Friday, June 26, 2015

Ho Chi Minh - part 4

Hari terakhir di Ho Chi Minh tak ada apa-apa aktiviti yang menarik sangat. Lepas makan pagi, lepak sahaja di bilik. Aku pula boleh sambung balik tidur. Lebih kurang pukul 10 lebih, orang hotel telefon bilik dan tanyakan kami sama ada nak tinggal lama lagi atau tidak. Apa tak nya, dah nak sampai waktu check out. Dah tak faham lagi ke? Nak suruh orang keluar biliklah tu. 

Sebenarnya dah lama kemas barang. We just take our own sweet time. Tak perlulah nak terburu-buru memandangkan flight balik pada pukul 9.10 malam. Lepas check out dan simpan barang di lobi, kami singgah ke Ben Thanh Market untuk shopping lagi. 

Tengok balik duit dah tinggal sikit. Mana cukuplah. Nasib baik aku ada bawa duit USD, sempatlah tukar duit untuk belanja nanti. Ini gara-gara kena tipu naik beca punya pasal. Kalau tak, mesti dapat beli barang banyak lagi. Nilai VND 1 juta boleh beli macam-macam woo!!! 

Lepas shopping, balik semula hotel. Sempat lagi aku beli air kopi ais yang sedap tak terkata. Bila lagi agaknya aku dapat minum air kopi ni. Nampak gaya kena tunggu lagilah. 

Sambil lepak-lepak di lobi hotel, pekerja hotel tu siap tawarkan diri untuk balut beg. Bagus juga idea tu sebab kalau buat di airport mesti bayaran dikenakan sangat mahal. Alang-alang masih ada masa lagi pekerja hotel belikan pembalut plastik dan terus balut beg kami. Kami pun bagilah sedikit tips tanda penghargaan. 

Lebih kurang 4 lebih, tahan teksi dan terus ke airport. Sengaja kami keluar awal manalah tahu jalan sesak nanti. Sepanjang berada di Ho Chi Minh, inilah sebahagian hasil tangkapan aku. 

Kemeja untuk adik dan ayah. 

Yang ini kain aku. 

Cenderahati dan fridge magnet Vietnam. 

Kopi Vietnam. 

Terasa lama sangat lepak di airport sampai mati kutu aku dibuatnya. Nak shopping lagi, duit dah habis belanja. Aku rasa dekat 4 jam aku lepak di airport. Kebetulan flight pula lambat sampai. Tunggu lagi. Sabar je lah. Lebih kurang dalam pukul 12.30 malam selamat sampai ke KLIA 2. 

Apa yang dapat aku ringkaskan di sini. Walaupun ada pengalaman kena tipu, aku akan datang lagi ke Ho Chi Minh. Aku tak akan serik untuk kembali. 

Untuk pengetahuan semua, aku dah pun beli tiket ke sana lagi pada tahun depan. Trip akan datang akan mengambil masa lebih singkat sebab nak shopping sahaja. Lagipun aku dah tahu mana nak pergi dan ini memudahkan perjalanan nanti. 

Ho Chi Minh, tunggu. Aku akan datang lagi ok. 

p/s: rindu nak minum air kopi Vietnam. 

2 comments:

  1. ramai yg dah kena tipu beca Vietnam..pengalaman hidup. lain kali kena berhati-hati.
    apa pun memang seronok berbelanja di Vietnam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ramai yg dah kena tipu pasal beca di Vietnam
      walau apa apa pun, saya tetap ke Vietnam thn depan

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails