Thursday, August 22, 2013

Majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol 2013

Aku dah lama nak update blog aku tapi asyik bertangguh sahaja. Sejak aku masuk kerja lepas cuti raya, banyak kerja nak uruskan sampai terabai blog aku ni. Oleh sebab kita masih dalam mood raya lagi ni, aku nak cerita pasal aktiviti raya aku baru-baru ini. 

Pada hari raya ketiga, diadakan Majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol di kampung aku di Temerloh, Pahang. Majlis ini diadakan setiap tahun dan tahun ini adalah tahun keempat. Yang istimewanya tahun ini ialah giliran keluarga aku, keluarga Daud menjadi tuan rumah. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk untuk sambutan majlis untuk tahun 2011 dan 2012

Tak sangka pula dalam sibuk uruskan majlis ini, ada pula yang tegur aku pasal blog aku ni. Alamak terasa glamer pula akak. Auw! Siapa sangka kan, blog aku ni juga dibaca oleh saudara-mara aku. Terima kasih kerana sudi singgah blog aku ni. 

Berbalik pula cerita majlis ini, selalunya majlis ini diadakan pada hari raya kedua atau ketiga. Kalau lambat sangat diadakan, takut tak ada sambutan pula sebab ramai yang dah pulang ke rumah masing-masing di bandar. Sempena hari yang mulia ini, masa inilah kita dapat berjumpa saudara-mara yang dah tak lama jumpa dan mengeratkan silaturrahim sesama kita. 

Poster Majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol.  

Majlis bermula pada pukul 10.30am tapi sebenarnya mula pukul 9.00am. Biasalah, tunggu orang ramai datang baru boleh mula. Sebelum kita mula, kena daftar dulu. 

Rajin cucu-cucu Ayah Cik melayan orang datang mendaftar. 

Majlis bermula dengan ucapan daripada wakil keluarga Ali, Yang Minah, Mariam, Daud dan Busu. Dalam ucapan ada juga disampaikan pesanan, nasihat, sejarah setiap keluarga dan pada masa yang sama, kita boleh kenal daripada keluarga mana. Tak salah aku, ramai juga yang datang ada dalam 400 orang semuanya. 

Wakil keluarga berucap.

Sebahagian keluarga yang hadir. 

Ada cabutan bertuah tapi macam biasa aku memang tak pernah dapat. Alamak Mak Tam dapat hadiah cabutan bertuah. Tahniah!

Orang penting dalam menghidang makanan. 

Lepas makan tengahari dalam pukul 1 lebih, majlis pun bersurai. Tahun depan giliran keluarga Ali pula yang akan menguruskan. InsyaAllah ada rezeki, berjumpa lagi kita ya. 

p/s: seronok dapat berjumpa kembali. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails