Waahh!! Ramai betul yang teruja dengan tarikh 11.11.11. Dulu aku pernah berangan nak kahwin pada tarikh 11.11.11 tapi nampak gayanya memang tak kesampaian. Nak buat macamana, tak jumpa lagi Abang Long. Agaknya Abang Long masih bersembunyi lagi kot? Hahaha..
Ada juga dok tanya..bila agaknya nak merasa nasi minyak aku ni. Hai...aku tak tahu nak jawab apa lagi. InsyaAllah bila sampai masanya, jodoh akan sampai juga.
Cerita pasal jodoh ni, kita tak boleh nak rancang sebenarnya. Ini semua kerja Tuhan. Apa yang penting kita berusaha dan terus berusaha. Betul tak? Ada juga kawan aku, bercinta bukan main lama ala-ala loving couple gitu tapi tak jadi. Ada juga yang baru kenal, tup tup tak lama lepas tu dapat undangan perkahwinan. So..apo nak dikato?
Aku ingin berkongsi artikel menarik pasal jodoh. Semoga kita cepat ditemukan jodohnya dan dapat manfaatnya.
Kita akan tahu dia jodoh kita bila:
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara
makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila
dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita
yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun
perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin
sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira
siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak
ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini
kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang
penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai
kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan
rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran
bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia
menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik
kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu
hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku
curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya
rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka
rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan
dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal
dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui
hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara
sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah
ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara
paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya
bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang
lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi
kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup
bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri
pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia
menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam
sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa
ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata
orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama
kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah
calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada
orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di
kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan
bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan
mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan
tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila
kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang
ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan
Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada
situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita,
tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati
dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia
hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui
mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan
sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah
dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah
keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita
lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah
semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat
di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
p/s: jiwang karat pula aku hari ini.
No comments:
Post a Comment