab?
BTDTGTS = Been There, Done That, Got The T-Shirt
RUMCYMHMD = Are You On Medication Cause You Must Have Missed A Dose
p/s: bahasa menunjukkan bangsa.
arghhh mmg tensen dpt msg camni....kene baca byk kali tuk pahamkan maksud ayat...kdg2 tak paham pun... tah sape la yg mulakan shortform ni...hampeh betol...lagi nyusahkan!
ReplyDeletekalau dapat jumpa org yang cipta short form ni, nak je cakap "kau menyusahkan aku nak baca. tau tak?"
ReplyDelete