Sunday, June 21, 2015

Pulau Pinang - jalan-jalan cari makan

Beberapa hari sebelum kita menyambut bulan Ramadhan, aku sempat singgah ke Pulau Pinang sekejap. Aku ke sana tak lama cuma 2 hari sahaja. Alhamdulillah sepanjang berada di Pulau Pinang, semuanya berjalan dengan lancar. 

Sampai di airport, aku terus ambil kereta sewa. Terima kasih kepada KLEZCAR yang telah menguruskan urusan kereta sewa di sana. Harga sewa 1 hari untuk kereta Myvi adalah RM130 dan kebetulan aku dapat kereta Myvi yang baru. Memang rezeki hari tu. Yeaah! 

Selesai sudah urusan check in hotel, terus ke Padang Kota Lama untuk menjamu selera. Jam dah tunjuk pukul 3 lebih, perut dah memanggil minta untuk diisi. 

Pasembor.

Cendol. 

Sotong kangkung. 

Mari kita menikmati pemandangan sekitar Padang Kota Lama. Kita layan dulu ok. 

Padang mainan. 

Layan ombak di pantai. 

Majlis Perbandaran Pulau Pinang. 

Lepas makan, takkan nak balik hotel. Waktu masih awal lagi. Apa kata kita cari durian. Katanya kalau nak makan durian yang sedap, pergi ke Balik Pulau. Entah macamana bila nak ke Balik Pulau, jalan sesak! Aku tak kira, aku nak juga cari durian. 

Bila sampai ke Teluk Kumbar, nampak ada gerai jual durian. Berhenti terus dan beli durian sebiji. Perrggh! Sedapnya tak terkata. Lepas juga hajat aku nak makan durian di sana. 

Durian 101. 

Hari esoknya, aku sempat makan nasi kandar di kawasan Bayan Baru. Aku bukanlah peminat nasi kandar tapi sekali makan, terus terangkat. Sayang pula, aku tak sempat ambil gambar nasi kandar. Hehehe...

Dalam pukul 5 petang, terus ke airport sebab flight aku bertolak ke KLIA 2 pukul 6.30 petang. Rasanya kalau nak makan semua makanan di Pulau Pinang memang kena tinggal lebih lama tapi masa tak mengizinkan. Insya-Allah kalau ada rezeki dan masa, boleh aku ke Pulau Pinang lagi. 

p/s: mana tahu dapat anak mami pula lepas ni. 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails