Thursday, April 4, 2013

Family trip to Singapore - part 2

Sambung lagi kisah trip ke Singapura. Aku lupa nak beritahu yang ikut trip kali ini terdiri daripada adik-adik dan anak saudara yang berjumlah 6 dewasa dan 3 kanak-kanak. Asalnya ayah aku nak ikut tapi entah macamana tak jadi pula. InsyaAllah lain kali boleh ikut. 

Hari kedua di Singapura adalah hari kemuncaknya iaitu ke Universal Studio Singapura (USS). Yeaah!! Banyak cara untuk ke sana tapi bila aku tanya kat Hotel Manager, cara yang mudah dan murah ialah dengan naik bas dan MRT. Memandangkan aku dah siap-siap beli pas 3 hari perjalanan, kita boleh naik MRT dan bas tanpa had. Apa lagi, inilah masanya kita gunakan sebaik-baiknya. Untuk membeli pass 3 hari perjalanan boleh dibeli dengan harga $30 dan jangan lupa pulangkan balik pas untuk dapatkan deposit $10 bila kita balik nanti. 


Mari aku cerita perjalanan dari hotel ke USS. Dari hotel naik bas no. 33 dan berhenti  di MRT Dakota. Dari MRT Dakota ke Dhoby Ghaut dan dari Dhoby Ghaut tukar MRT dan terus ke HarborFront. Bunyi macam complicated tapi  sebenarnya tak. Mula-mula agak pening juga nak faham tapi lama-lama nanti oklah. Tips aku, ikut je warna jalan MRT, insyaAllah ok. 


Peta MRT di Singpura. 

Sampai di MRT HarborFront, masuk ke VivoCity dan ambil monorel di tingkat 3 terus ke Waterfront Station. Aku tak pasti berapa tiket monorel tu sebab adik aku yang bayarkan. Hehehe..

Stesen monorel di VivoCity. 

Keluar sahaja dari stesen monorel, sampailah kita di USS. 

Gambar wajib diambil bila berada di hadapan USS.

Dinasihatkan untuk membeli tiket USS terlebih dahulu untuk mengelak tiket habis. Nanti frust tak dapat nak masuk. Memandangkan ada promosi untuk pemegang kad kredit mastercard di website USS, aku beli dengan harga $63 (dewasa) dan $46 (kanak-kanak). Harga normal ialah $74 (dewasa) dan $54 (kanak-kanak). Banyak bezanya kan? 

Untuk kanak-kanak bawah 4 tahun, masuk adalah percuma. Digalakkan juga untuk membeli pas ekspress sekali (harga  1 pas ekspress ialah $30) untuk mengelak beratur panjang bila kita nak main game.

Apa yang istimewa di USS? Aku dapat bergambar dengan watak-watak terkenal seperti Marilyn Monroe, Cookie Monster, Kungfu Panda dan banyak lagi. 

Aku tak pasti nama watak ini. Sorry. 


Bersama-sama geng Madagascar.


Kena peluk dengan Cookie Monster.


Marilyn Monroe - flying kiss everybody.


Bersama-sama watak Sesame Street. 

Sempat lagi bergambar dengan Beetlejuice.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba game yang ada di USS. Rugilah kalau tak naik. Oleh sebab aku dah beli siap-siap pas ekspress, tak perlu lagi nak beratur panjang. Memang berbaloi! 

Ada berani naik yang ini? Aku dah cuba naik tapi tak lepas sebab tak muat. (peha aku besar sangat macam drumstik ayam) Frust! 

Ini antara game yang aku naik. 





Kalau rasa nak menang award, bolehlah cuba sekali. (nak beli tapi tak cukup bajet)

The best sister award goes to..me!!

Kami berada di USS sampai pukul 7 lebih. Itu pun tak sempat nak naik semua game yang ada. Walaupun masing-masing nampak letih, sebenarnya gembira. Akhirnya sampai juga aku ke USS! Sebelum sampai hotel, singgah makan malam dulu. 

Boleh tahan juga makanan sini. Makan macam-macam dengan harga $70++.

Makan pun sudah, perut pun kenyang. Katil di bilik dah memanggil-manggil nama aku. Apa lagi, tidurlah! 

p/s: sambung lagi, hari terakhir di Singapura. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails