Saturday, June 1, 2013

Day 4: Hong Kong

Aku rasa inilah hari kemuncak aku berada di Hong Kong. Apa taknya, hari inilah aku ke Disneyland Hong Kong dan impian aku sejak kecil lagi untuk masuk ke Disneyland akhirnya tercapai. Hati gembira tak terkata bila dapat melihat sendiri watak-watak terkenal seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck dan lain-lain. 

Awal-awal lagi aku keluar untuk ke Disneyland dan untuk ke sana dengan menaiki MTR sangat mudah bermula dengan stesen Tsim Sha Tsui:


Tsim Sha Tsui - Central - Sunny Bay - Disneyland 

Yang istimewa bila aku naik MTR menuju ke Disneyland dari Sunny Bay, hiasan dalaman MTR bercirikan Disneyland. So cute!!


Nampak tak tingkap dan pemegang Mickey Mouse? Comel kan? 

Pintu gerbang Disneyland Hong Kong. Yeaah!

Masa aku sampai, Disneyland belum buka lagi. Punyalah ramai orang beratur nak masuk. Bila pintu dah buka, ada pula penjaga yang periksa beg. Cuak juga sebab aku ada bawa bekal roti. Nasib baik lepas. Fuuh lega! Mereka periksa beg untuk keselamatan manalah tahu ada yang bawa barang merbahaya masuk. Untuk pengetahuan semua, harga tiket masuk untuk 1 hari ialah $HK450/seorang. 

Beratur dulu sebelum masuk. Belum apa-apa lagi dah ramai yang tunggu.

Masuk sahaja Disneyland, perkara pertama aku cari ialah peta dan waktu pertunjukan. Kena rancang baik-baik supaya tak terlepas. Dalam Disneyland ada keretapi yang mengelilingi seluruh kawasan dan inilah yang aku mula-mula naik. 



Aku tak naik sampai habis sebab turun di Fantasyland dan mulalah operasi untuk naik game yang ada di sana. Aku rasa tak sempat nak main semua sebab Disneyland ni besar. Memang tak cukup 1 hari nak explore semua. 

Ada insiden berlaku masa aku naik Dumbo the Flying Elephant. Boleh pula hujan turun elok-elok sahaja aku duduk dalam kerusi Dumbo. Masa Dumbo tu berpusing, memang aku basah lencun. Dahlah tak boleh buka payung, baju hujan lupa bawa. Nasib badanlah. Senyum je lah bila dah naik tapi dalam hati penuh sumpah seranah. 

Ini  antara yang sempat aku naik. 

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan Lion King dan Mickey Mouse dan perarakan. Best sangat!





Kalau sempat, boleh ambil gambar dengan watak-watak yang ada. Kena tahu juga di mana watak-watak ini berada dan waktu mereka ada. 

Beratur dulu sebelum ambil gambar. 

Cerita pasal makan, memang ada tempat makanan halal di Disneyland yang terletak di Tahitian Terrace. Ada pelbagai jenis makanan yang ada. Pilih apa sahaja yang berkenan dan jangan lupa sediakan wangnya. 

Tahitian Terrace yang terletak di Adventureland.

Nasi dengan kari ikan, kari ayam, sayur goreng, sup kosong dan jus oren harga $HK110. 

Memang aku berada di Disneyland sampai malam. Sebelum Disneyland tutup, ada  persembahan percikan bunga api dan ramai yang menunggu waktu ini. Boleh pula aku lupa pula nak ambil gambar sebab ramai orang dan kebetulan tempat aku tak berapa strategik. Memang cantik sangat tengok percikan bunga api. Kagum sangat sampai nganga mulut. Hehehe... 

Selesai sahaja persembahan percikan bunga api, aku pun beredar meninggalkan Disneyland yang aku sayang. Selamat tinggal Disneyland. Ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Cewaah syahdu pula aku. Aku memang  mengesyorkan sesiapa yang sampai di Hong Kong untuk melawat Disneyland terutamanya yang berkeluarga. Bukan Sara dengan Hadi yang suka nanti, makcik dia pun suka tau! 

p/s: sambung hari kelima ok. 

4 comments:

  1. rege makanan tu kalo convert baper ek?? Huiii bestnye la kalo dpt pegi... tapi better anak2 dah besar sket la... kecik2 ni susah nak kontrol, kang omaknya tak dpt main sama..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga makanan tu dalam rm44. boleh tahan mahalnya.

      Delete
  2. brapa rate hrga hotel kat hong kong?apa nama hotel yg awk tggl tu?saya skluarga nak g sana bulan 12 ni.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tinggal di Hotel Benito. untuk harga 4hari 3malam di sana dlm HK$2,900 (RM1,300). memang dekat sgt dgn MTR Tsim Tsa Tsui.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails