Monday, July 21, 2014

A&W Petaling Jaya bakal ditutup


Siapa pernah pergi A&W di Petaling Jaya? Kalau zaman aku kecil dulu, memang di sinilah tempat kami sekeluarga pergi untuk menikmati float rootbeer A&W. Memang banyak kenangan bersama-sama dengan A&W ini. 

Float Rootbeer A&W memang terbaiklah! 

Baru tadi aku dapat tahu, A&W di Petaling Jaya bakal ditutup pada bulan Disember 2014. Oh tidaakk!! Aku macam tak percaya ini akan berlaku. Penutupan cawangan A&W di Petaling Jaya ini adalah sebahagian daripada pengurusan semula restoran makanan segera ini yang akan melibat penutupan 33 lagi cawangan di seluruh Malaysia dan juga Thailand. Boleh rujuk kat sini untuk mengetahui lebih lanjut.

p/s: sempat lagi kalau nak pergi sehingga sebelum bulan Disember 2014. 

2 comments:

  1. Sedih rasa A&W dah nak tutup. Mesti rindu nak minum float, wafer dia yang sedap tu, Lagi satu, suka coney dog dia tu. Alahai sayang kan, dah nak kena tutup. Selalu pegi yang kat Seremban tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails